Saturday, June 15, 2019

MAJLIS KAHWIN 2 SERENTAK

Niatkan saja dalam hati, “Ya Allah, aku nak kahwin hanya kerana ingin memenuhi tuntutan agamaMu ya Allah. Maka permudahkanlah urusan perkahwinan ku ya Allah.”

Adik aku dah nak kahwin. Makanya, aku pun perlu usaha lebih. Huhuhu

“Nanti kita buat majlis kahwin 2 serentak. Senang. Jimat pun jimat.” Kakak aku memberikan cadangan semata-mata untuk menaikkan semangat aku untuk cari segera jodoh aku.

Baiklah.
Akan aku cuba.

insyaAllah, awal tahun depan aku kahwin.

Friday, June 14, 2019

BUKAN SEKADAR CONTENGAN


“Baiklah anak-anak. Hari ini kita buat aktiviti santai iaitu melukis. Cikgu bagi semua kertas ni ye?” aku memulakan sesi aktiviti dengan agak formal.  Terikut-ikut skrip RPA dan juga sedang menduga mood anak-anak pada hari ini.

Aku memberikan anak-anak sehelai kertas A4 putih dan pensil bagi yang dah besar dan pensil warna saiz besar kepada anak-anak yang masih lemah genggamannya.

“Lukis la apa sahaja yang nak dilukis. Lukis robot ke, kucing ke, rumah ke. Bunga pun boleh.” Aku cuba memberikan gambaran kepada anak-anak. Lagipun aku yang tak mahir lagi berkomunikasi dengan anak-anak dan tidak dapat nak bayangkan lagi apa sebenarnya yang mereka sedang fikir.

“Yeay.. cantiknya.. cantiknya.. yeay..” aku cuba memberikan semangat kepada mereka untuk melukis.dalam masa yang sama, aku bersoal jawap semata-mata nak ajak supaya mereka yakin diri dan berani bercerita apa yang mereka lukis.

Kalau dilihat lukisan mereka, tiada apa yang cantik. Hanya sekadar contengan pensil. Tapi sebenarnya, itulah yang tercantik bagi tahap mereka. Garisan-garisan dan bulatan yang mereka coretkan mempunyai maksud tersendiri yang hanya mereka yang faham.

Ketika contengan dibuat,
Ada yang diuji tahap imaginasinya
Ada yang diuji tahap kesabaran dan yakin dirinya
Ada yang diuji tahap fokusnya berapa lama
Ada yang diuji tahap bilangan perkataan yang dikuasai
Ada yang diuji tahap pemikiran logiknya

Lihat dengan mata hati. Cantik.




PELUANG KEDUA


“Ya Allah, bukakan hati aku hanya untuk jodohku sahaja. Perkenankanlah ya Allah.”

Aminn ya rabbal alamin.

Hanya kepada Allah tempat aku berharap.
Itulah.  Apabila telah hancur hati mengejar cinta manusia, suatu masa diri akan kembali kepada cinta kepada penciptaNya.

Aku serahkan urusan jodohku kepada ALLAH!

2 hari lepas, aku tersenyum.
Allah Maha Mendengar.

“Jangan terlalu berharap, orang lelaki ni suka bagi harapan dan orang perempuan suka berharap” teringat aku nasihat itu dan itulah yang selalu aku pegang walaupun jujur aku cakap, soal hati tak siapa boleh tipu.

“Ada sebab kenapa itu terjadi.  Kita kawan dulu ye.” dia mengingatkan aku.

Takpa. Aku percaya Allah itu Maha Baik dan Maha Mengatur yang Baik-baik saja. Terima kasih Allah. Peluang kedua dari seorang yang pernah bawa lari hati aku takkan aku sia-siakan.

Terima kasih Allah atas perancangan yang baik dariMu.
Setiap masa dan ketika tepat selalu.
Semoga semuanya baik-baik saja.

ALLAH JAGAKAN AKU..


Penghujung bulan Februari.
“Awak, saya nak kenal awak boleh?”
“Boleh.” Dan seakan-akan terlalu cepat membuat keputusan dan menyerahkan hati, semuanya seakan-akan dipermudahkan.

“Ya Allah, berikan aku petunjuk.  Adakah ini jodoh yang aku cari selama ini?”

Dan hari berlalu hari.
Lumrah orang bercinta, setiap saat dirasakan terlalu bahagia.
Setiap saat bersama begitu berharga sampaikan korbankan waktu tidur dengan alasan bekerja bersama.

Entah macam mana, tiba-tiba Allah detikkan dalam hati, “Betul ke aku betul-betul ikhlas terima dia? Atau sekadar pengganti hati yang dibawa lari atau membalas dendam terhadap hati yang kecewa?”

Makin kuat doa dititipkan “Ya Allah, aku perlukan petunjukMu. Jika benar dia jodohku, permudahkan. Jika tidak, jauhkanlah ya Allah.”

Sebulan berlalu segala-galanya nampak seperti dipermudahkan.
Semuanya indah, semuanya berjalan seperti yang diaturkan.
Walaupun jarak memisahkan, tapi segala-galanya tiada yang mustahil seperti tiada halangan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sepandai-pandai dia sorokkan dari aku, akhirnya brigak jugak.

Ya.
Allah berikan aku petunjuk dengan pengalaman yang paling berharga buat aku.  Pengalaman yang menakutkan dan mahal untuk aku lupakan. Semenjak hari itu, semenjak pengalaman itu, hati aku makin menjauh dengannya. Bagai ada yang tak kene, hari demi hari dilalui dengan penuh keterpaksaan, tiada lagi keikhlasan. Seakan-akan tidak cukup, Allah berikan aku lagi petunjuk yang berharga.  Terbongkar segala rahsia.

Berikan peluang ke dua?
Tak mungkin. Aku terlalu takut. Biarlah aku bawa diri.

Dan kisah itu hanya berlalu selama 3 bulan. Awal Ramadhan aku memulakan hari yang baru, dan kehidupan aku kembali kepada asal.

Alhamdulillah.
Allah Maha Tahu.
Hubungan yang bermula bukan kerana Allah takkan kekal lama.

Saturday, June 1, 2019

Bondan Prakoso - I Will Survive [Official Music Video]

Terimakasih
Buatyang sedang berjuang untuk diri sendiri
Walau jatuh berulang kali, walau terduduk sering kali
Tetap bangun, tetapkan berjuang

Terima kasih
Buat pejuang keluarga yang ingin pastikan semua ahli keluarga bahagia selalu
Walaupun impian perlu diketepikan buat seketika
Walaupun motivasi diri sering kali berubah-ubah
Tetap semangat tetap tersenyum mensyukuri hidup.



PENGALAMAN KERJA SEBAGAI MAJIKAN SYARIKAT


“Diperlukan Pembantu Peribadi untuk syarikat kami.”

Tersenyum aku ketika membaca post di dinding Facebook syarikat tersebut.  Kalau dekat, aku dah mohon dah. Haha. Segera tangan aku laju memberi komen, “Semoga dipermudahkan segala urusan.”

Dan admin syarikat tersebut mesej personal dengan aku. Menjemput aku untuk bekerja dengannya. Sayang, syarikatnya jauh di Rembau sana dan aku masih lagi ada tanggungjawap di negeri Kelantan. Tawaran tersebut aku tolak dengan lembut tapi masih lagi dirayu untuk bekerja dengannya.  Entah apa yang menjadi tarikan aku pun tak pasti. Pung pang pung pang, akhirnya aku setuju dengan tawaran tersebut.  Tawaran menjadi ketua admin merangkap majikan ke dua jarak jauh.

Kenapa aku terima?

Entah. 
Mungkin sekadar ingin menguji kekuatan diri aku
Mungkin sebabkan aku dah lama teringin untuk bekerja dengan syarikat training
Mungkin aku rasa doa aku dalam bidang kerjaya diperkenan

Mungkin.

Dan aku terima dengan senang hati.
Selesai sahaja kerja rutin pagi sampai petang, malam pula aku bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan kerja separuh masa aku bersama syarikat tersebut.
Kadang-kadang sampai pukul 1 2 pagi dan esoknya, pukul 6 pagi aku dah bangun untuk memulakan kerja hakiki aku.

Penat?
Adalah sikit sebab dah lama tak tidur lewat sebegitu.
Tapi aku gembira, aku teruja bekerja sampai tidak terasa sedikit pun kepenatan tu.
Entah dari mana aku dapat kekuatan tersebut.
Tapi aku sentiasa doa setiap hari supaya aku tidak terlepas pandang dan mengabaikan anak-anak aku sebabkan kerja kedua aku.

Dan masa berlalu dengan pantas.
Sebulan selesai dengan begitu tenang sekali.
Dan bulan ke dua sedikit demi sedikit kebenaran terbongkar

Salah aku juga, tak pandai menjadi majikan
Apabila staf tanya, aku tak pandai jawab
Apabila staf persoalkan, aku tidak pandai memberi alasan
Apabila staf duga, aku terduduk menyalahkan diri
Apabila staf keluarkan kenyataan pahit, aku tak dapat terima yang pahit itu bakal menyembuhkan syarikat yang sedang sakit

“Sebagai majikan, cik Su tak boleh buat macam tu”
“Sebagai majikan, cik Su perlu percaya dan bertahan”
“Sebagai majikan, cik Su kene yakin dengan syarikat”
“Sebagai majikan, cik Su jangan buat keputusan sendiri atas nama keputusan syarikat”
“Sebagai majikan, cik Su tak sepatutnya berhubung dengan staf secara peribadi”

Entah.
Hati aku makin hari makin tawar
Bukan mencari salah, tapi sukar untuk diterima apa yang aku hadapi sendiri
Setiap tindakan aku ada alasannya, tapi awal-awal lagi dah dilabelkan bermacam-macam
Jadi aku ambil keputusan diamkan diri
dan bawa diri aku.

Biarlah,
Itu bidang aku minat, itu janjikan gaji yang 2 kali ganda dari sekarang
Biarlah.
Aku undurkan diri.
Biarlah,
Apa pun yang dia fikirkan aku terima dengan hati terbuka
Biarlah,
Aku bawa hati aku sendiri
Biarlah
Walaupun sekali lagi aku terduduk tapi aku redha
Biarlah
Aku masih lagi mampu tersenyum
Biarlah
Biarkan aku kembali ke kehidupan aku yang asal
Biarkan aku hidup bahagia sendiri dan begini.