Tuesday, July 22, 2014

Kenangan Terakhir

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Parti terakhir untuk sem terakhir degree sebelum kami semua merantau ke tempat praktikal masing2.. macam2 karenah dan problem untuk parti ni.. tapi macam biasalah... klu kita nak tu, mcm2 daya kita wat kan.  huhu.. 





Punca Hati Kosong Tanpa Pengetahuan

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Perkongsian daripada KITAB IHYA ULUMIDDIN (JIWA AGAMA 4) OLEH IMAM AL GHAZALI.

Dan sesungguhnya hati itu kosong dari pengetahuan, dimana kekosongan itu terjadi, disebabkan oleh sebab yang lima ini iaitu:

Pertama::
Kekurangan pada hati itu sendiri, seperti: hati anak-anak.  Maka tidak menampak padanya pengetahuan, kerana kekurangannya.

Kedua::
Kerana kekotoran perbuatan maksiat dan keji yang berlapis-lapis diatas wajah hati, mencegah bersih dan cemerlangnya hati.  Lalu tercegahlah lahir kebenaran padanya, kerana kegelapan dan lapisan-lapisan itu.  Dan kepadanyalah isyarat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud:

"Barangsiapa mengerjakan dosa, niscaya ia diceraikan oleh akal
 yang tidak akan kembali lagi kepadanya untuk selama-lamanya".

*Terdapat kekotoran pada hatinya, yang tidak akan hilang bekasnya.  Kerana tujuannya, bahwa diikutkannya dosa itu dengan kebaikan, yang aka tersapu dosa itu dengan kebaikan tersebut*.

Ketiga::
Hati itu dipalingkandari arah hakikat yang dicari.   sesungguhnya hati orang yang taat dan soleh, meskipun bersih, maka tidaklah jelas padanya kecemerlangan kebenaran.  kerana itu tidak mencari kebenaran.

Keempat::
Hijab (dinding).  Sesungguhnya orang yang taat yang memaksakan hawa nafsunya, yang menjuruskan fikirannya pada sesuatu hakikat kebenaran, kadang-kadang tidak terbuka juga yang demikian baginya.  Kerana terdinding daripadanya.

Kelima::
Bodoh tentang arah yang akan diperoleh padanya yang dicari.  Sesungguhnya orang yang mencari ilmu itu, tidak mungkin memperoleh ilmu dengan kebodohan, kecuali dengan mengingati ilmu yang bersesuaian dengan yang dicari.

Monday, July 21, 2014

Misterinya Hidup

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekadar perkongsian daripada buku "Cipta Syurga Hati - Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj" 

Kita boleh melakukan apa sahaja usaha untuk mengelak sesuatu kejadian buruk terhadap kita, bahkan itu wajib, tetapi sekiranya kejadian buruk hendak berlaku juga, kita perlu terima ia sambil terus membesarkan kemahuan untuk hidup gembira.

Daripada Ummu Salamah katanya, aku mendengar Rasulullah saw bersabda,

"Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah dia mengucapkan:

(Sesungguhnya kita datang daripada Allah dan kepadanya kita kembali.
Ya Allah, berikanlah ganjaran kerana musibah ini,
berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya)

nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana
bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya."

Ummu Salamah berkata lagi,

"Semasa Abu Salamah meningggal dunia,
aku mengucapkan seperti mana yang diperintahkan oleh Rasulullah saw kepadaku,
lalu Allah swt menggantikan kepadanya (Ummu Salamah)
seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya)
iaitu Rasulullah saw. -Riwayat Muslim



Kita boleh lakukan apa sahaja usaha untuk mengelak sesuatu kejadian buruk terhadap kita, bahkan itu wajib,, tetapi sekiranya kejadian buruk hendak berlaku juga, kita perlu terima ia sambil terus membesarkan kemahuan untuk hidup gembira.

Pilihanku: Hospital Pakar Al-Islam

Bismillahirrahmanirrahiim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”
(Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Just nak bercerita mengenai debaran utk praktikal sem depan.. Alhamdulillah insyaAllah Siti akan praktikal dekat Hospital Al-Islam dekat Kampung Baru.  insyaAllah segalanya akan berjalan dengan baik.  Biasalah lumrah pelajar tahun akhir yang sedang sibuk mencari tempat praktikal.  Masing2 sibuk mencari dan masing-masing cibuk bertanyakan mengenai praktikal.  Sesibuk mana aktiviti harian, perbualan mengenai pilihan praktikal memang menjadi topic hangat.  Sehangat jualan pisang goreng di waktu petang... hehe.. dan tak terkecuali ada juga sahabat yang bertanyakan soalan yang sama berulang kali. Penat den nak menjawapnya walaupun den tahu jawapan itu tergantung tak bertali.. untuk yang masih tertanya-tanya mengenai tempat praktikal Siti meh sini nak cerita sikit.  Mungkin tak dapat nak terima dek akal, tapi Allah itu sebaik-baik perancang.

Kisah perkenalanku
Ni mmg soalan favourite.  Rata-rata kawan-kawan dok tanya soalan ni.. jawapannya xda yg btol2 tepat.. ntahlah.. Allah yang bimbing hati ni.. sebenarnyer, Siti dah lama dah dok usha hospital ni.. Mula-mula kenal hospital ni sebb dok cari hospital utk asgment hospital visit 1 class utk subjek billing.   Masa tu merangkap naib presiden so kenalah usahakan untuk dapatkan hospital. So usahalah kitanya dengan bantuan encik Google dan tengah2 mencari tu terjumpalah hospital ni.  Klu tak salah hospital ni hospital pertama yg mesra ibadah. Sebb tu teruja tapi time tu xdapat utk hospital visit sebb kene cari hospital area luar Selangor.  So, simpan dulu angan2 ni... 

then bila dah dapat task utk cari tempat praktikal, inilah hospital pertama yg jadi pilihan.  Lagi satu Hospital Pusrawi tapi akak cakap tu jauh.. dekat dengan Bangi.. kita pon bersemangatlah wat surat utk hospital ni.  Sementara tggu surat ciap tu, mcm2 cara nak dapatkan confirmation yg hospital ni terima budak praktikal. Siti plak mmg jenis malas nak telefon company.. Siti pon ambik short cut, pergi tanya dekat Fb dan website dia.. dapat je surat, trus scan antar by email.. nak dijadikan cerita, semggu lepas tu, Siti coll tanya terima tak budak praktikal then dia cakap dah penuh... aduuhhh pedihnya hati ini... nak nangis pon ada.. harapan hancur berkecai.. 2 3 malam selepas tu mmg nangis ngadu dekat Allah..  buat solat hajat... klu betol hospital tu terbaik utk Siti, bukakanlah ruang untuk Siti praktikal dekat situ.. semoga ada keajaiban berlaku.. ya Allah mmg time tu hancur hatiku.. selepas mlm ke 3 tu, jumaat malam, Allah gerakkan hati siti utk hantar surat lagi sekali sebb nak dapatkan surat pengesahan reject daripada diorang sebb tu mmg syarat dari En. Q  utk buat surat baru.  

Esoknya ada meeting KARISMA.. tengah2 lepak tgk crita lepas meeting tu, tiba2 ada office coll.. rupanya2 Hospital Al-Islam coll.. ya Allah, katanya Siti dah mmg terpilih utk praktikal situ, surat pon dah dihantar Cuma maybe Siti yang tak tahu.. ya Allah, Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.  Esoknya g sttlekan dengan En Q... 



Harapanku
Ya Allah, Siti tak tahu apa kisahnya nanti.. bagaimana Siti nak ke sana nanti.. mampukah Siti bertahan pagi2 naik motor, tukar LRT semata-mata demi hospital ini.. bila kawan-kawan tanya, nanti sewa rumah ek kat kg baru? dengan confidentnya Siti jawap. "tak la.. tggal dekat PJ.. nanti naik motor, pahtu tukar LRT, pahtu jalan ckit.. baru sampai".. tu mulut, dalam hati hanya Allah yang tahu bagaimana perjalanannya nanti.. ada jugak sedikit kegusaran.. hohoho.. tapi jngan risau.. Siti tahu Allah sebaik-baik perancang.. Allah tahu apa yang terbaek buat hambanya.. ALL IS WELL... don't worry.. semoga praktikal kali ini memberi Siti seribu satu kenangan, kemahiran, kegembiraan, serta mencungkil rahsia-rahsia ilmu yg selama ini Siti xjumpa.. insyaAllah.. aminnnnn



Monday, July 7, 2014

Selamat Ulang Tahun Sayang..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah genaplah usia ku yg ke 23 tahun dah.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.. Semalam sepanjang hari aku berada di kampus.... Cuba untuk mengulang kaji sendirian walaupun itu cuma alasan untuk aku berseorangan.. Aku tidak mengharapkan sahabat-sahabatku ingat akan birthdayku.. entah, mungkin kerana aku tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada mereka.. tahun lepas, housemate ku beramai-ramai menyanyi di depan pintu bilik dan aku pulak tiada respon.. maaf kawan, aku tidak biasa begitu walaupun jauh di sudut hati, itulah hari yang istimewa bagiku dan aku ingin berkongsi dengan kalian.. maaf sangat-sangat..

sampai je dari kampus, aku terus meng ‘on’ wasap.. Alhamdulillah, ucapan birthday dari keluargaku memenuhi wasapku.. terima kasih sayang... ya, mmang aku sayangkan mereka sangat.. malamnya, aku tertido kepenatan walaupun esok ada paper final.. hmm.. itulah aku.. nafsu tidur lebih mudah menguasai daripada nafsu belajar.. pukul 11.00 malam, aku terjaga oleh deringan telefon... mula-mula tidak kulayan, tapi kesian.. walaupun sebenarnya, deringan itulah yang aku tggu pada hari itu.. mesej masuk.. “Awak, angkatlah.. saya nak wish birthday awak ni.. “.. Bangun, basuh muka, telefon dia balik..hanya Allah yang tahu apa perasaannya pada masa tu.. ya Allah, muka dah tersenyum sorang-sorang dah.. dari mamai baru bangun tidur trus segar.. macam-macam cerita yang keluar.. rasa setengah jam bercakap tu tak cukup.. tak nak letak rasanya tapi final esok menghalangku.. emm.. bersabarlah wahai hati.. semoga tahun hadapan dapat lagi ku berbual dengan kamu..  impian birthday tahun lepas tidak kesampaian lagi.. insyaAllah, Allah itu sebaik-baik perancang.. Allah tahu apa yang terbaik buat kita..


apapon, TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG SUDI MERAIKAN HARI ISTIMEWA INI..

coretan dari cerpen dari sahabat untuk sahabat..