Friday, August 29, 2014

Kisah Abu Yazid Al Bustami

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum..

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua

Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”
Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?” Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahwa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, “bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak sependapat.”
Mereka heran mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.”

Tegas ketua paderi. Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahwa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.
“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.
“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.”

 Sambung ketua paderi itu. “Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya. Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.
2. Yang dua tiada tiganya. Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya. Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu subhanahu Wataala.
4. Yang empat tiada limanya. Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya. Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya. Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut didalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada delapannya. Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang delapan tiada sembilannya. Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (artinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah delapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh. Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadikan kerusakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (artinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perusak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10. Sepuluh yang sempurna. Kewajiban puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (artinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah kembali ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11. Yang sebelas. Saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam.
12. Yang dua belas. Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas. Mimpi Nabi Yusuf Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
14. Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk Syurga. Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusuf Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahwa Yusuf telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
15. Orang yang benar,  tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka. Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani,  sesuai dengan firman Allah Ta’ala (artinya) : telah berkata, Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mau tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka yaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai penyempurna agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.
16. Tempat roh dalam badan manusia. Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (artinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
17. Al Zariyati Zarwa. Nama empat macam angin.
18. Al Hamilati Wakra. Awan gemawan di dada langit.
19. Al Jariyati Yusra. Perahu-perahu yang belayar di laut.
20. Al Mukassimati Amra. Malaikat-malaikat yang bertugas membagi-bagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.
21. Yang empat belas. Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (artinya): Maka Allah berfirman kepadanya yaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”
22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya. Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.
23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh. Waktu subuh seperti firman Allah Taala (artinya): demi subuh apabila ia terlepas.
24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi. Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol yaitu air peluh kuda.
25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan. Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.
26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk. Suara keledai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (artinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keledai
27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi. Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat. Muslihat kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (artinya): sesungguhnya tipu muslihat wanita adalah suatu tipu muslihat besar atau berat.
29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh. Tongkat Nabi Musa Alaihissalam
30. Wanita yang paling utama. Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
31. Gunung yang paling utama. Gunung Tursina
32. Binatang yang paling utama. Kuda.
33. Bulan yang paling utama. Bulan Ramadhan.
34. Malam yang paling utama. Lailatul Qadar.
35. Tentang Atta’mah. Hari Kiamat.
36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun,  setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan. Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.
37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu. Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
39. Nakir, fatil dan kitmir. Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
40. Sabid dan Labad. Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41. Sam dan Ram. Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.
42. Maksud keledai Makwak. Keledai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
43. Maksud anjing menyalak. Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44. Maksud jeritan kuda. Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentara berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
45. Maksud jeritan unta. Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (artinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
46. Maksud nyanyian burung Bulbul. Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
47. Maksud bunyi katak. Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
48. Maksud kata-kata burung Nakus. Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?
49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat. Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (artinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.
50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam. Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit. “


Rama-Rama Itu..


Rama-Rama... 

Terbanglah selagi mentari masih ader.. 

Wlaupun sayap dah terkoyak, xpe.. 

Teruskan idupmu... 

Kuatkan smangt, teguhkan tekad... 

Mentari masih ader utk menyinari hidupmu... 

Masih ader untuk menemanimu... 

Terbanglah wahai rama-ramaku..

22 April 2010

Single??


single??..

well, Allah is looking at you right now and saying 

I saving this person for someone special.......

InsyaAllah...



Kau Yang Teristimewa


cintailah

seseorang itu secara diam-diam


seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali k.w

yang akhirnya Allah pertemukan jua

sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad


berjihad menentang kehendak diri. menundukkan nafsu hati


   


Shila Amzah - Memori Tercipta

Wednesday, August 27, 2014

Al-Kisah Kurang Motivasi..

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum..

Alkisah seorang kurang bermotivasi….


Mohd Khairol seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana sahaja.

Khairol ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpa dengan Tok Guru Rani.

“Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk bergerak,” adu Khairol.

“Nak buat, buat terus,” jawab Rani.

“Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz,” jawab Khairol.

“Ok. Khairol jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?” tanya Rani.

“Telur,” jawab Khairol.

“Dari mana telur datang?” jawab Rani. Melihat Khairol tidak dapat bercakap apa-apa...Rani mula berceramah…

“Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu.

"Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Siapa datang dulu, motivasi atau tindakan?” tanya Rani.

“Motivasi dulu,” jawab Khairol.

“Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi,” Rani tanya kembali.

“Dan orang yang tunggu motivasi datang dulu, selalunya akan gagal untuk menyelesaikan apa-apa. Sementara orang yang mengambil tindakan dulu sebelum menjana motivasi boleh melakukan lebih banyak perkara,” terang Rani.

Khairol semakin terpegun dengan kata-lata Rani dan tidak berkata apa-apa.

“Kita tak nyanyi sebab kita gembira, tapi kita gembira kerana kita bernyanyi,” tambah Rani.

Selepas mendengar penjelasan daripada Rani, perangai Khairol berubah dengan mengambil tindakan dulu terhadap semua perkara walaupun tiada motivasi.

-MORAL OF THE STORY-

Wahai anakku,
Jangan sangsi untuk bertindak sekiranya kamu terasa itu adalah sesuatu yang perlu untuk dilakukan.
Motivasi melakukannya akan menyusul sepertimana momentum.
Jika kamu duduk tunggu motivasi datang dahulu, setiap 5 minit yang dibazirkan menunggu momentum menyebabkan perkara tersebut lewat 5 minit untuk diselesaikan dan menjauhkan kamu lagi dari sasaran kamu.
Senyum...

Sumber: Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Duhai Wanita..


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum..

Bicara Tuan Guru istimewa buat kita.
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Jangan Bunuh Rama-Rama


       

Tuesday, August 26, 2014

Kenangan Rumah Sewaku..

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum..

Kenangan pemandangan dari luar tingkap bilik ketika menyewa rumah di Apartment Cindai, Fasa 3, Puncak Alam.  Aku paling suka suasana hujan itu..



Lama juga kami bersama.. 2 tahun saling menjaga, 2 tahun sering bergurau senda.. 
2 tahun penuh dengan kenangan kami.. 

Pelbagai dugaan, masalah, keceriaan, cerita, segalanya pasti akan dirindui selpas ini.. 

Buat bekas housemateku semua, terima kasih atas segalanya.. 

terima kasih kerana sudi menerima diri ini utk serumah dengan korang, sebilik dengan korang. 

terima kasih kerana melayan mood ku yang tak pernah maintain cool jer.. 

terima kasih kerana mendengar ceritaku yang tak pernah teratur.. 

terima kasih kerana sanggup masakkan makanan utk ku..

yang paling aku rindu, terima kasih kerana sudi temankan jogging setiap hujung minggu.. 

yang paling aku rindu, terima kasih kerana sudi temankan aku study sampai lewat malam.. klu tak, mmang aku tak mampu bertahan sampai ke tahap itu..  

aku pasti akan rindukan suasana itu, rindukan kemeriahan itu, rindukan semangat berbuka puasa itu, rindukan mulut berceloteh bercerita, rindukan suara nyanyian itu, rindukan suasana berkumpul itu.. 

ya, 

AKU SEBENARNYA RINDUKAN KAMU.. HOUSEMATEKU  


Monday, August 25, 2014

Semoga Dipermudahkan Urusan..

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum..

Hari ini sekadar ini berkongsi perasaan tidak selesa, tidak tenang yang melanda diri... fuyoo ayat skema.. hmm agak-agak kalau kita tidak mendapat respon terhadap tugasan kita, kita ni sedang berada dalam keadaan bagus ke tak bagus? Segalanya mungkin.. Bak kata omputih, “Silent is killing me”.. Semua senyap, semua menghilangkan diri.. Emel tak berjawap, mesej tak berbalas.. yaaa... perasaan itu sedang membunuhku..


Ya Allah, permudahkan urusan ini.. Aku cuba untuk tidak berputus asa dengan dugaanMu, dengan ujianMu.. pasti, ada sesuatu yang sedang berlaku..  Aku cuba untuk berpositif.. Aku cuba untuk menjadi baik.. Semoga dipermudahkan.....

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
(Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan)

p/s: Buat apa merayu, berdoa di blog ni.. baiklah jika pergi ambik sejadah, solat hajat... sekadar meluahkn rasa di hati, sekadar melepaskan gelodak jiwa yang meracau..


Sunday, August 24, 2014

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid: Andainya....

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbizidni ilman warzuqnii fahman
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Perkongsian tokoh agama yang tersohor pada zaman sekarang:
HABIB ALI ZAENAL ABIDIN AL-HAMID

Nama penuh beliau ialah Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar.Al Habib Abdul Qadir Al Jufri merupakan pengasas bagi Darul Murtadza walau bagaimanapun Al Habib Ali Zaenal telah mengambil alih tugas berat ini. Beliau di lahirkan di Bondowoso, Jawa
Timur, Indonesia. Semasa kecil, beliau pernah belajar beberapa ustaz  untuk mendalami ilmu agama.

Semasa umur 21 tahun beliau belajar di Hadramaut, Yamen atas restu ayahbondanya. Beliau juga tidak terlepas berguru dengan guru yang berpengalaman dan diantara guru yang sangat dikenali iaitu Habib Umar bin Hafidz. Majlis Ta'alim Darul Murtadza diadakan pada setiap hari jumaat pada jam 9.30 malam (selepas solat isyak) merupakan satu majlis yang mana objektifnya untuk supaya mendekati kita kepada Allah SWT dan tidak lupa kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.


      

p/s: "Kata baginda Rasulullah SAW 'Jangan kamu banyak menggunakan (perkataan) ANDAI.. Kerana andai itu membuka pintu syaitan. Kenapa membuka pintu syaitan?.. Tidak redha dengan ketentuan Allah SWT"

Inilah Aku

Inilah aku..
ada orang cakap aku bekeng
aku ni kuat control
aku ni nok menang sokmo
aku ni serius
aku ni moody sokmo
aku ni payah nak tegur

tapi aku? 
buat dekk je
biarlah orang cakap apa pun
betul la tu apa yang diorang cakap

inilah aku
aku tahu apa yang terbaik bagiku
aku tahu siapa sebenarnya aku
tak perlu aku hebohkan siapa aku
tak perlu aku bergambar dengan amalan aku
tak perlu aku bercerita tentang aku

biarlah ahli keluargaku sahaja yg tahu tentang aku
biarlah sahabatku yang kenal diriku
biarlah hanya orang yang betul-betul ikhlas tahu mengenai perasaanku

sebab aku tahu ALLAH itu Maha Mengetahui
Allah lagi tahu siapa aku..




p/s: Jangan kita mudah mengata perihal perangai seseorang sebab kita tidak tahu andainya dia setiap malam bangun solat hajat semata-mata untuk membuang perangai buruknya. 
Jangan kita mudah bercerita mengenai hal orang, kerana kita tidak tahu apa statusnya disisi Allah.
Jangan kita mudah menghukum perangai seseorang, sebab kita tidak tahu selama mana kita tidak akan berperangai sedemikian.  


wallahualam..

Itulah Cinta

"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, 
ia laksana setitis embun yang turun dari langit,
bersih dan suci. 

Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. 

Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu 
kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong 
dan lain-lain perkara yang tercela.

 Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,
di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi
 dan lain-lain perangai yang terpuji".

 (Hamka)

Saturday, August 23, 2014

Syurga VS Neraka

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Allah telah berfirman dalam surah Qaf iaitu:

Surah Qaf ayat 24:
(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya –

Surah Qaf ayat 25:
"Yang sangat-sangat menghalangi segala jenis kebajikan, yang melanggar hukum ugama, lagi yang meragukan kebenarannya, -

Surah Qaf ayat 26:
"Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".

Surah Qaf ayat 27:
(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".

Surah Qaf ayat 28:
Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan) padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).

Surah Qaf ayat 29:
"KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau diganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba- hambaKu".

Surah Qaf ayat 30:
(Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh?" Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"

Surah Qaf ayat 31:
Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).

Surah Qaf ayat 32:
(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah)

Surah Qaf ayat 33:
"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".

Surah Qaf ayat 34:
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".

Surah Qaf ayat 35:
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki disitu, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).