Assalamualaikum..
Alhamdulillah genaplah usia ku
yg ke 23 tahun dah.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam..
Semalam sepanjang hari aku berada di kampus.... Cuba untuk mengulang kaji
sendirian walaupun itu cuma alasan untuk aku berseorangan.. Aku tidak
mengharapkan sahabat-sahabatku ingat akan birthdayku.. entah, mungkin kerana
aku tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada mereka.. tahun lepas,
housemate ku beramai-ramai menyanyi di depan pintu bilik dan aku pulak tiada
respon.. maaf kawan, aku tidak biasa begitu walaupun jauh di sudut hati, itulah
hari yang istimewa bagiku dan aku ingin berkongsi dengan kalian.. maaf
sangat-sangat..
sampai
je dari kampus, aku terus meng ‘on’ wasap.. Alhamdulillah, ucapan birthday dari
keluargaku memenuhi wasapku.. terima kasih sayang... ya, mmang aku sayangkan
mereka sangat.. malamnya, aku tertido kepenatan walaupun esok ada paper final..
hmm.. itulah aku.. nafsu tidur lebih mudah menguasai daripada nafsu belajar.. pukul
11.00 malam, aku terjaga oleh deringan telefon... mula-mula tidak kulayan, tapi
kesian.. walaupun sebenarnya, deringan itulah yang aku tggu pada hari itu..
mesej masuk.. “Awak, angkatlah.. saya nak wish birthday awak ni.. “.. Bangun,
basuh muka, telefon dia balik..hanya Allah yang tahu apa perasaannya pada masa
tu.. ya Allah, muka dah tersenyum sorang-sorang dah.. dari mamai baru bangun
tidur trus segar.. macam-macam cerita yang keluar.. rasa setengah jam bercakap
tu tak cukup.. tak nak letak rasanya tapi final esok menghalangku.. emm..
bersabarlah wahai hati.. semoga tahun hadapan dapat lagi ku berbual dengan
kamu.. impian birthday tahun lepas tidak
kesampaian lagi.. insyaAllah, Allah itu sebaik-baik perancang.. Allah tahu apa
yang terbaik buat kita..
apapon, TERIMA
KASIH BUAT SEMUA YANG SUDI MERAIKAN HARI ISTIMEWA INI..
coretan dari
cerpen dari sahabat untuk sahabat..
No comments:
Post a Comment