Sudah
masuk bulan ke dua aku bekerja di syarikat tersebut. Risau? Ya memang aku agak risau. Sebab beban dah tergalas di bahu aku walaupun
aku masih lagi baru. Setiap malam, bila
Allah membangunkan aku untuk solat malam, aku pasti berdoa:
“Ya
Allah.. permudahkanlah urusan kerjaku.
Bantulah aku untuk membantu bos aku membangunkan syarikatnya. Ya Allah permudahkanlah urusanku. Bantulah aku ya Allah.”
Tapi,
Allah lebih tahu dari aku. Allah lebih
mengetahui apa yang terbaik buatku. Di
kala aku sentiasa berdoa untuk dipermudahkan urusanku, aku diuji.
Minggu
pertama, penghawa dingin kelas atas tidak menjadi. Ya Allah, dugaan apa ini. Selama sebulan aku bekerja bersama rakan
sekerja yang berpengalaman, segalanya berjalan lancar tapi apabila beban itu
aku yang galas sendiri, Allah uji dengan semua tidak kena. Ya Allah dugaan apa ini.
Minggu
kedua, kipas di satu kelas pula tidak mahu bergerak. Ya Allah sekali lagi Engkau uji hambamu
ini. Hampir aku terduduk mengenang
nasib. Nasib baik penghawa dingin masih
bertahan di kelas itu walaupun sedikit menguji kesabaran aku.
Minggu
ketiga, kipas di bilik bawah pula tidak bergerak. Ya Allah.
Dah la penghawa dingin kelas itu tidak berfungsi dengan baik. ya Allah sekali lagi Engkau uji hambamu. Entah apa silapnya. Entah apa yang tidak kena dengan diriku.
Esok
31hb, hari terakhir bulan ini dan penutup bulan ke 2 aku bekerja di sini. Termenung dan muhasabah aku sendiri. Dikala aku bermohon kepada Allah untuk bantu
aku majukan syarikat itu, Allah kurniakan aku ujian dengan kerosakan satu
persatu. Bos aku sempat berkata,
“tak
sangka kan, tidak kekal lama benda-benda itu”
“Memang
la tak kekal sebab semua itu manusia yang buat” aku menjawab menyenangkan diri.
Ya
Allah, Allah hadirkan ujian itu tepat pada masanya. Tepat sekali bentuknya. Allah bantu aku
dengan rosakkan kipas-kipas dan ppenghawa dingin itu supaya semuanya dibaiki,
diservis.. supaya berjalan lancar dan kelas selesa. Ya Allah.. Allah Maha Mengetahui dan engkau
tahu apa yang terbaik buat kami. Alhamdulillah..
Engkaulah yang aku sayang.
No comments:
Post a Comment