Wednesday, April 22, 2015

Ukiran Astaka Morocco

Gambar depan je sebab tak beli tiket untuk masuk.. InsyaAllah lain kali datang lagi.. 









Taman Botani Putrajaya













Impak Dosa 2

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Perhatikan hadis ini yang dikongsi oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam buku Semuanya Soal Hati.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Apabila harta baitulmal tidak dibahagikan kepada yang hak, dan amanah menjadi tawanan orang, dan zakat dipandang sebagai satu denda (paksaan), belajar ilmu agama bukan kerana Allah, suami taatkan isteri, derhaka kepada ibu bapa, seseorang lebih memuliakan kawan daripada bapanya, bersuara keras di dalam masjid, orang-orang fasik menjadi ketua, orang yang hina menjadi pemimpin, dimuliakan seseorang kerana takutkan kejahatannya, ramai penyanyi wanita, banyak alunan alat muzik yang bertali, diminum arak daripada pelbagai jenis, orang Islam kemudian melaknat orang Islam yang awal; maka apaila berlaku perkara-perkara itu tunggulah turunnya angin taufan yang dahsyat, gempa bumi, sedutan bumi, bertukar rua manusia kepada kera dan babi, lontaran-lontaran azab, dan azab akan turun satu lepas satu seperti rantai manic yang telah putus dan terburai.”

(Riwayat at-Tirmizi)

Impak Dosa

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Perhatikan hadis ini yang dikongsi oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam buku Semuanya Soal Hati.

“Hai golongan Muhajirin, ada lima perkara jika terjadi kepada golongan kamu (akan ditimpakan kepada kamu beberapa azab), maka aku berlindung kepda Allah bila hal ini terjadi kepada kamu:

Yang Pertama:
Bila satu kaum melakukan perzinaan secara terang-terangan maka mereka akan diserang oleh wabak dan penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka.

Yang Kedua:
Bila mereka mengurangi timbangan dan takaran, mereka akan dihukum dengan kemarau dan kemiskinian serta kezaliman pihak penguasa.

Yang Ketiga:
Setiap mereka yang enggan membayar zakat, mereka akan terhalang beroleh hujan daripada langit.  Dan kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak tidaklah akan diturunkan hujan.

Yang Keempat:
Setiapa mereka yang melanggar janji Allah dan RasulNya, maka Allah akan menjadikan mereka dijajah oleh musuh daripada bangsa lain, yag akan merampas sebahagian daripada harga mereka.

Yang Terakhir:
Dan selama para pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam kitabullah, serta hanya memilih-milih sebahagian daripada apa yang Allah turunkan maka sengketa akan berlaku sesama mereka.”


(Riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Sunday, April 19, 2015

Keadilan di Dunia

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum.
2 3 minggu ini, ramai orang bercakap mengenai keadilan.  Ya, mungkin sebenarnya perkara ini sudah lama dibicarakan Cuma sekarang baru nampak apa maksud keadilan sebenar.

UNTUK YANG TERTINDAS::
 Wahai yang ditindas, percayalah, pembalasan Allah di akhirat kelak lebih dasyat dari apa yang mereka lakukan terhadap kamu sekarang.  Percayalah, Allah itu Maha Penyanyang terhadap hambanya yang ditindas.  Janganlah sesekali kamu berduka cita dan berputus asa dengan Allah.  Bersabarlah menempuh ujian Allah dan janganlah sesekali kamu mengambil keputusan mudah dan mengikut cara syaitan dengan saling mengata, memburuk-burukkan mereka.  Carilah jalan untuk menasihati dengan cara yang terbaek atau jika tidak mampu, berdoalah secara sembunyi untuk kebaikan dirinya.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim 14: ayat 42 yang bermaksud iaitu:
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai daripada apa yang dikerjakan oleh orang yang zalim.  Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata ( mereka ) terbelalak.”

UNTUK YANG MENINDAS:
Rasullulah s. a. w. bersabda :
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.  Kembalilah ke jalan yang benar, Bertaubatlah selagi mempunyai masa.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.



Saturday, April 11, 2015

Elakkan ketika konvokesyen



“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum.
Sekadar perkongsian daripada seorang sahabat.
Ditakdirkan, seorang hamba Allah bercerita, 
kenapa kalau boleh dia tidak pergi ke majlis konvokesyen dia sendiri
Ke majlis yang sepatutnya dia diraikan

Dikala kita bergembira, bertanyakan itu ini
Berusahalah untuk tidak bertanyakan soalan sensitive
Berusahalah untuk tidak lupa yang orang lain juga punya hati perasaan
Berusahalah untuk membayangkan saat kita berada ditempatnya

Bagi yang menyambung pelajaran, jangan tanya kenapa tidak memilih sepertinya
Kerana kita tidak tahu yang dia telah membuat keputusan yang terbaik
Cuma dia telah menyerahkan segala keputusan kepada Allah

Bagi yang sudah bekerja, jangan tanya kenapa dia masih tidak bekerja
Kerana kita tidak tahu dia sudah berhabis masa dan wang berusaha mencari kerja
Cuma Allah hendak mengujinya untuk bersabar

Bagi yang sudah berkahwin, jangan tanya dia bila lagi
Kerana kita tidak tahu dia sedang berperang dengan perasaan
Cuma pilihannya sekarang adalah percaya pada kuasa Allah

Ya Allah
Sesungguhnya hanya Engkau sebaik-baik Perancang
dan aku bertawakal hanya kepadaMu
aku redha ya Allah
andai kesabaran ini sedang diuji
Segalanya yang terbaik
insyaAllah


Tuesday, April 7, 2015

SAHABAT SAYA


sharing is caring:
Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......


Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......


Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......


Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.


Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.........


Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....


Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,



"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."
TERIMA KASIH SAHABAT



DIA DAH KAWIN


Alhamdulillah

Dia dah kawin

27 Mac 2015

Parit Buntar, Perak

Mas kawin RM +++

Alhamdulillah..

Segala pujian bagi Allah


KISAH PKS















KASIH IBU BAPA


Kita perlu TANGGUNG beban itu dan kemudian kita JAWAB di Negeri Akhirat nanti.

Saya teringat kisah di mana satu ketika Umar al-Khattab radiyallahu anhu dan beebrapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua.

Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “Apakah perihalnya kamu ini?”

Perempuan itu menjawab, “Yang ku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku.”

Umar al-Khattab radiyallahu anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “Wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya.”

Perempuan itu membalas, “ Tidak ya Amir al-Mukminin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaga ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”

Nasihat saya..

Nasihat saya kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang berbuat baik kepada korang,
yang jaga korang sejak kecil,
yang bagi makan minum pada korang,
yang bagi perlindungan pada korang,
yang selalu tanya pasal pelajaran korang,
yang selalu tanya khabar korang,

maka taatlah korang setaat yang mungkin kepada mereka ! Bertanggungjawablah pada mereka !

Dan berlaku IHSAN dengan sebenar-benar IHSAN pada mereka !

Serta sayangilah mereka sepenuh hati korang dalam melaksanakan tanggungjawab kamu sebagai anak.

Sebab apa?

Sebabnya, binasalah si anak yang lupakan peringatan dari kisah ini!

Moga Allah redha. 

Sebelum tidur, telefonlah mak ayah korang yang jauh dengan korang. Atau sebelum tidur, cium tangan mak ayah. Mana tahu korang atau mereka tak bangun lagi esok.

OUTBOUND SCHOOL PORT DICKSON