Monday, December 12, 2016

ENJOY YOUR JOURNEY

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian pendakian Gunung Kinabalu pada 27 – 28 November 2016.
Alhamdulillah selamat sampai ke atas dan turun ke bawah.

“TIADA KEKUATAN MELAINKAN ALLAH YANG MEMUDAHKAN SEGALANYA”

Matlamat? Tiada matlamat langsung.. sekadar suka-suka dalam keterpaksaan.  Sebab dah bersetuju masa mula-mula akak ajak join.. Seminggu nak dekat tarikh, hati dah mula berdebar-debar.. mampukah aku sampai ke puncak??.. Sejak balik ke Kelantan, langsung tidak ada sebarang latihan.. Harapkan pergi gymnasium tapi tu pun dah lama.. Aduiii macam manalah nanti,,

Sebabkan dah terjanji, aku pergi tanpa sebarang ilmu.. Bila kakak aku sorang tarik diri, aku jadi down jugak sebb macam rasa nak tarik diri juga.. tapi nak tak nak, terpaksa lah.. kesian plak kakak aku lagi sorang.. sebab aku ni kan photographer dia.. nanti xda plak nak ambik gambar dia.. so aku gagahkan diri..

Alhamdulillah, perjalanan hari pertama berjalan baik.. cuaca yang baik walaupun kadang-kadang hujan rintik-rintik menguji kesabaran.. kaki dah tunjukkan tanda-tanda nak cramp tapi mampu bertahan.. alhamdulillah.. Makin jauh perjalanan, makin penat otak dan emosi, kaki makin lelah dan laluan makin sukar dan berpasir.. Lagi 1 km je tapi rasa macam berjalan tak sampai-sampai.. asal nampak batu kitorang akan duduk bersama-sama melepaskan tekanan..

Alhamdulillah sampai jugak ke Laban Rata pukul 3.30 selepas bergerak pukul 9.30..










The Essence of Discovery

Live Your Life Each Day As You Would Climb A Mountain.
An Occasional Glance Towards The Summit Keeps The Goal
In Mind, But Many Beautiful Scenes Are To Be Observed
From Each New Vantage Point.
Climb Slowly, Steadily, Enjoying Each Passing Moment,
And The View From The Summit Will Prove To Be Astonishing.





No comments:

Post a Comment