Aku ingin kahwin. Biasalah, apabila tiba cuti
sekolah, tidak dapat tidak mesti dipenuhi dengan jemputan ke majlis perkahwinan
atau kesyukuran. Alhamdulillah, ada
jemputan dari sahabat sekolah, ada sahabat di tempat kerja dan tidak lupa juga
yang menjemput untuk menyambut menantu.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Tahniah.. semoga redha Allah sentiasa bersama kalian.
Biasalah. Pergi majlis orang kahwin, pasti
aku juga dihujani soalan “Bila lagi?”
Heh..
Doa-doakanlah..
Tipulah kalau aku tidak terasa.
Tapi yang pasti, jawapan Allah pasti
menenangkan aku.
Belek-belek Terjemahan Al-Quran tadi, aku
terjumpa ayat ini:
Allah berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 77
yang bermaksud:
Dan orang-orang yang berkata “ Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang
hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.
Iya, Aku mahu kahwin dengan pasangan yang
penyenang hati aku. Aku termenung lagi
sambil mencari idea untuk menulis blog ini.
Selongkar post-post lama terjumpa pula terjemahan surah Al-Nur ini:
Allah berfirman dalam surah Al-Nur ayat 32
dan 33 berkaitan pernikahan yang bermaksud:
32. Dan nikahkanlah orang-orang yang masih
bujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak menikah daripada
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan
kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas
(pemberianNya), lagi Maha Mengetahui.
33. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah
hendaklah menjaga kesucian dirinya, sampai Allah memberi kemampuan kepada
mereka dengan kurniaanNya.......................
Allahuakbar..
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
segalanya..
Itulah jawapan yang terbaik.
Jika tidak mampu, maka hendaklah menjaga
kesucian dirinya sehingga Allah mentakdirkan jodoh aku meminang dan menikahi aku..
Terima kasih ya Allah.
Aku ingin berkahwin kerana memenuhi agamaMu.
No comments:
Post a Comment