Thursday, December 28, 2017

hai cinta dulu


Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apa pun tak tahu
Tegal berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kesil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulis sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Petikan lagu Cinta Dulu-dulu. SM Salim


Novel Kisah Kita

Penulis: Suria Hati 
22:46 28 Disember 2017

“Awak, saya ada sesuatu nak terus terang dengan awak.”  Si dia bersuara tersekat-sekat sambil cuba menarik perhatian aku yang sedang asyik bermain dengan si Comel.  

“Ya saya.  Apa yang awak nak cakap? insyaAllah saya boleh terima.” Aku menjawab dengan sopan sambil cuba mengawal emosi ingin tahu aku.

“Saya tak pasti saya perlu beritahu awak atau tidak hal ini.  Saya.. sebenarnya.. nak beritahu.. yang saya tidaklah sebaik seperti yang awak sangkakan.  Saya tak tahu macam mana nak terangkan tapi saya harap awak faham.”  Dia berterus terang setakat yang dia ingin luahkan.

“Ok.  Awak tak perlu beritahu pun apa yang awak telah lakukan sebab saya taknak tahu pun aib awak”. Iyalah.  Aku seorang yang berpegang pada prinsip jangan ambil tahu aib orang walaupun dalam hati aku tengah bertarung hebat nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Kalau macam tu, saya harap sangat andai kata awak bertemu dengan orang yang lebih baik nanti, harap awak terimalah dia seadanya.  Takyah fikirkan pasal saya.”  Tutttttt..... talian hayat putus.  Hahaha.. teringat aku ada terbaca di laman Facebook, antara alasan yang biasa orang mintak putus adalah “Awak terlalu baik untuk saya”.  Hahaha. 

Aku pun tanpa fikir panjang terus kata “Ok”.  Sambil memberikan senyuman yang paling manis.  Manis ker~~..

“Dah kenapa kita nak sedih-sedih ni.  Dah la nak boleh chat tu susah, boleh chat sedih-sedih pulak.” Hahaha aku cuba melarikan topik perbincangan.  Biarlah.

 Jodoh pertemuan ajal maut Allah dah tentukan yang terbaik.  Aku percaya Allah Maha Bijaksana mengatur hidup aku.  Jangan terlalu puja seseorang, kelak si dia pasti akan tinggalkan kau.  Kalau dia tak tinggalkan kau untuk orang lain pun, dia pasti akan tinggalkan kau bertemu Tuhannya.

**********************************

Tak ada orang yang tidak pernah melakukan kesalahan.  Semua orang pernah membuat kesilapan selagi bergelar hamba Allah. Nabi Adam manusia terawal pun buat silap sehingga dikeluarkan dari syurga, usahkan kita yang masih bertatih menguatkan iman. 

Aku dah jumpa ramai orang dan kebanyakan kawan-kawan aku sekarang adalah orang yang pernah membuat silap dulu.  Darah muda.  Macam-macam mereka dah alami.  Apabila usia sudah meningkat, mereka sedikit demi sedikit kembali kepada Allah.  Akulah orang yang paling bersyukur apabila melihat perubahan mereka. 

Allah itu Maha Pengampun.  Allah mengikut sangkaan hambaNya. Jangan terlalu takutkan manusia, tapi takutlah pada Allah.  Allah itu Maha Berkuasa, lebih berkuasa daripada segala yang ada di bumi ini.

Kita buat dosa, kita mohon ampun dengan Allah.  Kita buat silap, kita doa dengan Allah supaya Allah tutup aib kita.  Tiada daya dan upaya kita melainkan semuanya dengan kuasa Allah. Bersangka baik dengan Allah. 

Monday, December 25, 2017

To love and be love

Si dia hilang lagi?



Jangan tanya apa yang dia boleh bagi..

Tapi tanyalah apa lagi yang perlu engkau buat untuk hargai kasih sayangnya

Jangan tanya kemana dia menghilang..
Tapi tanyalah kesalahan apa yang telah engkau lakukan terhadapnya

Jangan tanya kenapa dia pergi..
Tapi tanyalah apa lagi yang perlu engkau perbaiki diri

Aku percaya suatu hari nanti, 
akan ada seseorang datang menggembirakan aku 
yang mana kehadiran dia akan membuatkan aku lupa segala kesedihan diri.
Aku tunggu engkau.  Cepatlah munculkan diri dan jangan hilang lagi.

Ini Aku




Allah Pujuk Aku : Jawapan "Teruskan Kuat Wahai Diri"

Petang semalam aku postkan “Teruskan kuat wahai diri” sekadar untuk meluahkan apa hati aku rasa.
Dan malamnya, untuk menghilangkan kebosanan, aku membaca sebuah buku dan terjumpa ayat ini seperti dalam gambar. 



Allah Maha Mengetahui.  Allah pujuk aku dengan ayat itu tanpa sedar. 

Pengurusan Program : Hari Keluarga

Sebagai seorang kerani di sebuah syarikat, salah satu tugas yang telah diamanahkan adalah menganjurkan Hari Keluarga untuk syarikat tersebut.

Bos : Saya nak buat Hari Keluarga untuk syarikat nanti.
Aku : Baik. Nanti bos beritahu tarikh dan tempat. Nanti saya sediakan semua yang diperlukan.

Dan inilah dia. Aku kongsikan dokumen yang berkaitan yang diperlukan untuk menganjurkan Hari Keluarga serta gambar-gambar hadiah yang aku dah diy. Dan semua dokumen ini saya buat menggunakan Microsoft Word.

Yang pertama dan paling penting, mestilah surat pemberitahuan mengenai program yang akan diadakan. Ini adalah contoh surat yang aku bagi kepada ibubapa anak yang terlibat.


Yang kedua, tetapkan tentatif program. Tentatif program ini sebaik-baiknya berbincang dengan semua atau 2 3 orang yang bertanggungjawap dengan aktiviti program.



Yang ketiga, MasterPlan program. Masterplan ni adalah satu guideline ataupun gambaran apa yang akan berlaku pada hari program nanti serta siapa yang bertanggungjawap untuk setiap tugasan.
Yang lain-lain adalah tambahan.

Senarai Pemenang


Tag untuk cabutan bertuah.




Akhir sekali, ini semua hanyalah sekadar perkongsian apa yang saya lakukan. Yang kurang, boleh ditambah, yang salah boleh diperbaiki mengikut citarasa dan kemahiran sendiri.






Sunday, December 24, 2017

KENANGAN UMRAH PERTAMA KALI

KES CURI DI MEKAH

Hari ini hari ketiga kami di Mekah.  Jika mengikut jadual, kami akan menunaikan umrah sunat kedua hari ini dan berniat di miqat Tana’im iaitu di Masjid Tana’im.

Pagi ini, sebelum bergerak, entah kenapa hati saya tergerak untuk melihat beg ma.  Dari hari pertama lagi dah rasa tak sedap hati sebab beg ma kembung semacam sebab ma letak jugak beg duitnya dalam tu.  Jadi kalau tengok dari luar dah boleh agak sebab nak tutup pun hampir-hampir tak dapat.

 “Ma tak payah bawak la beg duit ma tu, tinggal je dalam hotel sebab buat berat beg je” saya menasihati.  Mungkin ma tak dengar secara jelas kot sebab ma tak keluarkan jugak.

Nak keluar bilik untuk naik bas, sekali lagi saya peringatkan.  “Keluarkanlah beg duit tu.  Tak payah bawak.” Nampak yang ma sedang berfikir namun diabaikan jadi saya pun oklah sambil sedapkan hati bahawa tiada apa-apa yang akan berlaku.

Ketika di Masjid Tana’im, suasananya agak sesak di hadapan pintu.  Sudah menjadi kebiasaan budaya lain, mereka akan bersolat di bahagian belakang dan berdekatan pintu supaya senang keluar.  Jadi kami mengambil keputusan untuk pergi ke saf depan yang agak lapang.  Semasa di masjid, kami berpisah kepada dua kumpulan iaitu ma berjalan dengan kakak saya dan saya berjalan dengan yang lain.  Semasa naik bas selepas selesai bersolat sunat dan berniat umrah, kami pulang seperti biasa.  Tiada apa yang pelik atau diluar kebiasaan.

Saya, 2 orang kakak termasuk yang bersama dengan ma tadi serta ma mengambil keputusan untuk berehat dahulu sebelum pergi mengerjakan tawaf 7 pusingan. Sedang kami berehat dan berbual, kakak saya yang bersama ma ambil beg untuk keluarkan duit untuk bayar ziarah tambahan ke muzium keesokan hrinya. Cari-cari tak jumpa.  Dia tanya ma yang keluar bilik air dan ma pun lihat beg ma dah takda.  Akak cuba jejak balik laluan balik kami lepas turun dari bas pun tak da.

Bukan rezeki kami.  2 2 beg duit hilang di masjid tana’im.  Pencuri professional mungkin sebab beg ma dan akak kemas dan berzip lagi.

Lepas tu barulah aku baca kisah di internet.  Rupa-rupanya perkara biasa berlaku.  Sebab tu ustaz kursus umrah selalu beg sandang letak depan takut kene toreh dengan pisau.  Tapi ni bukan kes toreh, ni siap dia tolong zipkan semula lagi. 


Tiada rezeki kami.  Tapi aku tulis sekadar perkongsian pengalaman supaya berhati-hati.  Kalau boleh pakai baju yang ada poket dekat dalam tu. Duit pun tak perlu bawa banyak-banyak kalau ingin keluar bilik.  Cukup sekadar untuk beli barang yang kita inginkan.  Letaklah duit tu di banyak tempat, supaya ada jugak simpanan yang lain. 

Teruskan Kuat Wahai Diri..

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita


**********************************

Wahai diri
Teruskanlah tersenyum
Sorokkan tangisan di hati yang paling dalam
Biar orang di sana cemburu dengan kebahagian engkau
Asalkan mereka sudi bersaing siapa yang paling bahagia dengan hidup

Wahai diri
Engkau patut bersyukur dengan kehidupan engkau
“Allah rancang molek-molek dah” itulah yang patut engkau pegang
Usah dibenci kawan-kawan di sekeliling engkau yang telah berjaya
Usah di ragukan keupayaan diri engkau
Usah dikeluhkan keterbatasan diri engkau
Bersyukur dan senyumlah sayang


ENGKAU PASTI BAHAGIA SUATU HARI NANTI

Saturday, December 23, 2017

UMRAH SEKELUARGA


Alhamdulillah.
Selesai menunaikan umrah sekeluarga seramai 11 orang pada 1-11 Disember 2017 yang lalu.

Alhamdulillah.
Allah permudahkan segalanya walaupun ada banyak dugaan dan ujian.
Paling tak tahan, perbezaan masa tu yang sangat menduga aku kerana aku ni jenis tidur awal. Punyalah mengantuk waktu isyak tu. masyaAllah.

Tapi apapun, alhamdulillah
Allah permudahkan.
















































































insyaAllah, nanti 2021 aku akan menunaikan umrah bersama pasangan pula. insyaAllah. Semoga Allah tunaikan hasrat ini.