“
Su, su dah tahu ke abah masuk spital tadi?” Sepupu aku memulakan bicara selepas
aku menjawap panggilannya. Abah tu adalah panggilan buat bapa saudara aku.
“Haa..
bila abah masuk hospital?” Aku menjawap dengan nada terkejut.
“
Abah kene strok tadi masa dekat tempat kerja.
Ada kawan dia hantar klinik Manek Urai pahtu kene hantar ke Hospital
Kuala Krai” dia menerangkan keadaan.
“ Ya
Allah. Ok-ok. Terima kasih
beritahu. Nanti su pergi dengan ma lepas
balik kerja nanti. “ Aku menamatkan perbualan.
Ya Allah. Aku segera meminta untuk pulang awal dengan
bos aku. Sepanjang perjalanan, aku hanya
mampu berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.
Itulah bapa saudara aku yang sudah aku anggap macam ayah aku sendiri
setelah ayah aku meninggal 2 tahun yang lalu.
Dialah tempat aku dan ma bergantung harap. Segala-galanya dia.
Sampai
di rumah, aku segera memanggil ma aku di dalam kereta. Tak sabar aku ingin bergerak laju bertemu pak
cik aku itu. Kami berkejaran ke hospital
Kuala krai namun hanya mampu menatap ambulans yang membawa dia ke Hospital
USM. Ibu saudara aku sudah tandatangan surat
kebenaran melakukan pembedahan untuk membuang darah beku di dalam kepala pakcik
aku. Ya Allah. Dugaan apa ini. Aku takut.
Ma aku membuat keputusan untuk tidak pergi ke HUSM malam itu juga kerana
faktor kesihatan ma dan juga faktor ketidakpandaian aku membawa kereta pada
waktu malam. Kami serahkan semuanya
kepada Allah semalam.
Pagi tadi,
aku, ma dan adik aku bergerak ke HUSM dan sampai tepat-tepat pada waktu melawat
tengah hari. Alhamdulillah Allah
permudahkan urusan aku untuk meletak kereta yang biasanya sentiasa penuh.
Sampai
di wad, alhamdulillah. Pak cik aku sedar
dan masih mampu tersenyum. Pembedahan semalam
juga dibatalkan kerana pakcik aku sudah sedar.
Cuma mungkin mulutnya herot sedikit dan dan tangan dan kaki sebelah kiri
agak lemah. Apapun, alhamdulillah ya
Allah. Pakcik aku masih mampu tersenyum. Katanya pakcik aku kene strok disebabkan oleh
tekanan darah tinggi dan kencing manis yang terlalu tinggi.
No comments:
Post a Comment