Friday, September 7, 2018

Pernah kau menyesal?



Teringat kisah beberapa tahun lepas.  Ada seorang bertanyakan satu soalan yang agak sukar untuk aku jawab.

“Kau pernah tak buat satu keputusan yang sampai sekarang kau masih terfikir lagi tentangnya?” si dia bertanya kepada aku.

“Pernah. Ada satu keputusan yang aku buat hampir 10 tahun dulu yang sampai sekarang aku masih terfikirkan apakah itu keputusan yang terbaik.” Aku cuba menjawab sebaik mungkin sambil mengenang kembali kisah lampau.  Keputusan lama yang tak mungkin aku boleh ubah lagi.

“Kau menyesal dengan keputusan yang kau ambil tu?” si dia cuba mendapatkan menjelasan kepada aku.

 “Nak kata menyesal tu tak lah, cuma kadang-kadang ada juga timbul perasaan pelik kenapa boleh buat keputusan macam tu.  Masa tu, aku cuba ubati hati yang semua itu sudah ditakdirkan oleh Allah walaupun keputusan itu aku yang pilih.”

“Semoga hati kau sentiasa redha dengan apa yang telah Allah tentukan buat kau.  Kadang-kadang hidup kita ini sukar nak difahami, tapi percayalah Allah sedang menyusun yang terbaik buat kita.”

“Aminnn..” aku membalas nasihatnya dengan harapan semoga hati aku sentiasa redha selalu.

*************************
Entah kenapa, seminggu dua ini aku terkenangkan keputusan lama yang pernah aku buat dulu.  Kata orang, “Jangan makan ludah sendiri” dan sebab tu perlu berhati-hati apabila membuat satu-satu keputusan.  Semuanya telah terjadi, dan segalanya dah tetap terjadi.

Kerana keputusan aku dahulu, aku dah kecewakan seseorang.
Disaat si dia diuji ujian hebat, aku mengundurkan diri tanpa sebarang alasan kukuh.
Di masa dia perlukan seorang peneman, aku berlari menjauhkan diri.

Jadi aku takkan sesekali salahkan dia jika sekarang egonya tinggi.
Jadi aku takkan pernah terasa hati jika sekarang hatinya terlalu keras untuk ditembusi.

Ku tenung kembali,
Jika aku tak pilih untuk undurkan diri, pasti sekarang kami bahagia bersama
Jika aku tak pilih untuk menjauhkan diri, pasti sekarang kami sudah tenang bersama

Jika??
Dalam Islam tiada istilah ‘jika’!
Hidup kita adalah ditentukan oleh Allah.
Alhamdulillah, Allah jaga kami sepanjang 10 tahun ini, sebab tu Allah putuskan hubungan kami.
Alhamdulillah, Allah tentukan yang terbaik buat kami.
Alhamdulillah, Allah tahu sekuat mana hati kami, Allah tahu di mana lemahnya hati kami.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Andai kata ini bukan jodohku, insyaAllah Allah akan dapati aku termasuk dalam golongan orang yang redha.
Kuatkan hatimu, kuatkan hatimu!
Aku pasti kuat.


No comments:

Post a Comment