Assalamualaikum..
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah, Siti diberikan peluang dan kesempatan untuk merasai
kerja sementara di nursery.
Alhamdulillah. Jika orang lain
yang mendengar kisahnya, pasti akan melahirkan simpati dan tidak senang mulut
untuk bercerita mengenai betapa tidak adilnya apabila seorang lepasan ijazah
diberikan jawatan sebagai pembantu nursery.
Tapi kawan, percayalah. Allah itu
tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Allah itu sebaik-baik perancang.
Allah itu Maha Mengetahui. Bukankah
Allah telah berfirman dalam surat cintaNya:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
“Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
Tak
dinafikan, mula-mula timbul keraguan dalam hati. Mana mungkin aku mampu mengasuh budak-budak
tu. Pegang bayi pun takut-takut. Iyelah, kata orang, leher bayi masih lagi tak
kuat. Ya Allah, aku serahkan semua
urusanku hanya kepadaMu. Dah start
kerja, ya Allah. Kesabaran diuji
lagi. Aku perlu menghafal nama anak-anak
tu dalam masa yang singkat. Nak kene
ingat sabun-sabun mereka la, tuala-tuala mereka, baju pagi, baju petang.. Tu
tak kira lagi nak hafal bab susu.. Botol siapa, puting yang mana satu, sukatan
susu.. Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Dan aku
memang kagum dengan kawan-kawan sekerja dengan aku ni. Tabik spring untuk mereka.
Tapi
sebenarnya, banyak hikmah Allah terkandung dalam tugasan itu. Betapa banyaknya pahala yang boleh aku kutip
semasa kerja di situ. Tak terkira sunnah
Nabi yang boleh aku amalkan. Tolong
jangan cemburu dengan peluang yang aku dapat ini. Antara hadis Nabi berkaitan mengasihi
kanak-kanak adalah:
Dalam sebuah hadis sahih
riwayat Abu Hurairah dinyatakan bahawa
“Sesungguhnya al-Aqra’ bin Habis
pernah melihat Nabi memeluk Hasan. Lalu al-Aqra’ berkata: Sesungguhnya aku
mempunyai 10 anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka.
“Kemudian Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya
dia tidak akan disayangi.”(Hadis Riwayat
Bukhari)
“Seorang Badwi datang kepada
Nabi dan berkata, “Kamu mencium anak-anak lelaki! Kami tidak mencium mereka.”
Kemudian baginda berkata, “Aku tidak boleh meletakkan kasih sayang dalam hatimu
selepas Allah mengambilnya.” (Hadis
Riwayat Bukhari)
Pernah satu hari, ketika
Rasulullah sedang mendukung Hassan, baginda berdoa “Ya Allah, sesungguhnya aku
mencintainya, maka sayangilah dia”.(Riwayat
Bukhari)
Last
but not least, isnin ni aku dah tukar tempat kerja. Ya, aku akan rindukan anak-anak nurseri aku. Takkan
ada lagi bayi yang gigih berusaha nak merangkak dan merengek kalau tiada
disisi. Takkan ada lagi bayi yang
bambam, bayi yang asyik tersenyum tapi kalau menangis, bergegar satu nursery. Ya Allah, aku pasti merindui anak-anak nursery
itu. Takkan ada lagi budak kecik yang
ikut kemana aku pergi. Takkan ada lagi
anak yang manja dengan cikgu tapi suka bergurau kasar dengan kawan, takkan ada
lagi anak yang suka main sorang-sorang, kalau nampak aku, sengih dan main
angkat-angkat kening jer..
Ya
Allah, Engkau jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah
Ya
Allah, lembutkanlah hati mereka untuk mendengar kata
Ya
Allah, Engkau lindungilah mereka daripada segala bahaya
Ya
Allah, Engkau peliharalah kesihatan mereka
Ya
Allah, kurniakanlah kesabaran, kasih sayang
dan
ketenangan jiwa kepada cikgu-cikgu di nurseri itu.
Engkau
balaslah segala jasa dan kesabaran mereka mengasuh anak-anak itu
Sesungguhnya
hanya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
No comments:
Post a Comment