Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Just
nak bercerita mengenai debaran utk praktikal sem depan.. Alhamdulillah
insyaAllah Siti akan praktikal dekat Hospital Al-Islam dekat Kampung
Baru. insyaAllah segalanya akan berjalan dengan baik. Biasalah
lumrah pelajar tahun akhir yang sedang sibuk mencari tempat praktikal.
Masing2 sibuk mencari dan masing-masing cibuk bertanyakan mengenai
praktikal. Sesibuk mana aktiviti harian, perbualan mengenai pilihan
praktikal memang menjadi topic hangat. Sehangat jualan pisang goreng di
waktu petang... hehe.. dan tak terkecuali ada juga sahabat yang bertanyakan
soalan yang sama berulang kali. Penat den nak menjawapnya walaupun den tahu
jawapan itu tergantung tak bertali.. untuk yang masih tertanya-tanya mengenai
tempat praktikal Siti meh sini nak cerita sikit. Mungkin tak dapat nak
terima dek akal, tapi Allah itu sebaik-baik perancang.
Kisah perkenalanku
Ni
mmg soalan favourite. Rata-rata kawan-kawan dok tanya soalan ni..
jawapannya xda yg btol2 tepat.. ntahlah.. Allah yang bimbing hati ni..
sebenarnyer, Siti dah lama dah dok usha hospital ni.. Mula-mula kenal hospital
ni sebb dok cari hospital utk asgment hospital visit 1 class utk subjek
billing. Masa tu merangkap naib presiden so kenalah usahakan untuk
dapatkan hospital. So usahalah kitanya dengan bantuan encik Google dan tengah2
mencari tu terjumpalah hospital ni. Klu tak salah hospital ni hospital pertama
yg mesra ibadah. Sebb tu teruja tapi time tu xdapat utk hospital visit sebb
kene cari hospital area luar Selangor. So, simpan dulu angan2 ni...
then
bila dah dapat task utk cari tempat praktikal, inilah hospital pertama yg jadi
pilihan. Lagi satu Hospital Pusrawi tapi akak cakap tu jauh.. dekat
dengan Bangi.. kita pon bersemangatlah wat surat utk hospital ni.
Sementara tggu surat ciap tu, mcm2 cara nak dapatkan confirmation yg hospital
ni terima budak praktikal. Siti plak mmg jenis malas nak telefon company.. Siti
pon ambik short cut, pergi tanya dekat Fb dan website dia.. dapat je surat,
trus scan antar by email.. nak dijadikan cerita, semggu lepas tu, Siti coll
tanya terima tak budak praktikal then dia cakap dah penuh... aduuhhh pedihnya
hati ini... nak nangis pon ada.. harapan hancur berkecai.. 2 3 malam selepas tu
mmg nangis ngadu dekat Allah.. buat solat hajat... klu betol hospital tu
terbaik utk Siti, bukakanlah ruang untuk Siti praktikal dekat situ.. semoga ada
keajaiban berlaku.. ya Allah mmg time tu hancur hatiku.. selepas mlm ke 3 tu,
jumaat malam, Allah gerakkan hati siti utk hantar surat lagi sekali sebb nak
dapatkan surat pengesahan reject daripada diorang sebb tu mmg syarat dari En.
Q utk buat surat baru.
Esoknya
ada meeting KARISMA.. tengah2 lepak tgk crita lepas meeting tu, tiba2 ada
office coll.. rupanya2 Hospital Al-Islam coll.. ya Allah, katanya Siti dah mmg
terpilih utk praktikal situ, surat pon dah dihantar Cuma maybe Siti yang tak
tahu.. ya Allah, Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian
Alam. Esoknya g sttlekan dengan En Q...
Harapanku
Ya
Allah, Siti tak tahu apa kisahnya nanti.. bagaimana Siti nak ke sana nanti..
mampukah Siti bertahan pagi2 naik motor, tukar LRT semata-mata demi hospital
ini.. bila kawan-kawan tanya, nanti sewa rumah ek kat kg baru? dengan
confidentnya Siti jawap. "tak la.. tggal dekat PJ.. nanti naik motor,
pahtu tukar LRT, pahtu jalan ckit.. baru sampai".. tu mulut, dalam hati
hanya Allah yang tahu bagaimana perjalanannya nanti.. ada jugak sedikit
kegusaran.. hohoho.. tapi jngan risau.. Siti tahu Allah sebaik-baik perancang..
Allah tahu apa yang terbaek buat hambanya.. ALL IS WELL... don't worry.. semoga
praktikal kali ini memberi Siti seribu satu kenangan, kemahiran, kegembiraan, serta
mencungkil rahsia-rahsia ilmu yg selama ini Siti xjumpa.. insyaAllah.. aminnnnn
No comments:
Post a Comment