Saturday, December 31, 2016

JAM TERAKHIR SEBELUM 2017

Target terakhir sebelum detik 00:00 1 Januari 2017.. 
haha.. 
alhamdulillah berjaya habiskan buku motivasi ni walaupun dah berbulan baca.. 
heh..


Semoga diri ini sentiasa bersemangat..

“KITA HANYA PERLU BERJAYA SEKALI SAHAJA”

Friday, December 30, 2016

2016 DALAM KENANGAN (1)

v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku sepanjang tahun ini..
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menyihatkan aku, ahli keluarga aku, kawan-kawan aku
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberikan nikmat iman dan Islam dalam diriku dan orang-orang kesayanganku
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan perjalanan hidup tahun ini dan sebelum-sebelumnya serta selepas ini
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang tidak meninggalkan aku walaupun sesaat
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menunjukkan aku jalan keluar daripada kegelapan
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan aku semangat setelah aku jatuh terduduk di awal tahun ini..
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menghadirkan seorang sahabat yang telah lama terpisah untuk semata-mata memberiku kesedaran bahawa SABAR DAN REDHA itu pasti akan terbalas
v  Alhamdulliah segala puji bagi Allah yang memberikan aku pengalaman bekerja di bawah ketua berlainan kaum dan kefahaman agama yang begitu bernilai
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Merancang perjalanan hidupku
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menetapkan semuanya berjalan selancar mungkin
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menggerakkan hatiku kepada perkara terbaik bagiku
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengeratkan hubungan kami sekeluarga, aku dan sahabt-sahabat lamaku, sahabat-sahabat baruku
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menghadirkan orang-orang yang terbaik disampingku
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengajarkan aku erti keikhlasan dalam memberi sesuatu
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mendidik aku untuk member walaupun terlihat sedikit dimata orang lain
v  Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa ada dihatiku..

ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH
  

MENGHITUNG HARI.. 2017

Alhamdulillah.. tak lama dah nak masuk 2017.. lagi 24 jam lebih sikit-sikit.. entah sempat atau tidak nak merasa hidup dalam tahun 2017.. manalah tau kan, entah-entah tengah tulis ni pun malaikat ambik nyawa tanpa lewat sesaat pun.. Allahuakbar..

Sekadar perkongsian mengenai semangat nak masuk tahun baru.. kikiki.. biasalah.. orang cakap nak masuk tahun baru ni lah kene pasang azam baru, niat baru.. tu kalau kawan yang positif la.. kalau yang kurang positif sikit, mesti cakap, “Azam tahun lepas pun tak tertunai, tak payah cibuk-cibuk pasang azam baru la.. “



Kelakar kan?

Aku rasa sebaik-baiknya kalau azam kau tak tertunai, bukan salahkan azam tu.. tapi salahkan diri kau… ataupun cuba baiki azam tahun-tahun sudah yang tak tertunai tu.. cuba luangkan masa renung seminit dua kenapa azam tu sejak 2 3 tahun lepas lagi tapi tak tertunai?? Salah teknik kah? Salah diri sendiri yang tak kuat melawan nafsu dan pancarobakah? Salah persekitarankah? Tapi ingat, jangan sesekali salahkan Allah yang takdirkan begitu.. Sebab Allah dah berfirman dalam surah Ar Raad: 11 iaitu yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka,”

***p/s: untuk diri aku sendiri sebenarnya***

Jujur cakap, aku dah lupa dah apa semua azam-azam aku tahun ni.. tapi rasa-rasalah, azam nak dapat kerja dengan gaji RM4k sebulan dan kahwin tahun ni belum tertunai.. hihihi.. takpelah.. Allah itu sebaik-baik perancang kan? Aku pun tak usaha betul-betul.. ada hati nak dapat kerja gaji banyak tu.. sekarang tengah training pun main-main lagi.. manalah ada orang sanggup bagi aku gaji RM4k sebulan tu.. dussshhhhh!!!! ambik kau.. bab kahwin tu belum ada rezeki nak jumpa orang yang betul.. it’s okay.. kita tunggu lagi tahun depan.. we will see... hahaha..

Walaupun azam-azam aku tak tertunai tahun ni (sampai boleh aku lupa apa azam aku, Nampak benar tak konsistennya), aku still lagi nak wat azam untuk tahun 2017.. kali ni dengan penuh semangat dan semangat… YESSS!!!!!!! I CAN DO IT!! Doakan aku ye.. 

2017…
MU TUNGGU AKU DATANG..


Monday, December 12, 2016

ENJOY YOUR JOURNEY

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian pendakian Gunung Kinabalu pada 27 – 28 November 2016.
Alhamdulillah selamat sampai ke atas dan turun ke bawah.

“TIADA KEKUATAN MELAINKAN ALLAH YANG MEMUDAHKAN SEGALANYA”

Matlamat? Tiada matlamat langsung.. sekadar suka-suka dalam keterpaksaan.  Sebab dah bersetuju masa mula-mula akak ajak join.. Seminggu nak dekat tarikh, hati dah mula berdebar-debar.. mampukah aku sampai ke puncak??.. Sejak balik ke Kelantan, langsung tidak ada sebarang latihan.. Harapkan pergi gymnasium tapi tu pun dah lama.. Aduiii macam manalah nanti,,

Sebabkan dah terjanji, aku pergi tanpa sebarang ilmu.. Bila kakak aku sorang tarik diri, aku jadi down jugak sebb macam rasa nak tarik diri juga.. tapi nak tak nak, terpaksa lah.. kesian plak kakak aku lagi sorang.. sebab aku ni kan photographer dia.. nanti xda plak nak ambik gambar dia.. so aku gagahkan diri..

Alhamdulillah, perjalanan hari pertama berjalan baik.. cuaca yang baik walaupun kadang-kadang hujan rintik-rintik menguji kesabaran.. kaki dah tunjukkan tanda-tanda nak cramp tapi mampu bertahan.. alhamdulillah.. Makin jauh perjalanan, makin penat otak dan emosi, kaki makin lelah dan laluan makin sukar dan berpasir.. Lagi 1 km je tapi rasa macam berjalan tak sampai-sampai.. asal nampak batu kitorang akan duduk bersama-sama melepaskan tekanan..

Alhamdulillah sampai jugak ke Laban Rata pukul 3.30 selepas bergerak pukul 9.30..










The Essence of Discovery

Live Your Life Each Day As You Would Climb A Mountain.
An Occasional Glance Towards The Summit Keeps The Goal
In Mind, But Many Beautiful Scenes Are To Be Observed
From Each New Vantage Point.
Climb Slowly, Steadily, Enjoying Each Passing Moment,
And The View From The Summit Will Prove To Be Astonishing.





PUNCAK GUNUNG KINABALU

Esoknya, pukul 1 dah bangun bersiap-siap nak panjat ke puncak Gunung Kinabalu.. lepas makan, berkumpul dekat luar dalam pukul 2.30. Ya Allah, sejuknya... menggigil walaupun dah pakai baju tebal.. mampukah aku sampai?? Kaki dah la tak tahan sejuk, mudah sangat cramp.. dalam kepala, alang-alang dah sampai atas tu, takkan tak nak sampai atas.. takkan nak give up gitu.. jadi aku teruskan perjalanan tu.. 

Cuaca elok pagi tu.. alhamdulillah.. sambil panjat, tengok atas nampak lampu-lampu dari para pendaki yang lebih pantas dariku.. Tak ku lupa, pakcik sorang yang sentiasa bersaing dengan aku.. aku rehat, dia jalan.. dia jalan aku rehat.. hahahaha.. pak cik tu kata “ Bukan senang nak senang kan adik?” ya pakcik.. saya setuju..

Perjalanan berjalan lancar.. lawa pemandangannya.. ya Allah.. sesungguhnya aku ni kerdil je nak dibandingkan dengan kekuasaanMu yang Maha Menjadikan gunung ganang ini.. Tapi aku dan kakak aku tak sampai puncak pun.. lagi 20 meter.. kikiki.. sebab kitorang takut nanti klu naik tak sempat nak bergambar dan menikmati pemandangan sekeliling.. jadi kami ambil keputusan untuk berenti bawah dan bergambar bersama-sama.. iya, aku sukakan suasana itu..

Perjalanan turun bermula...  Kaki aku tiba-tiba tak selesa.. aduuiiii ... bersabarlah dan bertahanlah kaki.. jauh lagi perjalanan kita.. Aku cuba bertahan untuk sampai ke Laban Rata.. Kaki makin tidak selesa.. kakak aku dah laju meninggalkanku.. nasib baik ada ibu yang temankan aku..

Lepas kemas-kemas barang nak turun dari Laban Rata, aku dah makin risau.. pergerakan aku dah semakin slow.. kesian ibu kene tunggu aku.. aduuiiii... aku cuba bertahan dan bertahan.. tambah memberi ujian, lepas 1km, kami diuji dengan hujan selebatnya.. nasib baik tengah berada di pondok.. 1km.. 2 km.. bertabahlah wahai kaki.. setiap kali jumpa pondok, aku akan sapu kaki dengan menzza.. sejauh mana ubat tu membantu, aku tak pasti.. Cuma untuk menyedapkan hati dan perasaan..

 Aku ni degil, kalau boleh tak nak diorang tggu aku.. guide pun jumpa aku tanya ok tak, aku mesti jawap ok.. masuk 3km, kaki aku dah terlalu sakit. Sampai terkeluar air mata kesakitan aku.. huhuhu.. waktu tu dah petang.. dekat pukul 2 dah.. sepatutnya pukul 4 kami kene sampai dekat timpohon.. nak tak nak, ibu minta tolong guide temankan aku sementara dia berjalan dengan kak Y sebab takut gelap dalam hutan..

Masa ni memang menguji.. Guide memang sangat membantu.. Dia tarik aku dan automatik aku pun terpaksa jalan laju.. sakitnya Allah saja yang tahu.. Katanya tak nak berhenti, tapi aku tak mampu.. setiap kali jumpa pondok aku akan berhenti.. lagi 1km nak sampai, aku berhenti dekat pondok.. kaki dan belakang aku sakit sangat sebab membongkok sepanjang perjalanan.. aku pun buat-buat la tanya:
Aku: agak-agak klu dukung berapa ya?
Guide: Mahal.. ikut keadaan jugak..
Aku: oo.. mahal tu berapa?
Guide: Berat berapa?
Aku: dalam 50kg..
Guide: dalam RM350 sekilometer..
Aku: ooo... *Termenung panjang*

Guide: Maukah?
Laju je aku gelengkan kepala.. manalah aku cukup duit sebanyak tu.. datang situ pun disponsor..

Aku pun teruskan perjalanan.. tapi itulah, tangga yang last-last tu lah tinggi semacam.. kaki aku dah macam tak boleh nak melangkah.. tangga pun masih lagi basah dek hujan lebat sebelum tu.. tak boleh dibuat tempat berpaut sebab licin.. Nasib baik ada guide tu.. Dia memang tolong aku.. memang jaga aku..

Akhir cerita, aku berjaya sampai pukul 7 malam.. ya Allah.. baju aku basah kuyup dek hujan, kaki aku cramp susah nak jalan.. Allah saja yang tahu.. Tapi aku bersyukur aku dapat rasa pengalaman ini.. Terima kasih ya Allah atas kesempatan dan kemudahan yang Engkau berikan ini. 






LOVE YOURSELF

Learn to enjoy every minute of your life. 
Be happy now. 
Don't wait for something outside of yourself to make you happy in the future. 
Think how really precious is the time you have to spend, 
whether it's at work or with your family. 
Every minute should be enjoyed and savored.