Apabila seseorang
perempuan telah berpaut hati dengan si dia,
adalah menjadi
harapannya untuk menghargainya sepenuh hati
kerana memiliki
hatinya adalah anugerah yang membahagiakan
dan tidak ada
yang lebih membahagiakan kecuali melihat dirinya bahagia menjalani hidupnya.
Apabila seseorang perempuan telah meningkat dewasa dan semakin bertambah kematangannya,
adalah menjadi impiannya untuk bersama dengan orang yang dia sayang menghadapi dunianya walaupun dia seakan-akan mampu berdikari sendiri.
Apabila seorang perempuan telah menyatakan isi hatinya
kepada seorang lelaki yang diyakini mampu menjaga dirinya seperti ayahnya,
adalah menjadi impiannya untuk bersama sehingga ke syurga
dan tiadalah dia sudi berpaling lagi kerana memiliki si dia adalah hadiah terindah buat dirinya.
No comments:
Post a Comment