Suami
adalah pelengkap kehidupan seorang wanita.
Ada yang sempat bergelar isteri,
merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah.
ada yang ditangguhkan
jodohnya hingga satu saat nanti di Jannah.
Namun
satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.
Cintailah sesiapa pun yang
engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah
dengannya.
Suami..
lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai..
yang adakalanya buat kita
kecewa.
Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak
sempurna.
Suami..
insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.
Yang paling tahu buruk kerenah
kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.
Suami..
dia milik Allah..
Dia
akan pergi suatu hari nanti..
adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang
kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya..
atau kita akan menangis
mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?
Hargailah
seorang insan bernama suami.
Biar siapa pun mereka, terimalah seadannya.
Mereka
lubuk pahala kita.. setiap masa.
No comments:
Post a Comment