Rindu,
Bismillahirahmanirahim,
Pernah tak, Kau akan rasa sedih, asing, rasa rindu pada sesuatu yang kau sendiri tak pasti.
Bismillahirahmanirahim,
Pernah tak, Kau akan rasa sedih, asing, rasa rindu pada sesuatu yang kau sendiri tak pasti.
Tak boleh nak describe.
Dalam
tangisan tu, ada senyuman terukir.
Kerana hati sudah tentunya yakin bahawa ini
salah satu tarbiah dari ilahi.
Yang mana kau tahu dan sedar DIA juga sayang dan
rindu unuk mendengar isi hatimu.
Dua
tahun lepas,
Rasa resah selalu dan aku selalu mencari cari dimanakah ketenangan itu,
Rasa resah selalu dan aku selalu mencari cari dimanakah ketenangan itu,
tapi
selalu tak jumpa sampai satu saat ,
setiap kali resah tu hadir, aku dirikan dua
rakaat solat sunat , usai solat, tenang tu hadir.
Tidak
terhenti disitu , Dia menguji lagi dengan dunia yang penuh sandiwara.
Akhirnya
hati memilih untuk berhijrah. Bila kenang balik, cantiknya susun Allah.
Indahnya tarbiah Allah.
Tapi,
Tidaklah terhenti disitu. Jalan yang kau pilih itu pasti penuh dengan duri.
Tidaklah terhenti disitu. Jalan yang kau pilih itu pasti penuh dengan duri.
Pernah
satu ketika hampir saja berputus asa,
namun kasih sayang Allah tulah buat diri
bertahan sampai sekarang.
Kadang
–kadang aku memilih untuk hidup dalam tarbiah ilahi,
biarpun kadang ia terlalu
menyakitkan, kerana aku tahu hikmahnya indah.
Kerana aku tahu saat Dia
menyentuh hati ini dengan ujian Nya Dia masih saja peduli.
Dan
kini aku kembali rindu saat itu, saat mula mula Allah sentuh hatinya.
Penuh
dengan seni.
Ya Allah aku rindu.
Kata orang kita takkan mengerti perasaan tu
andai kita tak pernah melalui nya.
Allahurabbi.
Sering saja hati bermohon,
andai saja keadaan dan ujian ujian Allah itu mendekatkan aku dengan sang
Pencipta,
cukuplah Dia titipkan kekuatan serta ketabahn untuk melalui kerana
aku ingin saja kekal dalam keadaan ini.
Kau
tahu apa yang indah pasal hijrah ni,
Semakin cari cuba untuk bertahan, semakin Dia menguji,
Semakin cari cuba untuk bertahan, semakin Dia menguji,
Dia menguji sesetia mana
kau dalam jalan ini,
bertahanlah kerana kasih sayangnya unik.
Bukan
macam kasih manusia, yang manis tapi berbisa.
Dan disebalik smua ujian ujian
nya satu saat kau akan sedar yang kau boleh percayakan DIA,
dan semakin hari
semakin kau percaya dan percaya pada DIA.
Cuba
lah sahabat, mulakan langkah itu,
percayalah satu saat kau akan rindu saat mula
mula tarbiahNya.
Kau ingin kembali dalam dakapanNya.
Terlalu indah untuk
diceritakan.
Air
mata diseka, rasa tenang saat air mata tu mengalir,
kerana bersamanya turun
kekuatan dari Allah.