Kisah interview di sebuah syarikat swasta
tadi.
Mula-mula tu cuak.. kenapa? Sebab sesat..
bangunan syarikat tu dah nampak, betul-betul tepi highway, tapi nak sampai tu..
hmm.. ya Allah, sampai sesat ke Setia Alam kami ni.. Interview pukul 10, driver
pun ada meeting pukul 10 tapi 9.40 kami masih di Setia Alam.. padahal nak pergi
Bukit Jelutong.. dalam hati, hanya Allah je tahu.. aku dah nak give up, nak je
mulut ni suruh driver tu g meeting je dan aku xyah g interview..
sampai-sampai, terus masuk.. pergi kaunter
dapat 2 set kertas.. 1 untuk personal detail, 1 ag exam.. hohoho.. aku yang
cuak ni bleh lagi buat rileks.. dekat sejam jugak aku ngadap 2 bende tu.. yang
exam tu lagi la.. mencabar.. ada soalan logical, skill, perception dan yang aku
tersengih sorang-sorang ada bahagian essay dekat belakang.. aku yang nak tulis
cepat-cepat ni sebab takut kene marah ni pon bleh sengih2 jawap essay tu..
kepakaran menggoreng tu yang penting..
Dah siap isi borang semua, aku ikut HR g aras
laen.. dia mintak aku tggu dekat bilik discussion.. aku pon tggulah.. punyalah
cuak+kebosanan.. hahaha.. tggu punya tunggu, aku dah xtau nak wat pe.. kadang2
nak sedapkan hati, aku pujuk la diri ni cakap mungkin aku jer pk lama sangt
padahal tak pon.. tgk2 jam, hmm lebih 30 minit aku tnggu.. hahaha.. nak kerja
punya pasal..Dalam 45 minit macam tu, ada la pegawai
sorang datang.. dia ada meeting rupanya.. patutla lambat.. xkisah pon.. Cuma yang
aku kisah ialah soalan interview aku 1 jer.. dia duduk then cakap, “Tell me
about yourself?”.. aku speaking baekk punya..
Pahtu, perkara yang memang aku tak pernah
duga.. ya Allah, siapa yang nak interview ni? Aku ke dia? Tak habis lagi aku
perkenalkan diri, dia mencelah.. habis semua dia explain sal company tu, job
description, operation hour, salary, shift dan ada pape soalan awak nak tanya saya??
Tergamam aku.. aku ni interview ke dah memang dapat kerja? Habis hilang semua script dalam kepala.. hahaha..
aku dah nak tergelak tadi tapi tahan je la.
Last, aku pon tandatangan surat pelantikan..
ohh yee.. tapi ag 2 minggu aku masuk kerja.. sebab sekarang tengah contract
dengan hospital.. haha.. lepas tandatangan, tibe-tibe sebak.. ya, aku ada masa
2 minggu je lagi kat hospital tu.. betapa aku akan rindukan mereka.. waaa
No comments:
Post a Comment