Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu
Allah telah berfirman dalam surah Qaf iaitu:
Surah Qaf ayat 24:
(Setelah
tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi
pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka
Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya –
Surah Qaf ayat 25:
"Yang
sangat-sangat menghalangi segala jenis kebajikan, yang melanggar hukum ugama,
lagi yang meragukan kebenarannya, -
Surah Qaf ayat 26:
"Yang
menyembah benda yang lain bersama-sama Allah maka humbankanlah oleh kamu berdua
akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".
Surah Qaf ayat 27:
(Semasa
ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang
menjadikan dia sesat pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di
dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi
sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".
Surah Qaf ayat 28:
Allah
berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya
berbalah pada masa Aku membuat keputusan) padahal (kamu sedia mengetahui
bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang
yang bersalah).
Surah Qaf ayat 29:
"KeputusanKu
itu tidak dapat diubah atau diganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim
kepada hamba- hambaKu".
Surah Qaf ayat 30:
(Peringatkanlah
manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau
sudah penuh?" Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
Surah Qaf ayat 31:
Dan
(ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di
tempat yang tidak jauh (dari mereka).
Surah Qaf ayat 32:
(Serta
dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada
tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat),
lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan
Allah) –
Surah Qaf ayat 33:
"(Iaitu)
orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak
dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada
Allah) dengan hati yang tunduk taat".
Surah Qaf ayat 34:
(Mereka
dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga
dengan selamat sejahtera hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang
kekal".
Surah Qaf ayat 35:
Mereka
beroleh apa yang mereka kehendaki disitu, dan di sisi Kami ada lagi tambahan
(limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
No comments:
Post a Comment