“Betul ke akan naik flight di KLIA 2?”
“Ya
betul.” jawap aku dengan yakin tanpa melihat kembali tiket flight.
Sempat
lagi lepak di stesen minyak yang berdekatan dengan KLIA 2 tu. Yakinnya kamu.
30
minit sebelum boarding, aku dihantar ke lapangan terbang. Aku segera mengambil
beg dan melangkah laju untuk boarding.
Sampai
saja di pintu masuk, aku dengan penuh yakin menunjukkan tiket kepada polis
airport yang berada di situ. Tiba-tiba,
“Adik,
ni bukan naik dekat sini. Ni naik dekat KLIA 1.”
“Oh
ye ke? Maaf ye” laju aku menjawap. Aku segera berjalan membuat u-turn semula
untuk keluar dari barisan yang panjang. Sambil berjalan, kepala aku ligat
berfikir. MasyaAllah, nak buat macam mana ni.
Itulah, nak untung RM10 sanggup beli tiket MAS tapi tak pernah tahu pun
bagaimana caranya.
Pertama
kali aku menghadapi ujian ini. Itulah. Terlalu fikir mudah sedangkan aku baru
beberapa kali berada di sana. Aku berjalan laju tanpa hala tuju. Mata dah
berair menahan perasaan.
Segera
aku menelefon kawan yang menghantar tadi.
“Hello.
Salah airport la.. sepatutnya KLIA 1.”
“Aduhh..
kan dah tanya tadi. Tunggu situ, nanti saya pusing semula.” Bebel dia panjang.
Iyalah. Nak uturn di kawasan tu bukan mudah.
Sambil
berjalan keluar, kepala masih lagi ligat berfikir. Ke nak naik train pergi
sana. Tapi sempat ke? Kan tak pasal-pasal aku tersangkut di sana.
Dalam
10 minit aku menunggu di luar, dia tiba. Jam dah menunjukkan waku tepat
boarding. Aduhh.. terlepas. Nak pergi ke
KLIA 1 memang tak sempat.
Mata
dah berair. Nak beli tiket baru, aku masih berkira-kira. Aku dah banyak guna
duit semasa pergi bercuti di Terengganu minggu lepas. Kawan pun tiada duit
katanya.
Aku
mennelefon seorang-seorang yang aku rasakan boleh membantu. Mungkin ada yang
boleh pinjamkan aku duit segera.
Nak
dijadikan cerita, setelah aku menelefon beberapa orang, ada kawan aku yang
boleh bantu tapi perlukan masa untuk dia cari bank. Ah sudah.. risaunya. Nak
bermalam dulu pun sementara cari bantuan pun aku tidak mampu. Manalah ada duit
dah.
Aku
dah tawakal.
“Takpalah.
Hantar je la su dekat airport.”
“Habis
tu macam mana?”
“Takpa.
ada kawan sudi bantu. Tinggal je su dekat sana. Cepatlah”
Kawan
aku segera tinggalkan aku dekat sana. Aku tawakal. Di pintu masuk tu, tiba-tiba aku terpandang
mesin ATM. Entah apa yang gerakkan aku, aku masuk ke dalam tu.
“Kita
cubalah. Tak cuba tak tahu.”
Dan
alhamdulillah… entah mana datangnya duit dalam tu. Betul-betul cukup untuk aku
beli tiket.
Alhamdulillah.
Aku segera berlari ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan maklumat apa yang
sepatutnya aku lalukan.
“Nanti
pergi dekat belakang sana, ada AirAsia. Beli dekat sana tiket baru.”
Dan
alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan.
Hampir
menangis aku. Ah perempuan. Apalah yang dia tahu melainkan mengalirkan air
mata.
Alhamdulillah.
Segalanya dah selesai. Aku dah selamat sampai dan aku takkan datang lagi dah
sendirian macam tu. Takut aku.
Alhamdulillah
syukur pada Allah yang bantu aku. Tiada daya dan upaya aku melainkan semuanya
Allah yang permudahkan.
No comments:
Post a Comment