Friday, January 30, 2015

Surah Al-Baqarah ayat 112

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 112:

"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar)
bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya
kepada Allah (mematuhi perintahNya)
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya,
maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya
dan tidaklah ada kebimbangan
(dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka,

dan mereka pula tidak akan berdukacita."


Kupu Kupu Cinta

Album: Kupu-kupu Cinta
Munsyid : Sigma

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Dikala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk maha kuasa
syair-syair cinta tercipta karna dia

Kupu-kupu cinta
terbanglah tinggi menuju jalannya
Hinggaplah engkau dibunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta

Ya illahi Robbi
Tiada lain hanyalah namamu
Satukan Cinta ini dalam bingkai
Untaian ridhomu
Pertemuan ini menjadi suatu berarti

Dikala diri menepi untuk warna-warna hati

Sunday, January 18, 2015

Kelab Sukan dan Rekreasi Al-Islam (2)


Assalamualaikum.  Sekadar perkongsian gambar kenangan aktiviti Kelab Sukan dan Rekreasi yang kali ke 2 saya sebagai pembantu pengerusi kelab.  Alhamdulillah, telah disertai seramai 50 orang staf Hospital Pakar Al-Islam.  Terima kasih semua atas kenangan ini.



















Saturday, January 17, 2015

Semoga itu yang terbaik


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum.

Sekadar luahan perasaan.  Sekadar perkongsian nikmat Allah terhadapku.  Sekadar nak bagitau yang Allah tolong kita, Allah beri petunjuk kepada kita, Allah menenangkan hati kita dalam pelbagai cara.. Hari ni, Alhamdulillah, Allah tunjukkan sesuatu kepadaku.. Allah berikan ketenangan itu melalui video yang tak disangka.  Allah kurniakan nikmat kebahagiaan hati itu dengan detikkan hatiku untuk buka Youtube, then click dekat video itu.  Allahuakbar, segala puji bagi Allah sekalian alam. 


“Awak, saya sanggup tau lepaskan jawatan tu
 semata-mata untuk jaga hati orang-orang yang sayangkan awak. 
Awak, kerjalah sebaek mungkin, jangan sesekali
awak calarkan hati mereka, hancurkan harapan mereka.
 Awak tau x saya disindir sebb lepaskan jawatan tu..
Saya dikatakan jawatan tu xsesuai dengan saya,
padahal jawatan tu lah yang saya nak sangat..
Awak bagilah komitment sepenuhnya dan jangan berkira dalam berbuat apa pon..
Saya secara rasminya sudah lepaskan jawatan tu. “

“ Awak, jagalah nama baik syarikat tu,
 jagalah hati staf2 kat situ semuanya
dari jawatan yang plg rendah sampailah jawatan yg tertinggi..
hormati mereka, sayangi mereka..
Awak jangan risau..
Walaupun hati saya berat,
walaupun mungkin saya akan menangis
setiap malam dengan keputusan yang saya buat ini,
awak jangan risaukan saya. 
Saya ada Allah bersama saya..
Rezeki tu milik Allah..
Allah dah beri ketenangan yang paling saya perlukan.. “

Surah al-Baqarah ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 

Sunday, January 11, 2015

tutuplah aib dia

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum.

Sekadar luahan perasaan tentang apa yang Siti baru je lihat dan baca di Facebook.  Ya, tentang gadis melayu bertudung yang hilang malu.  Apa yang mereka buat? Biarlah rahsia.  Mungkin pendapat Siti akan ditentang hebat, mungkin ada yang sedang mencari idea untuk membalasnya, namun ini hanyalah sekadar luahan perasaan.. sekadar pendapat Siti yang masih lemah dalam berfikir di luar kotak, masih tidak mampu memahami apa yang masyarakat sedang perkatakan.

Andai ini salah, maafkanlah.  Namun bagi Siti, menyebarkan video tu dan memberi komen berkenaan gadis itu dan keluarga mereka bukanlah cara yang terbaek bagi memberi nasihat kepada orang laen, membangunkan seseorang yang sedang tido diulit mimpi-mimpi indah dunia. 

“eh Siti ni.. orang lain sibuk mengata video tu, dia sibuk tegur yang mengata video itu.”


 Ya Siti tahu. Jika tiada yang menegur, pasti kita semua akan hidup dalam kealpaan.. Jika kita bersikap tidak endah, pasti ada yang masih dibuai angan-angan duniawi.  Jika Allah ingin menimpakan azabnya, semua orang akan kene termasuklah yang beriman.  Allah ada berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 15:

“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus
menimpa orang-orang yang zalim sahaja dikalangan kamu. 
Dan ketahuilah azab Allah itu amat keras.”

Namun, bagi Siti, jika sesuatu itu melibatkan maruah seseorang, keluarga mereka, adalah lebih baik jika kita menyembunyikan aibnya.  Ada cara lebih baik untuk memberi nasihat tanpa menyebarkan videonya.  Percayalah sayang, Allah itu penuh dengan keindahan.  Bukan dengan segala cacian, bukan dengan makian, bukan dengan cemuhan dari segenap aspek. 

Ya, kita berhak hidup dalam agama Islam yang penuh dengan keindahan, kelembutan dan kasih sayang.  





Saturday, January 10, 2015

Tawakal Kepada Allah

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum..

Dan bagi yang sedang mencari pekerjaan tetap termasuklah Siti, jangan putus asa.  Allah itu bersama kita.  Allah tidak kejam.  Kawan kita mungkin sudah mendapat kerja, namun bukan mustahil kita pun akan mendapat kerja jugak.. teruskan usaha kawan.  Teruskan berdoa kawan. Dan jangan lupa TAWAKAL..

Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam berkata :

“Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.”

Perlu diketahui bahawa tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah semata-mata, namun disertai juga dengan melakukan usaha.

Ibnu Rajab berkata lagi :

 “menjalankan tawakal tidaklah berarti seseorang harus meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya.”

Sahl At Tusturi berkata bahawa :

 “Barang siapa mencela usaha (meninggalkan sebab), maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan). Barang siapa mencela tawakal (tidak mau bersandar pada Allah), maka dia telah meninggalkan keimanan.”

Allah berfirman:

“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)

Hadis Nabi:

"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang." (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

Kisah Kerja

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

Assalamualaikum..

Sekadar luahan perasaan mengenai peristiwa hari ini.  Sekadar pengajaran untuk diri sendiri.

“Jika kamu melihat seseorang dapat melakukan
sesuatu pekerjaan dengan berjaya,
dan kamu cemburu,
maka janganlah kamu membencinya.
Sempurnakan pekerjaanmu dengan lebih berjaya daripadanya.
Bukan membenci dan mengutuk,
dan mengajak orang lain membencinya.”




Mawlana Shaykh Hisham Kabbani