Tuesday, February 10, 2015

Bersyukurlah Walau Sedikit



Assalamualaikum

Alhamdulillah petunjuk Allah datang tepat pada masanya.  Petunjuk Allah yang menjawap persoalan hati.  Petunjuk Allah yang kebetulan muncul untuk menenangkan hati dan memperkenankan doa.  Alhamdulillah.. Nikmat apa lagi yang kamu dustakan? Allah sebaik-baik Pendengar.

Ini Kisahnya::
"Bila saya hendak menempah apom balik seribu biji untuk kenduri kahwin anak saya, peniaga yang saya temui menolak kerana katanya dia hanya terima jika 1500 biji.  Katanya kurang untung.  Hakikatnya untung tidak semestinya duit, ia mungkin ganjaran Allah kerana menunaikan hajat orang, menolong mereka berbuat amal kebajikan.  Bila tempahan masuk, itu adalah rezeki kita walau sedikit, maka tidak elok ditolak dengan menolak tempahan kerana sedikit.  Dibimbangi Allah tidak memberi rezeki lagi selepas ini kerana ketamakan kita.  Tempahan kecil atau besar, itu ditakdirkan Allah, itu didatangkan oleh Allah.  Menolak seperti memperlekeh pemberian Allah.  Terimalah dengan rela dan redha moga Allah datangkan yang lebih besar.  Jika anda menjala atau mengail ikan, berhati-hatilah.  Ikan yang kecil pun, terimalah..jangan bersungut apalagi maki hamun.  Allah yang datangkan ia kepada usaha kita.  Jika tidak mahu, lepaskanlah dengan baik, jangan dibiar terkontang-kanting di daratan dan mati.  Jika tanaman berbuah sedikit, petiklah juga untuk disedekahkan jika tidak mahu dijual, jangan dibiar mereput dipohon.  Dibimbangi kita memperlekeh pemberian Allah.


Banyak lagi contoh yang kita kena berhati-hati. Merungut kerja pangkat rendah, gaji kecil.merungut jualan tidak habis, menolak membuat tuntutan bayaran yang kecil jumlahnya, membiar duit syiling 5 sen jatuh dan tidak dipungut bimbang kotor, menolak pembelian yang kecil dan sebagainya.  Letakkan tabiat bersyukur itu ditempat utama.  Sekecil mana yang kita perolehi, ia dari Allah, terimalah moga Allah   member yang lebih besar kerana menghargai pemberian yang kecil.  Bersyukurlah

Saya nak mengajak anda berfikir dan merenung, menoleh ke belakang dan bermuhasabah, apakah ini satu punca rezeki kita tak bertambah? Kita kena kembali kepada hakikat bahawa apa juga yang datang adalah anugerah Allah."


No comments:

Post a Comment