MURAHKAN
REZEKI SU
+++++++++++++++++++
Pagi tadi,
seperti biasa sebelum keluar ke tempat kerja, aku pasti akan bersalam dan
mencium pipi ma aku. Dan seperti biasa
setiap kali lepas salam, ma seakan-akan tidak ingin melepaskan tangan aku. Cuma kali ini berbeza. Ma bisik kepada aku, “Murahkanlah rezeki su”.
Aduh sebak aku apabila teringat kembali.
Dalam
kereta, kepala aku ligat berfikir. Gaji aku
memang dah tepat, cukup-cukup makan saja.
Mana mungkin akan bertambah selepas doa itu. Bukan tidak percaya dengan kuasa Allah, cuma
sekadar persoalan yang bermain-main di kepala.
Sampai di
tempat kerja, aku memulakan tugas seperti biasa. Tiada apa yang lain, masih sama seperti
hari-hari biasa.
Petang
tu, selesai solat Zohor, aku ingin menyambung tugasan aku di kaunter. Terkejut
aku apabila ternampak bos tenang duduk di sofa depan. Tiba-tiba,
“Su,
awak puasa ke hari ini?”
“ Tak,
saya tak puasa”
“ Tadi
ada orang beri saya nasi. Saya cakap
takpalah. Boleh bagi kepada Su. Awak makanlah dan ada air sekali”.
“Terima
kasih”
Alhamdulillah
rezeki aku. Tak pernah sangka akan dapat
makan percuma petang tu. Aku cepat-cepat
makan sebelum staf lain masuk kerja. Tidak
mahu menimbulkan syak wasangka.
Tidak
lama kemudian, staf lain masuk.
“Su,
jom pergi beli aiskrim dekat kedai roti tu.”
“Jom,
Su teman”
“Pilihlah
nak makan apa. Saya belanja”
“Terima
kasih”
Alhamdulillah
rezeki kali ke dua pada hari ni. Selesai
makan semua, hati kecil aku terdetik.
Segala rezeki aku hari ini mungkin berkat doa ma. Itu baru sikit. Bayangkan kalau ibu kita doakan kita murah
rezeki setiap hari, setiap masa.
Terima
kasih ma atas doa itu.
No comments:
Post a Comment