Saturday, August 23, 2014

Sebaik-baik Diari..

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Allah telah berfirman dalam surah Qaf iaitu:

Surah Qaf ayat 16:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,-

Surah Qaf ayat 17:
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi disebelah kirinya.

Surah Qaf ayat 18:
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Surah Qaf ayat 19:
Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "sakratul-maut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"

Surah Qaf ayat 20:
Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk- makhluk yang telah mati) saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.

Surah Qaf ayat 21:
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi –

Surah Qaf ayat 22:
(Serta dikatakan kepadanya) "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".

Surah Qaf ayat 23:
Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama- samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)".

No comments:

Post a Comment