Wednesday, March 22, 2017

JAWAPAN DARIPADA ISTIKARAH

Hari berganti hari.  Minggu berganti minggu.  Hidup aku diteruskan sehinggalah 2 minggu terakhir latihan aku di sini.  Aku masih lagi menantikan jawapan daripada Allah. 

“Ya Allah, 2 minggu je lagi aku disini.  Engkau berikanlah aku jawapan kepada istikarahku ini ya Allah” Detik hatiku setiap hari.  Ya Allah perancangan Allah itu yang terbaik.  Allah itu Maha Mengatur segala-galanya.

Masihku ingat lagi.  Suhu yang agak sejuk di pejabat aku pada pagi itu memaksa aku untuk berjalan memanaskan badan.  Melarikan diri seketika sambil bertemu sahabat di pejabat yang lain.  Tidak ku sangka, pakcik A juga berada di situ.  Tiada usaha untuk menyembunyikan diri, aku cuba untuk bermanis muka mempamerkan muka yang mesra.  Dalam masa yang sama, aku memperkenalkan sahabat aku kepadanya.  Selesai urusan bersama sahabatku, aku bingkas bangun mempercepatkan langkah untuk beredar dari situ.  Diriku seakan-akan tidak mampu bertahan lama untuk menyembunyikan perasaanku.

Keesokannya, pagi-pagi lagi sahabatku datang menjengah.  Sahabatku memberitahu bahawa Pakcik A mengajak dia dan aku untuk menghadiri kenduri anaknya.  Aku makin berdebar.  “Entah-entah pakcik A tu nak kenalkan aku kepada keluarganya tak?” hati aku berkata-kata.  Fikiran aku berbolak balik.  Nak setuju atau menolak perlawaan itu.  Tapi jika menolak, aku terlepas peluang untuk berkenalan dengan keluarganya.  Masih aku ingat lagi peristiwa 2 minggu lepas di surau pejabat kami.

**********************************************************************************
Saat selesai solat Zohor di surau pejabat tadi.  Perbualan aku bersama makcik cleaner tadi masih lagi bermain-main di mata..

“Siti, awak sudah berpunya?” Mak Cik memulakan perbualan sambil merenung aku melipat telekung solat.

“Belum ada yang sudi makcik.  Ada sesuatu yang berlaku makcik?” Aku mula bermain kata kerana pada aku sesuatu yang luar biasa apabila seorang makcik yang aku hormati bertanyakan soalan seperti itu.

“Makcik bertanyakan bagi pihak seseorang.  Siti pun kenal dia.” Makcik cuba untuk berterus terang dengan aku.

Aduhh.. Siapakah gerangan yang sedang makcik ni perkatakan.  Dengan sikapku yang pendiam dan agak sombong, aku tidaklah sepopular dikalangan orang-orang sekeliling aku.

“Siti kenal ayah dia.  Ayah dia pakcik A.” Makcik memanjang penjelasan apabila melihat aku tiada reaksi. Ooo.. pakcik A.. Sepanjang aku menjalani latihan disini, aku hanya pernah bercakap sekali dua dengannya.  Itupun hanya berkisarkan hal pejabat.  Aku hanya sekadar tersenyum mendengar penjelasan makcik.

“Makcik harap awak sudilah kenal dengan anak pakcik A.  Anaknya baik, sudah bekerja dan yang paling penting, anaknya beriman dan tidak pernah tinggalkan solat.”  Kata makcik memutuskan perbualan kerana aku perlu segera untuk menyiapkan tugasanku sebelum rehat tadi.

Sedang kepala aku gigih mengingati peristiwa petang tadi, tiba-tiba tangan aku terhenti di satu post dari berkenaan ISTIKARAH.  Ya! Inilah jawapan yang aku cari. 

“Ya Allah, aku beristikharah dengan ilmuMu Aku memohon kekuatan dengan kekuatanMu Dan aku memohon keagungan kurniaanMu Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku Engkau mengetahui juga tidak aku Maha mengetahui yang ghaib Ya Allah jika ini baik bagiku Agamaku dan kehidupanku Juga natijahku selepas ini maka tetapkanlah Engkau mudahkanlah Dan berkatilah aku padanya Ya Allah jika ini buruk bagiku Agamaku dan kehidupanku Juga natijahku selepas ini maka jauhkannya dariku Juga jauhkan aku darinya Tetapkan aku dengan kebaikan Sebagaimana yang sepatutnya Kau jadikanku meredhainya.

*********************************************************************************************************
Peristiwa itu masih lagi segar.  “Doa aku makbul ke? Kenapa Allah susun semuanya seakan-akan terlalu cepat? Aduhh.. Hanya kepada Allah aku berserah” getus hati aku seakan-akan tidak setuju dengan percaturan Allah. 

Dalam kecelaruan fikiran, aku terjumpa lagi petikan “Selesai istikarah, adakanlah perbincangan dengan orang yang kamu percaya.  Jangan percayakan istikarah bulat-bulat”.  Aku pegang kata-kata itu apabila bersetuju untuk hadirkan diri ke majlis.

Nak ditakdirkan Allah, aku pergi ke kenduri keluarga pakcik A.  Aku berpeluang untuk bertemu dengan keluarganya.  Betullah kata makcik tu.  Keluarganya adalah keturunan yang baik-baik.  Bertudung labuh dan berkopiah.  Sekarang ni agak sukar untuk mencari keluarga yang seperti itu.  Ketika ingin pulang setelah selesai menjamu selera, pakcik A pertemukan aku dengan anaknya.  Anaknya sekadar membalas kerlinganku dengan renungan yang tajam.  Aku bergegas keluar daripada majlis itu. 

Sehari..
2 hari berlalu..
Tanpa khabar berita daripada pihak lelaki.

Heh.


Hati aku memujuk.  Nampaknya istikarah aku berhasil.  Allah tunjukkan yang terbaik.  Allah permudahkan segalanya untuk aku tahu kebenarannya.  Aku redha.  Aku percaya yang Allah nak tunjukkan apa itu sebenarnya istikarah.  Apabila kita perlu membuat dua keputusan, beristikarah la..  Itu yang selalu orang sekeliling nasihatkan.  Tapi mereka lupa untuk tambah nasihat itu bahawa jawapan istikarah itu tidak semestinya seperti yang kita harapkan atau sangka, tidak mustahil jawapan istikarah itu datang secara sebaliknya.  Bila mana Allah pertemukan aku dan si dia, tiada apa yang berlaku.  Itulah jawapan yang istikarah kepadaku.
 

No comments:

Post a Comment