Penulis: Suria Hati
22:46 28 Disember 2017
“Awak,
saya ada sesuatu nak terus terang dengan awak.”
Si dia bersuara tersekat-sekat sambil cuba menarik perhatian aku yang sedang asyik bermain dengan si Comel.
“Ya
saya. Apa yang awak nak cakap?
insyaAllah saya boleh terima.” Aku menjawab dengan sopan sambil cuba mengawal
emosi ingin tahu aku.
“Saya
tak pasti saya perlu beritahu awak atau tidak hal ini. Saya.. sebenarnya.. nak beritahu.. yang saya
tidaklah sebaik seperti yang awak sangkakan.
Saya tak tahu macam mana nak terangkan tapi saya harap awak faham.” Dia berterus terang setakat yang dia ingin
luahkan.
“Ok. Awak tak perlu beritahu pun apa yang awak
telah lakukan sebab saya taknak tahu pun aib awak”. Iyalah. Aku seorang yang berpegang pada prinsip
jangan ambil tahu aib orang walaupun dalam hati aku tengah bertarung hebat nak
tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Kalau
macam tu, saya harap sangat andai kata awak bertemu dengan orang yang lebih
baik nanti, harap awak terimalah dia seadanya.
Takyah fikirkan pasal saya.” Tutttttt.....
talian hayat putus. Hahaha.. teringat
aku ada terbaca di laman Facebook, antara alasan yang biasa orang mintak putus
adalah “Awak terlalu baik untuk saya”. Hahaha.
Aku
pun tanpa fikir panjang terus kata “Ok”.
Sambil memberikan senyuman yang paling manis. Manis ker~~..
“Dah
kenapa kita nak sedih-sedih ni. Dah la
nak boleh chat tu susah, boleh chat sedih-sedih pulak.” Hahaha aku cuba
melarikan topik perbincangan. Biarlah.
Jodoh pertemuan ajal maut Allah dah tentukan
yang terbaik. Aku percaya Allah Maha
Bijaksana mengatur hidup aku. Jangan
terlalu puja seseorang, kelak si dia pasti akan tinggalkan kau. Kalau dia tak tinggalkan kau untuk orang lain
pun, dia pasti akan tinggalkan kau bertemu Tuhannya.
**********************************
Tak
ada orang yang tidak pernah melakukan kesalahan. Semua orang pernah membuat kesilapan selagi
bergelar hamba Allah. Nabi Adam manusia terawal pun buat silap sehingga
dikeluarkan dari syurga, usahkan kita yang masih bertatih menguatkan iman.
Aku
dah jumpa ramai orang dan kebanyakan kawan-kawan aku sekarang adalah orang yang
pernah membuat silap dulu. Darah
muda. Macam-macam mereka dah alami. Apabila usia sudah meningkat, mereka sedikit
demi sedikit kembali kepada Allah.
Akulah orang yang paling bersyukur apabila melihat perubahan
mereka.
Allah
itu Maha Pengampun. Allah mengikut
sangkaan hambaNya. Jangan terlalu takutkan manusia, tapi takutlah pada
Allah. Allah itu Maha Berkuasa, lebih
berkuasa daripada segala yang ada di bumi ini.
Kita
buat dosa, kita mohon ampun dengan Allah.
Kita buat silap, kita doa dengan Allah supaya Allah tutup aib kita. Tiada daya dan upaya kita melainkan semuanya
dengan kuasa Allah. Bersangka baik dengan Allah.
No comments:
Post a Comment