Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perkongsian daripada KITAB IHYA ULUMIDDIN (JIWA AGAMA 4) OLEH IMAM AL GHAZALI.
Dan sesungguhnya hati itu kosong dari pengetahuan, dimana kekosongan itu terjadi, disebabkan oleh sebab yang lima ini iaitu:
Pertama::
Kekurangan pada hati itu sendiri, seperti: hati anak-anak. Maka tidak menampak padanya pengetahuan, kerana kekurangannya.
Kedua::
Kerana kekotoran perbuatan maksiat dan keji yang berlapis-lapis diatas wajah hati, mencegah bersih dan cemerlangnya hati. Lalu tercegahlah lahir kebenaran padanya, kerana kegelapan dan lapisan-lapisan itu. Dan kepadanyalah isyarat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Barangsiapa mengerjakan dosa, niscaya ia diceraikan oleh akal
yang tidak akan kembali lagi kepadanya untuk selama-lamanya".
*Terdapat kekotoran pada hatinya, yang tidak akan hilang bekasnya. Kerana tujuannya, bahwa diikutkannya dosa itu dengan kebaikan, yang aka tersapu dosa itu dengan kebaikan tersebut*.
Ketiga::
Hati itu dipalingkandari arah hakikat yang dicari. sesungguhnya hati orang yang taat dan soleh, meskipun bersih, maka tidaklah jelas padanya kecemerlangan kebenaran. kerana itu tidak mencari kebenaran.
Keempat::
Hijab (dinding). Sesungguhnya orang yang taat yang memaksakan hawa nafsunya, yang menjuruskan fikirannya pada sesuatu hakikat kebenaran, kadang-kadang tidak terbuka juga yang demikian baginya. Kerana terdinding daripadanya.
Kelima::
Bodoh tentang arah yang akan diperoleh padanya yang dicari. Sesungguhnya orang yang mencari ilmu itu, tidak mungkin memperoleh ilmu dengan kebodohan, kecuali dengan mengingati ilmu yang bersesuaian dengan yang dicari.

No comments:
Post a Comment