“
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku
berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari
sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan
penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari
ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak
pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”
Assalamualaikum..
Abu
Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi
ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan
pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan
tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain
menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua
Paderi
itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja
itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja
ini.”
Semua
paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua
paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya
mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab
50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua
paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan
kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan
mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan
membunuhmu.”
Jawab
Abu Yazid, “baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”
Ketua
paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid
menjawabnya dengan tepat.
Kata
Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi
pertanyaan-pertanyaan yang lain?” Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian
Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “beritahu saya kunci Syurga
dan Neraka langit.”
Tidak
seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahwa memang mereka tidak
tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu
Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab,
namun ia membisu.
Katanya,
“bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak sependapat.”
Mereka
heran mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan
bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian
ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah
“LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.”
Tegas
ketua paderi. Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang
benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut
janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat
sekalian percayalah bahwa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak
dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak
menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang
sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu
waktu.”
“Dari
mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari
ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum
ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu
adalah benar.”
Sambung ketua paderi itu. “Kalau begitu, apa
lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk
Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada
maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu
kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan
Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua
Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1.
Yang satu tidak ada duanya. Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal
tiada sekutu baginya.
2.
Yang dua tiada tiganya. Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang
dan apabila pergi siang datanglah malam.
3.
Yang tiga tiada empatnya. Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu subhanahu Wataala.
4.
Yang empat tiada limanya. Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5.
Yang lima tiada enamnya. Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar,
Maghrib, Ishak dan Subuh.
6.
Yang enam tiada tujuhnya. Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi.
Ini semua tersebut didalam Kitab-kitab suci juga.
7.
Yang tujuh tiada delapannya. Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang
disebut di dalam Kitab Suci juga.
8.
Yang delapan tiada sembilannya. Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah
Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (artinya): dan akan memikul Arash
Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah delapan Malaikat.
9.
Yang sembilan tiada sepuluh. Bilangan kaum daripada golongan manusia yang
menjadikan kerusakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci
(artinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi
perusak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10.
Sepuluh yang sempurna. Kewajiban puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram
haji sebagaimana firman Allah Taala (artinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram
haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah kembali ke
negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11.
Yang sebelas. Saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam.
12.
Yang dua belas. Bilangan bulan dalam setahun.
13.
Yang tiga belas. Mimpi Nabi Yusuf Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab
Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya
tiga belas.
14.
Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk Syurga. Mereka ialah saudara-saudara
Nabi Yusuf Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob
Alaihissalam bahwa Yusuf telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya
yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu
dusta.
15.
Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka. Mereka ialah
kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala (artinya) :
telah berkata, Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum
Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada
tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mau tunduk kepada
kebenaran yang ada di hadapan mereka yaitu mempercayai agama yang di bawa oleh
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai penyempurna agama yang
sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.
16.
Tempat roh dalam badan manusia. Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang
hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan
Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (artinya): katakan roh itu dari perkara urusan
Tuhanku.
17.
Al Zariyati Zarwa. Nama empat macam angin.
18.
Al Hamilati Wakra. Awan gemawan di dada langit.
19.
Al Jariyati Yusra. Perahu-perahu yang belayar di laut.
20.
Al Mukassimati Amra. Malaikat-malaikat yang bertugas membagi-bagikan rezeki kepada
manusia pada malam Nisfu Syaaban.
21.
Yang empat belas. Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan
firman Allah Taala (artinya): Maka Allah berfirman kepadanya yaitu kepada tujuh
petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap
perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi,
“kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”
22.
Kubur yang berjalan dengan penghuninya. Ikan besar yang menelan Nabi Yunus
Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja
yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.
23.
Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh. Waktu subuh seperti firman Allah
Taala (artinya): demi subuh apabila ia terlepas.
24.
Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi. Air yang dikirim
oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol yaitu air
peluh kuda.
25.
Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada
punggung lelaki dan daripada perempuan. Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam
sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam
yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.
26.
Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk. Suara keledai
yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (artinya):
sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keledai
27.
Darah yang mula-mula mengalir ke bumi. Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya
Kabil.
28.
Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat. Muslihat kaum wanita,
seperti Firman Allah Taala (artinya): sesungguhnya tipu muslihat wanita adalah
suatu tipu muslihat besar atau berat.
29.
Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh. Tongkat Nabi Musa Alaihissalam
30.
Wanita yang paling utama. Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan
Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
31.
Gunung yang paling utama. Gunung Tursina
32.
Binatang yang paling utama. Kuda.
33.
Bulan yang paling utama. Bulan Ramadhan.
34.
Malam yang paling utama. Lailatul Qadar.
35.
Tentang Atta’mah. Hari Kiamat.
36.
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun
ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan. Pohon
itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah
lima waktu solat.
37.
Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh
dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38.
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu. Air mata,
air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air
hidung masin dan air mulut tawar.
39.
Nakir, fatil dan kitmir. Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih,
fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang
membaluti benih.
40.
Sabid dan Labad. Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41.
Sam dan Ram. Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.
42.
Maksud keledai Makwak. Keledai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia
berkata: Allah melaknatnya.
43.
Maksud anjing menyalak. Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi
penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44.
Maksud jeritan kuda. Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku
ketika tentara berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
45.
Maksud jeritan unta. Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi
Wakila (artinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku
menyerahkan diriku.
46.
Maksud nyanyian burung Bulbul. Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada
waktu pagi dan pada waktu petang.
47.
Maksud bunyi katak. Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di
mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
48.
Maksud kata-kata burung Nakus. Maksud kata-katanya: Maha suci Allah
sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu,
adakah makhluk yang menongkat langit?
49.
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan
jin, manusia dan Malaikat. Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala
(artinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.
50.
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam. Kedua-duanya berada
di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit. “
No comments:
Post a Comment