“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan
malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku
berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat
dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari
doa yang tidak diperkenankan.”
Assalamualaikum..
Kenangan pemandangan dari luar tingkap bilik
ketika menyewa rumah di Apartment Cindai, Fasa 3, Puncak Alam. Aku paling suka suasana hujan itu..
Lama juga kami bersama.. 2 tahun saling
menjaga, 2 tahun sering bergurau senda..
2 tahun penuh dengan kenangan kami..
Pelbagai dugaan, masalah, keceriaan, cerita, segalanya pasti akan dirindui
selpas ini..
Buat bekas housemateku semua, terima kasih atas segalanya..
terima
kasih kerana sudi menerima diri ini utk serumah dengan korang, sebilik dengan
korang.
terima kasih kerana melayan mood ku yang tak pernah maintain cool jer..
terima kasih kerana mendengar ceritaku yang tak pernah teratur..
terima kasih kerana
sanggup masakkan makanan utk ku..
yang paling aku rindu, terima kasih kerana
sudi temankan jogging setiap hujung minggu..
yang paling aku rindu, terima
kasih kerana sudi temankan aku study sampai lewat malam.. klu tak, mmang aku
tak mampu bertahan sampai ke tahap itu..
aku pasti akan rindukan suasana itu, rindukan
kemeriahan itu, rindukan semangat berbuka puasa itu, rindukan mulut berceloteh
bercerita, rindukan suara nyanyian itu, rindukan suasana berkumpul itu..
ya,
AKU SEBENARNYA RINDUKAN KAMU.. HOUSEMATEKU
No comments:
Post a Comment