Alhamdulillah.. tak lama dah nak masuk 2017.. lagi 24
jam lebih sikit-sikit.. entah sempat atau tidak nak merasa hidup dalam tahun 2017.. manalah tau
kan, entah-entah tengah tulis ni pun malaikat ambik nyawa tanpa lewat sesaat
pun.. Allahuakbar..
Sekadar perkongsian mengenai semangat nak masuk tahun
baru.. kikiki.. biasalah.. orang cakap nak masuk tahun baru ni lah kene pasang
azam baru, niat baru.. tu kalau kawan yang positif la.. kalau yang kurang
positif sikit, mesti cakap, “Azam tahun lepas pun tak tertunai, tak payah
cibuk-cibuk pasang azam baru la.. “
Kelakar kan?
Aku rasa sebaik-baiknya kalau azam kau tak tertunai,
bukan salahkan azam tu.. tapi salahkan diri kau… ataupun cuba baiki
azam tahun-tahun sudah yang tak tertunai tu.. cuba luangkan masa renung seminit
dua kenapa azam tu sejak 2 3 tahun lepas lagi tapi tak tertunai?? Salah teknik
kah? Salah diri sendiri yang tak kuat melawan nafsu dan pancarobakah? Salah persekitarankah? Tapi ingat, jangan sesekali
salahkan Allah yang takdirkan begitu.. Sebab Allah dah berfirman dalam surah Ar
Raad: 11 iaitu yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang
mengubah apa apa yang pada diri mereka,”
***p/s: untuk diri aku sendiri sebenarnya***
Jujur cakap, aku dah lupa dah apa semua azam-azam aku
tahun ni.. tapi rasa-rasalah, azam nak dapat kerja dengan gaji RM4k sebulan dan kahwin
tahun ni belum tertunai.. hihihi.. takpelah.. Allah itu sebaik-baik perancang
kan? Aku pun tak usaha betul-betul.. ada hati nak dapat kerja gaji banyak tu..
sekarang tengah training pun main-main lagi.. manalah ada orang sanggup bagi
aku gaji RM4k sebulan tu.. dussshhhhh!!!! ambik kau.. bab kahwin tu belum ada rezeki
nak jumpa orang yang betul.. it’s okay.. kita tunggu lagi tahun depan.. we will
see... hahaha..
Walaupun azam-azam aku tak tertunai tahun ni (sampai
boleh aku lupa apa azam aku, Nampak benar tak konsistennya), aku still lagi nak
wat azam untuk tahun 2017.. kali ni dengan penuh semangat dan semangat…
YESSS!!!!!!! I CAN DO IT!! Doakan aku ye..
2017…
MU TUNGGU AKU DATANG..
No comments:
Post a Comment