Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekadar
perkongsian daripada buku "Cipta
Syurga Hati - Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj"
Kita
boleh melakukan apa sahaja usaha untuk mengelak sesuatu kejadian buruk terhadap
kita, bahkan itu wajib, tetapi sekiranya kejadian buruk hendak berlaku juga,
kita perlu terima ia sambil terus membesarkan kemahuan untuk hidup gembira.
Daripada
Ummu Salamah katanya, aku mendengar
Rasulullah saw bersabda,
"Apabila seseorang itu ditimpa
bencana, maka hendaklah dia mengucapkan:
(Sesungguhnya kita datang daripada Allah dan kepadanya kita kembali.
Ya Allah, berikanlah ganjaran kerana
musibah ini,
berikanlah aku pengganti yang lebih baik
daripadanya)
nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana
bencana tersebut dan menggantikan
kepadanya yang lebih baik daripadanya."
Ummu
Salamah berkata lagi,
"Semasa Abu Salamah meningggal
dunia,
aku mengucapkan seperti mana yang
diperintahkan oleh Rasulullah saw kepadaku,
lalu Allah swt menggantikan kepadanya
(Ummu Salamah)
seorang yang lebih baik daripada Abu
Salamah (menjadi suaminya)
iaitu Rasulullah saw. -Riwayat Muslim
Kita
boleh lakukan apa sahaja usaha untuk mengelak sesuatu kejadian buruk terhadap
kita, bahkan itu wajib,, tetapi sekiranya kejadian buruk hendak berlaku juga,
kita perlu terima ia sambil terus membesarkan kemahuan untuk hidup gembira.
No comments:
Post a Comment