KES CURI DI MEKAH
Hari ini hari ketiga kami di
Mekah. Jika mengikut jadual, kami akan
menunaikan umrah sunat kedua hari ini dan berniat di miqat Tana’im iaitu di
Masjid Tana’im.
Pagi ini, sebelum bergerak, entah
kenapa hati saya tergerak untuk melihat beg ma.
Dari hari pertama lagi dah rasa tak sedap hati sebab beg ma kembung
semacam sebab ma letak jugak beg duitnya dalam tu. Jadi kalau tengok dari luar dah boleh agak
sebab nak tutup pun hampir-hampir tak dapat.
“Ma tak payah bawak la beg duit ma tu, tinggal
je dalam hotel sebab buat berat beg je” saya menasihati. Mungkin ma tak dengar secara jelas kot sebab
ma tak keluarkan jugak.
Nak keluar bilik untuk naik bas,
sekali lagi saya peringatkan.
“Keluarkanlah beg duit tu. Tak
payah bawak.” Nampak yang ma sedang berfikir namun diabaikan jadi saya pun
oklah sambil sedapkan hati bahawa tiada apa-apa yang akan berlaku.
Ketika di Masjid Tana’im,
suasananya agak sesak di hadapan pintu.
Sudah menjadi kebiasaan budaya lain, mereka akan bersolat di bahagian
belakang dan berdekatan pintu supaya senang keluar. Jadi kami mengambil keputusan untuk pergi ke
saf depan yang agak lapang. Semasa di
masjid, kami berpisah kepada dua kumpulan iaitu ma berjalan dengan kakak saya
dan saya berjalan dengan yang lain. Semasa
naik bas selepas selesai bersolat sunat dan berniat umrah, kami pulang seperti
biasa. Tiada apa yang pelik atau diluar
kebiasaan.
Saya, 2 orang kakak termasuk yang
bersama dengan ma tadi serta ma mengambil keputusan untuk berehat dahulu
sebelum pergi mengerjakan tawaf 7 pusingan. Sedang kami berehat dan berbual,
kakak saya yang bersama ma ambil beg untuk keluarkan duit untuk bayar ziarah
tambahan ke muzium keesokan hrinya. Cari-cari tak jumpa. Dia tanya ma yang keluar bilik air dan ma pun
lihat beg ma dah takda. Akak cuba jejak
balik laluan balik kami lepas turun dari bas pun tak da.
Bukan rezeki kami. 2 2 beg duit hilang di masjid tana’im. Pencuri professional mungkin sebab beg ma dan
akak kemas dan berzip lagi.
Lepas tu barulah aku baca kisah di
internet. Rupa-rupanya perkara biasa
berlaku. Sebab tu ustaz kursus umrah
selalu beg sandang letak depan takut kene toreh dengan pisau. Tapi ni bukan kes toreh, ni siap dia tolong
zipkan semula lagi.
Tiada rezeki kami. Tapi aku tulis sekadar perkongsian pengalaman
supaya berhati-hati. Kalau boleh pakai
baju yang ada poket dekat dalam tu. Duit pun tak perlu bawa banyak-banyak kalau
ingin keluar bilik. Cukup sekadar untuk
beli barang yang kita inginkan. Letaklah
duit tu di banyak tempat, supaya ada jugak simpanan yang lain.
No comments:
Post a Comment