v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku sepanjang
tahun ini..
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menyihatkan aku, ahli keluarga
aku, kawan-kawan aku
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberikan nikmat iman
dan Islam dalam diriku dan orang-orang kesayanganku
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan perjalanan hidup
tahun ini dan sebelum-sebelumnya serta selepas ini
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang tidak meninggalkan aku
walaupun sesaat
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menunjukkan aku jalan keluar
daripada kegelapan
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan aku semangat
setelah aku jatuh terduduk di awal tahun ini..
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menghadirkan seorang sahabat
yang telah lama terpisah untuk semata-mata memberiku kesedaran bahawa SABAR DAN
REDHA itu pasti akan terbalas
v Alhamdulliah segala puji bagi Allah yang memberikan aku pengalaman
bekerja di bawah ketua berlainan kaum dan kefahaman agama yang begitu bernilai
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Merancang perjalanan
hidupku
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menetapkan semuanya berjalan
selancar mungkin
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menggerakkan hatiku kepada
perkara terbaik bagiku
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengeratkan hubungan kami
sekeluarga, aku dan sahabt-sahabat lamaku, sahabat-sahabat baruku
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menghadirkan orang-orang yang
terbaik disampingku
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengajarkan aku erti
keikhlasan dalam memberi sesuatu
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mendidik aku untuk member walaupun
terlihat sedikit dimata orang lain
v Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa ada dihatiku..
ALHAMDULILLAH SEGALA
PUJI BAGI ALLAH
No comments:
Post a Comment