“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu
dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas,
dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung
pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati
yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang
tidak diperkenankan.”
Assalamualaikum.
Sekadar luahan perasaan. Sekadar perkongsian nikmat Allah
terhadapku. Sekadar nak bagitau yang
Allah tolong kita, Allah beri petunjuk kepada kita, Allah menenangkan hati kita
dalam pelbagai cara.. Hari ni, Alhamdulillah, Allah tunjukkan sesuatu kepadaku.. Allah
berikan ketenangan itu melalui video yang tak disangka. Allah kurniakan nikmat kebahagiaan hati itu
dengan detikkan hatiku untuk buka Youtube, then click dekat video itu. Allahuakbar, segala puji bagi Allah sekalian
alam.
“Awak,
saya sanggup tau lepaskan jawatan tu
semata-mata untuk jaga hati orang-orang yang
sayangkan awak.
Awak,
kerjalah sebaek mungkin, jangan sesekali
awak
calarkan hati mereka, hancurkan harapan mereka.
Awak tau x saya disindir sebb lepaskan jawatan
tu..
Saya
dikatakan jawatan tu xsesuai dengan saya,
padahal
jawatan tu lah yang saya nak sangat..
Awak bagilah
komitment sepenuhnya dan jangan berkira dalam berbuat apa pon..
Saya
secara rasminya sudah lepaskan jawatan tu. “
“ Awak,
jagalah nama baik syarikat tu,
jagalah hati staf2 kat situ semuanya
dari
jawatan yang plg rendah sampailah jawatan yg tertinggi..
hormati
mereka, sayangi mereka..
Awak
jangan risau..
Walaupun
hati saya berat,
walaupun
mungkin saya akan menangis
setiap
malam dengan keputusan yang saya buat ini,
awak
jangan risaukan saya.
Saya ada
Allah bersama saya..
Rezeki tu
milik Allah..
Allah dah
beri ketenangan yang paling saya perlukan.. “
Surah al-Baqarah ayat 216 :
"Boleh jadi kamu
membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui".
No comments:
Post a Comment