Sunday, March 15, 2015

AKU rindu dia


Rindu,
Bismillahirahmanirahim,
Pernah tak, Kau akan rasa sedih, asing, rasa rindu pada sesuatu yang kau sendiri tak pasti. 
Tak boleh nak describe.
Dalam tangisan tu, ada senyuman terukir. 
Kerana hati sudah tentunya yakin bahawa ini salah satu tarbiah dari ilahi. 
Yang mana kau tahu dan sedar DIA juga sayang dan rindu unuk mendengar isi hatimu.


Dua tahun lepas,
Rasa resah selalu dan aku selalu mencari cari dimanakah ketenangan itu, 
tapi selalu tak jumpa sampai satu saat , 
setiap kali resah tu hadir, aku dirikan dua rakaat solat sunat , usai solat, tenang tu hadir.
Tidak terhenti disitu , Dia menguji lagi dengan dunia yang penuh sandiwara. 
Akhirnya hati memilih untuk berhijrah. Bila kenang balik, cantiknya susun Allah. 
Indahnya tarbiah Allah.

Tapi,
Tidaklah terhenti disitu. Jalan yang kau pilih itu pasti penuh dengan duri.
Pernah satu ketika hampir saja berputus asa, 
namun kasih sayang Allah tulah buat diri bertahan sampai sekarang.
Kadang –kadang aku memilih untuk hidup dalam tarbiah ilahi, 
biarpun kadang ia terlalu menyakitkan, kerana aku tahu hikmahnya indah. 
Kerana aku tahu saat Dia menyentuh hati ini dengan ujian Nya Dia masih saja peduli.


Dan kini aku kembali rindu saat itu, saat mula mula Allah sentuh hatinya. 
Penuh dengan seni. 
Ya Allah aku rindu. 
Kata orang kita takkan mengerti perasaan tu andai kita tak pernah melalui nya. 
Allahurabbi. 
Sering saja hati bermohon, andai saja keadaan dan ujian ujian Allah itu mendekatkan aku dengan sang Pencipta, 
cukuplah Dia titipkan kekuatan serta ketabahn untuk melalui kerana aku ingin saja kekal dalam keadaan ini.

Kau tahu apa yang indah pasal hijrah ni,
Semakin cari cuba untuk bertahan, semakin Dia menguji, 
Dia menguji sesetia mana kau dalam jalan ini, 
bertahanlah kerana kasih sayangnya unik.
Bukan macam kasih manusia, yang manis tapi berbisa. 
Dan disebalik smua ujian ujian nya satu saat kau akan sedar yang kau boleh percayakan DIA, 
dan semakin hari semakin kau percaya dan percaya pada DIA.

Cuba lah sahabat, mulakan langkah itu, 
percayalah satu saat kau akan rindu saat mula mula tarbiahNya. 
Kau ingin kembali dalam dakapanNya. 
Terlalu indah untuk diceritakan.
Air mata diseka, rasa tenang saat air mata tu mengalir, 
kerana bersamanya turun kekuatan dari Allah.

No comments:

Post a Comment