“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”
Assalamualaikum.
Sekadar perkongsian daripada seorang sahabat.
Ditakdirkan,
seorang hamba Allah bercerita,
kenapa kalau boleh dia tidak pergi ke majlis
konvokesyen dia sendiri
Ke
majlis yang sepatutnya dia diraikan
Dikala
kita bergembira, bertanyakan itu ini
Berusahalah
untuk tidak bertanyakan soalan sensitive
Berusahalah
untuk tidak lupa yang orang lain juga punya hati perasaan
Berusahalah
untuk membayangkan saat kita berada ditempatnya
Bagi
yang menyambung pelajaran, jangan tanya kenapa tidak memilih sepertinya
Kerana
kita tidak tahu yang dia telah membuat keputusan yang terbaik
Cuma
dia telah menyerahkan segala keputusan kepada Allah
Bagi
yang sudah bekerja, jangan tanya kenapa dia masih tidak bekerja
Kerana
kita tidak tahu dia sudah berhabis masa dan wang berusaha mencari kerja
Cuma
Allah hendak mengujinya untuk bersabar
Bagi
yang sudah berkahwin, jangan tanya dia bila lagi
Kerana
kita tidak tahu dia sedang berperang dengan perasaan
Cuma
pilihannya sekarang adalah percaya pada kuasa Allah
Ya Allah
Sesungguhnya hanya Engkau sebaik-baik Perancang
dan aku bertawakal hanya kepadaMu
aku redha ya Allah
andai kesabaran ini sedang diuji
Segalanya yang terbaik
insyaAllah
No comments:
Post a Comment