“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan
malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku
berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat
dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari
doa yang tidak diperkenankan.”
Assalamualaikum.
2 3 minggu ini, ramai orang bercakap mengenai
keadilan. Ya, mungkin sebenarnya perkara
ini sudah lama dibicarakan Cuma sekarang baru nampak apa maksud keadilan
sebenar.
UNTUK
YANG TERTINDAS::
Wahai yang
ditindas, percayalah, pembalasan Allah di akhirat kelak lebih dasyat dari apa
yang mereka lakukan terhadap kamu sekarang.
Percayalah, Allah itu Maha Penyanyang terhadap hambanya yang ditindas. Janganlah sesekali kamu berduka cita dan
berputus asa dengan Allah. Bersabarlah
menempuh ujian Allah dan janganlah sesekali kamu mengambil keputusan mudah dan
mengikut cara syaitan dengan saling mengata, memburuk-burukkan mereka. Carilah jalan untuk menasihati dengan cara
yang terbaek atau jika tidak mampu, berdoalah secara sembunyi untuk kebaikan
dirinya.
Allah berfirman dalam surah Ibrahim 14: ayat
42 yang bermaksud iaitu:
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad)
mengira, bahawa Allah lalai daripada apa yang dikerjakan oleh orang yang
zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh
kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata ( mereka ) terbelalak.”
UNTUK
YANG MENINDAS:
Rasullulah s. a. w. bersabda :
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah
bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh
At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering
berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang
telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan
maksiat mereka. Kembalilah ke jalan yang
benar, Bertaubatlah selagi mempunyai masa.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.
No comments:
Post a Comment