Wednesday, April 22, 2015

Impak Dosa 2

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Perhatikan hadis ini yang dikongsi oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam buku Semuanya Soal Hati.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Apabila harta baitulmal tidak dibahagikan kepada yang hak, dan amanah menjadi tawanan orang, dan zakat dipandang sebagai satu denda (paksaan), belajar ilmu agama bukan kerana Allah, suami taatkan isteri, derhaka kepada ibu bapa, seseorang lebih memuliakan kawan daripada bapanya, bersuara keras di dalam masjid, orang-orang fasik menjadi ketua, orang yang hina menjadi pemimpin, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, ramai penyanyi wanita, banyak alunan alat muzik yang bertali, diminum arak daripada pelbagai jenis, orang Islam kemudian melaknat orang Islam yang awal; maka apaila berlaku perkara-perkara itu tunggulah turunnya angin taufan yang dahsyat, gempa bumi, sedutan bumi, bertukar rua manusia kepada kera dan babi, lontaran-lontaran azab, dan azab akan turun satu lepas satu seperti rantai manic yang telah putus dan terburai.”

(Riwayat at-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment