Sunday, March 26, 2017

BERSYUKUR DI KALA DIBERIKAN HIKMAH

Assalamualaikum.

Bersyukur? 
Tak susah.
Tanda terima kasih kita kepada Allah.
Jom kita hayati kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Dawud yang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka dalam terjemahan surah AN NAML AYAT 15-19

15. Dan sungguh, Kami telah memberikan ilmu kepada Dawud dan Sulaiman; dan keduanya berkata, "Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari banyak hamba-hamba-Nya yang beriman.”

16. Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud, dan dia (Sulaiman) berkata, "Wahai manusia! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh, (semua) ini benar-benar karunia yang nyata.”

17. Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib.

18. Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut! masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”




19. Maka dia (Sulaiman) tertawa senyum karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.”

Friday, March 24, 2017

Terjemah Surat An Naml Ayat 59-66


Allah berfirman dalam surah An-naml ayat 59-66 yang menerangkan mengenai perintah Allah kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam untuk memuji Allah, kewajiban beribadah kepada Allah Subhaanahu wa Ta'aala saja, pentingnya memulai perkara dengan memuji Allah dan salam kepada para rasul-Nya, dan bukti-bukti keesaan Allah Subhaanahu wa Ta'aala di alam semesta. 

59. Katakanlah (Muhammad), "Segala puji bagi Allah dan salam sejahtera atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya. Apakah Allah yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan Dia?"

60. Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).

61. Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengkokohkan)nya dan yang menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui.

62. Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.

63. Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan.

64. Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan (makhluk) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (lagi), dan yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar.”

65. Katakanlah (Muhammad), "Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. Dan mereka tidak mengetahui kapan mereka akan dibangkitkan.”


66. Bahkan pengetahuan mereka tentang akhirat tidak sampai (ke sana). Bahkan mereka ragu-ragu tentangnya (akhirat itu). Bahkan mereka buta (hatinya) tentang itu.

Huraian lebih lanjut boleh lihat dan baca di tafsir Al-Quran 

Wednesday, March 22, 2017

AKU INGIN KAHWIN

Aku ingin kahwin. Biasalah, apabila tiba cuti sekolah, tidak dapat tidak mesti dipenuhi dengan jemputan ke majlis perkahwinan atau kesyukuran.  Alhamdulillah, ada jemputan dari sahabat sekolah, ada sahabat di tempat kerja dan tidak lupa juga yang menjemput untuk menyambut menantu.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Tahniah.. semoga redha Allah sentiasa bersama kalian.


Biasalah. Pergi majlis orang kahwin, pasti aku juga dihujani soalan “Bila lagi?”
Heh..
Doa-doakanlah..
Tipulah kalau aku tidak terasa.
Tapi yang pasti, jawapan Allah pasti menenangkan aku.
Belek-belek Terjemahan Al-Quran tadi, aku terjumpa ayat ini:

Allah berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 77 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang berkata “ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. 

Iya, Aku mahu kahwin dengan pasangan yang penyenang hati aku.  Aku termenung lagi sambil mencari idea untuk menulis blog ini.  Selongkar post-post lama terjumpa pula terjemahan surah Al-Nur ini:

Allah berfirman dalam surah Al-Nur ayat 32 dan 33 berkaitan pernikahan yang bermaksud:
32. Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak menikah daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan.  Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaanNya.  Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), lagi Maha Mengetahui.

33. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian dirinya, sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaanNya.......................

Allahuakbar..
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segalanya..
Itulah jawapan yang terbaik.
Jika tidak mampu, maka hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mentakdirkan jodoh aku meminang dan menikahi aku..



Terima kasih ya Allah.

Aku ingin berkahwin kerana memenuhi agamaMu.

JAWAPAN DARIPADA ISTIKARAH

Hari berganti hari.  Minggu berganti minggu.  Hidup aku diteruskan sehinggalah 2 minggu terakhir latihan aku di sini.  Aku masih lagi menantikan jawapan daripada Allah. 

“Ya Allah, 2 minggu je lagi aku disini.  Engkau berikanlah aku jawapan kepada istikarahku ini ya Allah” Detik hatiku setiap hari.  Ya Allah perancangan Allah itu yang terbaik.  Allah itu Maha Mengatur segala-galanya.

Masihku ingat lagi.  Suhu yang agak sejuk di pejabat aku pada pagi itu memaksa aku untuk berjalan memanaskan badan.  Melarikan diri seketika sambil bertemu sahabat di pejabat yang lain.  Tidak ku sangka, pakcik A juga berada di situ.  Tiada usaha untuk menyembunyikan diri, aku cuba untuk bermanis muka mempamerkan muka yang mesra.  Dalam masa yang sama, aku memperkenalkan sahabat aku kepadanya.  Selesai urusan bersama sahabatku, aku bingkas bangun mempercepatkan langkah untuk beredar dari situ.  Diriku seakan-akan tidak mampu bertahan lama untuk menyembunyikan perasaanku.

Keesokannya, pagi-pagi lagi sahabatku datang menjengah.  Sahabatku memberitahu bahawa Pakcik A mengajak dia dan aku untuk menghadiri kenduri anaknya.  Aku makin berdebar.  “Entah-entah pakcik A tu nak kenalkan aku kepada keluarganya tak?” hati aku berkata-kata.  Fikiran aku berbolak balik.  Nak setuju atau menolak perlawaan itu.  Tapi jika menolak, aku terlepas peluang untuk berkenalan dengan keluarganya.  Masih aku ingat lagi peristiwa 2 minggu lepas di surau pejabat kami.

**********************************************************************************
Saat selesai solat Zohor di surau pejabat tadi.  Perbualan aku bersama makcik cleaner tadi masih lagi bermain-main di mata..

“Siti, awak sudah berpunya?” Mak Cik memulakan perbualan sambil merenung aku melipat telekung solat.

“Belum ada yang sudi makcik.  Ada sesuatu yang berlaku makcik?” Aku mula bermain kata kerana pada aku sesuatu yang luar biasa apabila seorang makcik yang aku hormati bertanyakan soalan seperti itu.

“Makcik bertanyakan bagi pihak seseorang.  Siti pun kenal dia.” Makcik cuba untuk berterus terang dengan aku.

Aduhh.. Siapakah gerangan yang sedang makcik ni perkatakan.  Dengan sikapku yang pendiam dan agak sombong, aku tidaklah sepopular dikalangan orang-orang sekeliling aku.

“Siti kenal ayah dia.  Ayah dia pakcik A.” Makcik memanjang penjelasan apabila melihat aku tiada reaksi. Ooo.. pakcik A.. Sepanjang aku menjalani latihan disini, aku hanya pernah bercakap sekali dua dengannya.  Itupun hanya berkisarkan hal pejabat.  Aku hanya sekadar tersenyum mendengar penjelasan makcik.

“Makcik harap awak sudilah kenal dengan anak pakcik A.  Anaknya baik, sudah bekerja dan yang paling penting, anaknya beriman dan tidak pernah tinggalkan solat.”  Kata makcik memutuskan perbualan kerana aku perlu segera untuk menyiapkan tugasanku sebelum rehat tadi.

Sedang kepala aku gigih mengingati peristiwa petang tadi, tiba-tiba tangan aku terhenti di satu post dari berkenaan ISTIKARAH.  Ya! Inilah jawapan yang aku cari. 

“Ya Allah, aku beristikharah dengan ilmuMu Aku memohon kekuatan dengan kekuatanMu Dan aku memohon keagungan kurniaanMu Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku Engkau mengetahui juga tidak aku Maha mengetahui yang ghaib Ya Allah jika ini baik bagiku Agamaku dan kehidupanku Juga natijahku selepas ini maka tetapkanlah Engkau mudahkanlah Dan berkatilah aku padanya Ya Allah jika ini buruk bagiku Agamaku dan kehidupanku Juga natijahku selepas ini maka jauhkannya dariku Juga jauhkan aku darinya Tetapkan aku dengan kebaikan Sebagaimana yang sepatutnya Kau jadikanku meredhainya.

*********************************************************************************************************
Peristiwa itu masih lagi segar.  “Doa aku makbul ke? Kenapa Allah susun semuanya seakan-akan terlalu cepat? Aduhh.. Hanya kepada Allah aku berserah” getus hati aku seakan-akan tidak setuju dengan percaturan Allah. 

Dalam kecelaruan fikiran, aku terjumpa lagi petikan “Selesai istikarah, adakanlah perbincangan dengan orang yang kamu percaya.  Jangan percayakan istikarah bulat-bulat”.  Aku pegang kata-kata itu apabila bersetuju untuk hadirkan diri ke majlis.

Nak ditakdirkan Allah, aku pergi ke kenduri keluarga pakcik A.  Aku berpeluang untuk bertemu dengan keluarganya.  Betullah kata makcik tu.  Keluarganya adalah keturunan yang baik-baik.  Bertudung labuh dan berkopiah.  Sekarang ni agak sukar untuk mencari keluarga yang seperti itu.  Ketika ingin pulang setelah selesai menjamu selera, pakcik A pertemukan aku dengan anaknya.  Anaknya sekadar membalas kerlinganku dengan renungan yang tajam.  Aku bergegas keluar daripada majlis itu. 

Sehari..
2 hari berlalu..
Tanpa khabar berita daripada pihak lelaki.

Heh.


Hati aku memujuk.  Nampaknya istikarah aku berhasil.  Allah tunjukkan yang terbaik.  Allah permudahkan segalanya untuk aku tahu kebenarannya.  Aku redha.  Aku percaya yang Allah nak tunjukkan apa itu sebenarnya istikarah.  Apabila kita perlu membuat dua keputusan, beristikarah la..  Itu yang selalu orang sekeliling nasihatkan.  Tapi mereka lupa untuk tambah nasihat itu bahawa jawapan istikarah itu tidak semestinya seperti yang kita harapkan atau sangka, tidak mustahil jawapan istikarah itu datang secara sebaliknya.  Bila mana Allah pertemukan aku dan si dia, tiada apa yang berlaku.  Itulah jawapan yang istikarah kepadaku.
 

Thursday, March 9, 2017

Ceria Popstar 3: Konsert 5 - Shufaad (Hati Mati)





Di balik waktu aku mencari
Diriku yang hilang
Di dasar hati semakin sunyi
Semakin jauh

Lemasnya diri dibelenggu
Bisakah aku menemukanmu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Di saat ini aku sembunyi dalam ruang sepi
Hatiku jangan kau kunci
Ku mohon darimu kasih

Lemasnya diri dibelenggu
Bisakah aku menemukanmu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Kembalikan cinta
Kembalikan kasih
Kembalikan rasa
Kembalikan semua

Kau pergi dengan angkuh tolak segalanya jauh
Langitkan menangkapku sedang ku terjatuh
Semua yang ku laku kau masih di situ
Kau terus menghantui fikiran ku buntu
Bukakan saja pintu bukakan seluruh hatimu
Jujur aku masih mencintaimu
Jangan biar rasa ini terus membelenggu
Kerna hati ini masih lagi mencintai dirimu
Faham!!!

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Di setiap waktu aku mencari siapa diri ini

Tuesday, March 7, 2017

BERMUSAFIRLAH..

Sabda Rasul s.a.w. yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a. dan diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
“Bermusafirlah supaya sihat badanmu”

Syair Arab:
“Tinggalkanlah tanah airmu untuk mencari kemuliaan,
dan musafirlah kerana ada lima faedahnya. 
Menghilangkan kedukaan hati, mencari rezeki, mencari ilmu,
menambah adab dan mencari sahabat yang budiman.

Kalau ada orang yang berkata bahawa berjalan jauh itu,
menghinakan diri dan menyusahkan badan,
lebih baik dia mati sahaja,
daripada hidup di dalam lingkungan kerendahan dan kehinaan,
di antara cemuhan dan hasad dengki orang.”

rujukan: 
karya HAMKA (Lembaga Hidup)

 Gunung Kinabalu, Sabah

Pulau Pangkor


Bukit Tinggi

Saturday, March 4, 2017

SURAH AL-NUR (Ayat 26 hingga 33)

Ayat 26 Surah Al-Nur
Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.  Mereka itu bersih daripada apa yang dituduh orang.  Mereka memperoleh keampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

Ayat 27:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.  Demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu ingat.

Ayat 28:
Dan jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin.  Dan jika dikatakan kepadamu, “Pulanglah!” Maka (hendaklah) kamu pulang.  Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ayat 29:
Tidak ada dosa ke atasmu memasuki rumah yang tidak dihuni, yang didalamnya ada kepentingan kamu, Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

Ayat 30:
Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, demikian itu lebih suci bagi mereka.  Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.

Ayat 31:
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat.  Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga ke dada, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,  atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesame Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.  Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.  Dan bertaubat kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung. 

Ayat 32:
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak menikah daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan.  Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaanNya.  Dan Allah Maha Luas (pemberianNya), lagi Maha Mengetahui.

Ayat 33:
Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian dirinya, sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaanNya. Dan jika hamba sahaya yang kamu miliki inginkan perjanjian (kebebasan), hendaklah kamu buat perjanjian kepada mereka, jika kammu mengetahui ada kebaikan buat mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian daripada harta Allah yang dikurniakanNya kepadamu.  Dan janganlah kamu memaksa hamba sahaya perempuanmu untuk melakukan pelacuran, sedangkan mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan kehidupan duniawi.  Barang siapa memaksa mereka, maka sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyanyang (kepada mereka) setelah mereka dipaksa.


SHARE OUR SMILE

"For beautiful eyes, look for the good in others; 
for beautiful lips, speak only words of kindness; 
and for poise, walk with the knowledge that you are never alone. "

-Audrey Hepburn-