Sekadar
luahan hati, sekdar luahan perasaan.
Tiada siapa
yang memahami, tiada tempat untukku mengadu.
Hanya di
ruangan ini aku mampu menaip segalanya
Cerita
Jumaat Lepas yang aku lakarkan sebelum ini adalah cerita sebenar yang aku
lalui, yang aku alami. Segala ayat,
perkataan serta idea adalah datangnya dari aku.
Ya aku. Yang tidak sesempurna
mana seperti yang engkau lihat. Yang jika
dilihat dari luaran, seorang wanita yang tidak pandai mempamerkan perasaan,
tidak reti berbahasa sehalus mungkin.
Andai cerita itu membolehkan menimbulkan kekecohan, maaf aku katakan. Itu sekadar luahan rasa hati aku, dan coretan
ini sekadar gambaran kenangan aku suatu hari nanti.
Cerita
itu aku jadikan status tempat aku bekerja.
Sekadar sedikit idea untuk berkongsi dengan orang lain. Namun, ada seseorang yang mempersoalkan
status tersebut.
“ Su,
su ke yang post status tadi?” tanya dia mendapatkan kepastian.
“Ya, su
lah yang postkan tadi. Kenapa?” aku
menjawab endah tak endah
“Dari
mana su dapat cerita tu?” dia kembali mempersoalkan kesahihan status itu sambil
ketawa kecil. Pelik sangat barangkali
apabila aku mampu berbahasa seperti itu.
“Su
buat sendirilah” Jawab aku tanpa memandang kearahnya. Jujur dalam hati aku, teruk sangat ke bahasa
yang aku gunakan sampai dipersoalkan sebegitu rupa.
“Su
memang suka menulis ya?” si dia masih belum puas dengan jawapan aku.
“Tak. Su hanya suka membaca tulisan orang”. Aku menjawab sebagai penutup bicara kami.
ya,
jawapan itu yang aku rasa paling tepat. Jawapan
itu juga aku jawap apabila disoal oleh seorang penulis melalui Facebook
Messenger sambil memperkenalkan diri masing-masing. Mungkin dilihat aku berkawan ramai dengan
penulis di Facebook itu.
“Aku sekadar peminat
membaca tulisan dan bahasa penulis”
Sampai
bila aku begitu?
Sampai
suatu hari nanti aku berjaya hasilkan buku aku sendiri dengan gaya bahasa yang
orang lain boleh terima. Biarlah buku
aku nanti memberi manfaat kepada semua orang supaya apabila aku tiada kelak,
ada sesuatu untuk dikenang.
No comments:
Post a Comment