Friday, February 27, 2015

Interview hari ini


Kisah interview di sebuah syarikat swasta tadi. 

Mula-mula tu cuak.. kenapa? Sebab sesat.. bangunan syarikat tu dah nampak, betul-betul tepi highway, tapi nak sampai tu.. hmm.. ya Allah, sampai sesat ke Setia Alam kami ni.. Interview pukul 10, driver pun ada meeting pukul 10 tapi 9.40 kami masih di Setia Alam.. padahal nak pergi Bukit Jelutong.. dalam hati, hanya Allah je tahu.. aku dah nak give up, nak je mulut ni suruh driver tu g meeting je dan aku xyah g interview..

sampai-sampai, terus masuk.. pergi kaunter dapat 2 set kertas.. 1 untuk personal detail, 1 ag exam.. hohoho.. aku yang cuak ni bleh lagi buat rileks.. dekat sejam jugak aku ngadap 2 bende tu.. yang exam tu lagi la.. mencabar.. ada soalan logical, skill, perception dan yang aku tersengih sorang-sorang ada bahagian essay dekat belakang.. aku yang nak tulis cepat-cepat ni sebab takut kene marah ni pon bleh sengih2 jawap essay tu.. kepakaran menggoreng tu yang penting..

Dah siap isi borang semua, aku ikut HR g aras laen.. dia mintak aku tggu dekat bilik discussion.. aku pon tggulah.. punyalah cuak+kebosanan.. hahaha.. tggu punya tunggu, aku dah xtau nak wat pe.. kadang2 nak sedapkan hati, aku pujuk la diri ni cakap mungkin aku jer pk lama sangt padahal tak pon.. tgk2 jam, hmm lebih 30 minit aku tnggu.. hahaha.. nak kerja punya pasal..Dalam 45 minit macam tu, ada la pegawai sorang datang.. dia ada meeting rupanya.. patutla lambat.. xkisah pon.. Cuma yang aku kisah ialah soalan interview aku 1 jer.. dia duduk then cakap, “Tell me about yourself?”.. aku speaking baekk punya..

Pahtu, perkara yang memang aku tak pernah duga.. ya Allah, siapa yang nak interview ni? Aku ke dia? Tak habis lagi aku perkenalkan diri, dia mencelah.. habis semua dia explain sal company tu, job description, operation hour, salary, shift dan ada pape soalan awak nak tanya saya?? Tergamam aku.. aku ni interview ke dah memang dapat kerja?  Habis hilang semua script dalam kepala.. hahaha.. aku dah nak tergelak tadi tapi tahan je la.

Last, aku pon tandatangan surat pelantikan.. ohh yee.. tapi ag 2 minggu aku masuk kerja.. sebab sekarang tengah contract dengan hospital.. haha.. lepas tandatangan, tibe-tibe sebak.. ya, aku ada masa 2 minggu je lagi kat hospital tu.. betapa aku akan rindukan mereka.. waaa


PERANGAI BERGANTUNG KPD DIRI SENDIRI

Ini Banting






Sunday, February 22, 2015

Aku pembantu nurseri


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Siti diberikan peluang dan kesempatan untuk merasai kerja sementara di nursery.  Alhamdulillah.  Jika orang lain yang mendengar kisahnya, pasti akan melahirkan simpati dan tidak senang mulut untuk bercerita mengenai betapa tidak adilnya apabila seorang lepasan ijazah diberikan jawatan sebagai pembantu nursery.  Tapi kawan, percayalah.  Allah itu tahu apa yang terbaik buat hambaNya.  Allah itu sebaik-baik perancang.  Allah itu Maha Mengetahui.  Bukankah Allah telah berfirman dalam surat cintaNya:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Tak dinafikan, mula-mula timbul keraguan dalam hati.  Mana mungkin aku mampu mengasuh budak-budak tu.  Pegang bayi pun takut-takut.  Iyelah, kata orang, leher bayi masih lagi tak kuat.  Ya Allah, aku serahkan semua urusanku hanya kepadaMu.  Dah start kerja, ya Allah.  Kesabaran diuji lagi.  Aku perlu menghafal nama anak-anak tu dalam masa yang singkat.  Nak kene ingat sabun-sabun mereka la, tuala-tuala mereka, baju pagi, baju petang.. Tu tak kira lagi nak hafal bab susu.. Botol siapa, puting yang mana satu, sukatan susu.. Ya Allah, kuatkanlah hatiku.  Dan aku memang kagum dengan kawan-kawan sekerja dengan aku ni.  Tabik spring untuk mereka.


Tapi sebenarnya, banyak hikmah Allah terkandung dalam tugasan itu.  Betapa banyaknya pahala yang boleh aku kutip semasa kerja di situ.  Tak terkira sunnah Nabi yang boleh aku amalkan.  Tolong jangan cemburu dengan peluang yang aku dapat ini.  Antara hadis Nabi berkaitan mengasihi kanak-kanak adalah:

Dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Hurairah dinyatakan bahawa 
“Sesungguhnya al-Aqra’ bin Habis pernah melihat Nabi memeluk Hasan. Lalu al-Aqra’ berkata: Sesungguhnya aku mempunyai 10 anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. “Kemudian Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya dia tidak akan disayangi.”(Hadis Riwayat Bukhari)

“Seorang Badwi datang kepada Nabi dan berkata, “Kamu mencium anak-anak lelaki! Kami tidak mencium mereka.” Kemudian baginda berkata, “Aku tidak boleh meletakkan kasih sayang dalam hatimu selepas Allah mengambilnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Pernah satu hari, ketika Rasulullah sedang mendukung Hassan, baginda berdoa “Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka sayangilah dia”.(Riwayat Bukhari)

Last but not least, isnin ni aku dah tukar tempat kerja.  Ya, aku akan rindukan anak-anak nurseri aku. Takkan ada lagi bayi yang gigih berusaha nak merangkak dan merengek kalau tiada disisi.  Takkan ada lagi bayi yang bambam, bayi yang asyik tersenyum tapi kalau menangis, bergegar satu nursery.  Ya Allah, aku pasti merindui anak-anak nursery itu.  Takkan ada lagi budak kecik yang ikut kemana aku pergi.  Takkan ada lagi anak yang manja dengan cikgu tapi suka bergurau kasar dengan kawan, takkan ada lagi anak yang suka main sorang-sorang, kalau nampak aku, sengih dan main angkat-angkat kening jer..


Ya Allah, Engkau jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah
Ya Allah, lembutkanlah hati mereka untuk mendengar kata
Ya Allah, Engkau lindungilah mereka daripada segala bahaya
Ya Allah, Engkau peliharalah kesihatan mereka
Ya Allah, kurniakanlah kesabaran, kasih sayang
dan ketenangan jiwa kepada cikgu-cikgu di nurseri itu.
Engkau balaslah segala jasa dan kesabaran mereka mengasuh anak-anak itu
Sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang



Short Film - Jeans vs Skirts


Allah berfirman
"Wahai orang-orang yang beriman! 
Mengapa kamu mengatakan seseuatu yang tidak kamu kerjakan? 
Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak
kamu kerjakan" 
(Surah As-Saff ayat 2-3)


Firman Allah lagi,
"Mengapa kamu menyuruh orang lain melakukan kebajikan, 
sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri." 
(Surah al-baqarah ayat 44)




Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin Ya Rabbal Alamin...

Saturday, February 21, 2015

Puisi Aku Usaha - Hilal Asyraf

Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,

maka aku terus cuba mencuba,
tolak tepi semua duga,
merempuh sengsara derita.


Susah wahai Tuhan,

kerana aku manusia punya jiwa,
ada masa lemah tidak tertahan,
ada masa berdarah terluka.
Adakala rasa mahu berhenti,
tetapi hanya Dikau punca gerak langkahku ini,
justeru bila jatuh,
aku tetap bangun lagi.


Tuhan,

Engkau suruh aku berusaha,
maka tidaklah ada aku cita melainkan yang tinggi,
Engkau Maha Tahu wahai Tuhan bahawa tidak ramai memahami diri inii,
tetapi aku berusaha kerana Engkau yang memerhati.


Aku berselisih dengan mereka,

mereka dan mereka,
hatta orang yang aku cinta juga tidak mampu mendalami apa yang aku usaha,
kadangkala dalam langkahan ini aku terasa sunyi,
entah berapa gelen jejesan air mata menemani,
bukan mudah Wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


Kalaulah bukan keranaMu wahai Tuhan,

maka usaha ini telah lama aku henti,
tetapi aku masih melangkah hari ini Tuhan,
tanda aku masih usaha,
masih percaya,
kepadaMu tanpa ragu di dalam hati.


~ Hilal Asyraf ~
1332
161111
Irbid,
Jordan.

Wednesday, February 18, 2015

Bersyukurlah


Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin


Tuesday, February 10, 2015

Bersyukurlah Walau Sedikit



Assalamualaikum

Alhamdulillah petunjuk Allah datang tepat pada masanya.  Petunjuk Allah yang menjawap persoalan hati.  Petunjuk Allah yang kebetulan muncul untuk menenangkan hati dan memperkenankan doa.  Alhamdulillah.. Nikmat apa lagi yang kamu dustakan? Allah sebaik-baik Pendengar.

Ini Kisahnya::
"Bila saya hendak menempah apom balik seribu biji untuk kenduri kahwin anak saya, peniaga yang saya temui menolak kerana katanya dia hanya terima jika 1500 biji.  Katanya kurang untung.  Hakikatnya untung tidak semestinya duit, ia mungkin ganjaran Allah kerana menunaikan hajat orang, menolong mereka berbuat amal kebajikan.  Bila tempahan masuk, itu adalah rezeki kita walau sedikit, maka tidak elok ditolak dengan menolak tempahan kerana sedikit.  Dibimbangi Allah tidak memberi rezeki lagi selepas ini kerana ketamakan kita.  Tempahan kecil atau besar, itu ditakdirkan Allah, itu didatangkan oleh Allah.  Menolak seperti memperlekeh pemberian Allah.  Terimalah dengan rela dan redha moga Allah datangkan yang lebih besar.  Jika anda menjala atau mengail ikan, berhati-hatilah.  Ikan yang kecil pun, terimalah..jangan bersungut apalagi maki hamun.  Allah yang datangkan ia kepada usaha kita.  Jika tidak mahu, lepaskanlah dengan baik, jangan dibiar terkontang-kanting di daratan dan mati.  Jika tanaman berbuah sedikit, petiklah juga untuk disedekahkan jika tidak mahu dijual, jangan dibiar mereput dipohon.  Dibimbangi kita memperlekeh pemberian Allah.


Banyak lagi contoh yang kita kena berhati-hati. Merungut kerja pangkat rendah, gaji kecil.merungut jualan tidak habis, menolak membuat tuntutan bayaran yang kecil jumlahnya, membiar duit syiling 5 sen jatuh dan tidak dipungut bimbang kotor, menolak pembelian yang kecil dan sebagainya.  Letakkan tabiat bersyukur itu ditempat utama.  Sekecil mana yang kita perolehi, ia dari Allah, terimalah moga Allah   member yang lebih besar kerana menghargai pemberian yang kecil.  Bersyukurlah

Saya nak mengajak anda berfikir dan merenung, menoleh ke belakang dan bermuhasabah, apakah ini satu punca rezeki kita tak bertambah? Kita kena kembali kepada hakikat bahawa apa juga yang datang adalah anugerah Allah."