Friday, December 20, 2013

Dikir Barat Halim Yazid Pesan Ibu



ingat sokmo hok mak pesan
nak nak kali ambo nak turun jalan
jange lupa ke tuhan
kita ore islam takleh tinggal semayang

ingat sokmo hok mok pesan
walau jauh dudok tempat ore
jange lupo kampung laman
worih waroh di kelate

tokleh sombong nge ore
pesan ibu bapak
sikit ambo tak lupa
pesan ibu bapak
ingat pah bilo bilo
pesan turun pulok
royat wi ke anok ambo
kita harta takdok
pesanan jadi pusako

ingat sokmo hok mok pesan
kita susah jange tumpang ore
tak sah pinje berhutang
kalu dey banyok hutang
kita payah nak senang

hok mok pesan hari hari
pandai pandai jaga diri sediri
balah cekoh jange cari
tepat susah jange pergi
ore khenak kena lari

maso kito kaya
ramai lah saing sahabat
dey tadok gapo sekaro
kucing pun tak dok dekat

masa sene lego
rama lah kaum kerabat
dey tadok gapo sekaro
lalat pun toksey hinggap

ingat lagi hok mok kato
berhati hati dale wat kiro caro
lidoh maruah kito
hati ore kena jago
tak baik ngupat mengata

hok mok pesan hari hari
kita kena kenal diri sendiri
mana asal kita mari
pah mana kita nak gi

ingat sokmo hok mok pesan
walau jauh dudok tempat ore
jange lupo kampung laman
worih waroh di kelate

pesanan mak ambo
ikhlas darinya hati
pesan ke anak dia
sejak mula sampai la ni (2x)

Wednesday, December 4, 2013

Ingatan Buat Diriku Yang Lupa


Elakkan rasa kita lebih baik dari orang lain.
Sekiranya rasa itu hadir, cepat2 istighfar 
fikir maybe ketakwaan org tu lbh tinggi dr kita
 maka secara automatik akal dan hati kita akn lbh berfokus 
untuk menjadi orang yang lebih bertakwa..

Always think that other people better than us, so we will improve ourself.

Jadilah seorang yang sentiasa rasa orang disekeliling kita itu adalah lbh baik dr kita
 jd kite pun akan berusaha menjadi orang yang baik.

Jom jadi orang baik dan hamba yang bertakwa.


Saturday, October 26, 2013

Aku Cinta Allah

Assalamualaikum..

Buat apa cemburu bila kawan dah sampai seru untuk kahwin
Buat apa cemburu bila kawan bercerita tentang anak
Buat apa cemburu bila kawan bercakap kebaikan suami
Buat apa cemburu bila kawan tersenyum bergayut dengan suaminya
Buat apa cemburu bila kawan asyik keluar bersama dengan suaminya



Ya Allah
Jadikanlah aku antara orang yang bersyukur
Jadikanlah aku antara orang yang menghargai setiap rezekiMu
Jadikanlah aku seorang yang menerima takdirMu
Jadilkanlah aku seorang yang tabah hadapi ujianMu

Ya Allah
Aku bersyukur jika jodohku belum sampai
Aku bersyukur jika aku tidak mampu untk bercerita mengenai pasangan
Aku bersyukur atas segala kurniaanMu ya Allah

Aku tahu Engkau adalah sebaik-baik Perancang


CUKUPLAH AKU CINTA ALLAH

CUKUPLAH DALAM HATIKU ADA ALLAH



Thursday, October 10, 2013

Hutan Lipur Sungai Kanching, Selangor

Assalamualaikum.. just nak berkongsi pengalaman pergi ke Hutan Lipur Sungai Kanching, Rawang, Selangor baru-baru nie.. walaupun bayaran parking agak mahal, tapi alhamdulillah.. suasananya mmg menarik..


CANTIKNYA CIPTAAN ALLAH...







Aku Bertaubat KepadaMu



Bila dosa banyak, kita jadi segan nak berdoa kepada Allah.

Walaupun Allah Maha Mendengar, walaupun Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang, tetapi kita jadi malu sendiri dek teringatkan dosa-dosa kita.

Tetapi rasa malu itu kita lawan.
Kita kembali juga kepadaNya.
Mengharapkan rasa kasihNya, kita angkat tangan sekali lagi dan berdoa.

Moga-moga dengan doa itulah,
Allah memberikan kita kekuatan untuk terus berusaha,
mendaki untuk keluar dari gaung dosa,
dan berubah menjadi hambaNya yang layak ke syurga.

Jangan pernah putus asa!
Mari sungguh-sungguh cuci dosa kita!

Wednesday, October 9, 2013

Sahabat untuk Selamanya


"Alangkah indahnya," begitu Ibnu Sirin memulai cerita, "Kisah 2 orang bersaudara di jalan Allah yang pada mulanya saling mencintai. Lalu hubungan di antara mereka terganggu.

Satu waktu mereka bertemu. "Mengapa kiranya," tanya lelaki pertama, "Hari-hari ini aku melihatmu seolah engkau berpaling dan menjauhiku?"

"Telah sampai padaku," jawab orang yang kedua, "Sesuatu tentang dirimu. Dan Engkau pasti tak menyukainya."

"Kalau begitu, aku tidak peduli," lelaki pertama itu tersenyum.

"Mengapa?"

"Kerana jika apa yang engkau dengar itu adalah benar sebuah kesalahan yang telah aku lakukan, aku tahu engkau pasti akan memaafkannya. Dan jika berita itu tidak benar, engkau pasti tidak akan menerimanya."

"Setelah itu," kata Ibnu Sirin menutup kisah, " Mereka kembali pada ukhuwah yang indah." 

Diam Tak Bermakna Bisu

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak ni, terlalu banyak perbahasan, terlalu banyak luahan perasaan, terlalu banyak cacian, terlalu banyak umpatan, terlalu banyak ejekan yg aku dengar.. dan aku rumuskan semuanya sebabkan tak mampu mengawal 'MULUT'.. why not, jika ada apa-apa yang terjadi, think first before talk.. bersabarlah.. 

Dengan diam, belajarlah mengenali diri sendiri dan mengetahui bahwa segala sesuatu dalam hidup ini memiliki tujuan. 

DIAM TAK BERMAKNA BISU!!



Saturday, August 24, 2013

Dalam Dekapan Ukhuwah


Assalamualaikum..

karena beza antara kau dan aku seringkali jadi sengketa
karena kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikkan yang lalu


mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri di malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan diantara bunga, menebar keindahan pada dunia.
lalu dengan rindu kita kembali dalam dekapan ukhuwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci,sebening prasangka, selembut nurani
sehangat semangat, senikmat berbagi dan sekokoh janji..



Tuesday, July 30, 2013

Kesabaran Ada Limitnya


Saya Dah Berubah

Ya, saya telah berubah...


Ada orang kata pada saya, ustaz dah berubahlah...
Dulu keras tetapi sekarang macam 'slow dan 
senyap'...

Ramai dikalangan kita kurang memahami bahawa perubahan diri ialah merupakan sesuatu perkara yang fitrah dalam kehidupan khususnya para remaja, anak muda baik dara atau pun teruna.

Dalam hidup ini ada orang yang kita lihat jahat kemudian menjadi baik, dahulunya baik kemudian berubah menjadi jahat. Apa yang kita ucapkan dizaman kanak-kanak mungkin sudah berubah apabila menjadi remaja dan dewasa.

Hari ini seorang ustaz mengatakan sesuatu pendapat maka mungkin esok atau lusa dia akan mengubah pendapatnya. Ya, perubahan itu satu perkara yang fitrah. Pendapat Imam Syafi'e ketika di Iraq tidak sama dengan pendapatnya yang baru selepas berpindah ke Mesir.

Kematangan setiap orang pada sesuatu perkara itu tidak sama

Ada orang yang bermula 'matang' dalam agama hanya setelah berusia 30-an, ada pula yang baru 20 an sudah pun matang. Bergantung pada pengalaman, ujian dan tarbiyyah kehidupan yang menimpanya.

Ustaz muda yang baru lulus universiti mungkin menukar pendapatnya apabila beliau sudah bernikah. Kemudian apabila dia sudah bernikah mungkin menukar pendapatnya apabila sudah mempunyai anak. Kemudian apabila sudah mempunyai anak pula mungkin dia akan mengubah pendapatnya kala sudah bercerai dengan isterinya. Kemudian mungkin akan berubah lagi setelah bernikah semula...

Sampai bila berterusan begitu?

Aljawab sampai mati kerana hidup ini bukan dikawal oleh kita tetap Allah.

Bahkan baginda nabi salallahualaihiwassalam pun selalu membaca doa,
يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu ' [riwayat al-Tirmidzi] Dalam riwayat Muslim menyebut kalimah عــلى طـا عــتـك di atas ketaatan kepadaMu.

Perubahan diri pasti akan berlaku kepada setiap orang cuma persoalannya apakah perubahan itu ke arah keburukan atau kebaikan ? Kepada semakin mendekati kebenaran atau semakin menjauh ? Kepada menjadi ahli syurga atau neraka ?

Satu hal yang lumrah bagi anak anak-anak muda pada hari ini di tanahair yang bergelumang dengan dunia 'fikrah' dan 'idealism' untuk menyertai PAS, Umno, Jim, Haluan, Isma, Abim, Ikram, Tabligh, Hizbut Tahrir, Salafy, Ikhwan Muslimin, Sosialis, liberal, 'free thinker' dan sebagainya.

Tetapi itu bukan penamatnya...

Lupakah kita bahawa Imam Abu Hasan al-Asya'ari pun pada waktu mulanya adalah seorang 'muktazilah' ?

Ramai saja dalam sejarah, dikalangan ulama yang bermazhab hanafi berpindah kepada mazhab syafi'ie, dari Syafi'ie kepada Maliki dan sebagainya.

Sahabat Nabi Salallahualaihiwassalam yang bernama Salman al-Farisi RA pun asalnya penyembah majusi, kemudian menjadi nasrani sehingga akhirnya setelah dijual sebagai hamba kepada seorang yahudi di madinah barulah beliau dapat bertemu dengan Islam...

Tidak penting bagaimana seseorang itu bermula tetapi bagaimana dia akan berakhir...

Justeru buat anak muda, janganlah berhenti berlari dan mencari kebenaran kerana 'jemaah, fikrah, pendapat, mazhab, aliran pemikiran hari ini' mungkin ialah satu persinggahan sementara...

Mintalah pada Allah akan hidayah, kejar dan carilah ia, jika dapat maka berpeganglah ia dengan bersungguh-sungguh !

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ ٱلْوَهَّابُ
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." [Ali-Imran:8


Sunday, July 21, 2013

PMDS Jun 2013

Assalamualaikum...


Belum terlambat rasanya untuk Siti berkongsi pengalaman menjadi Pembantu Minggu Destini Siswa Jun 2013 di UiTM Puncak Alam.. Alhamdulillah, pengalaman itu sangat berharga walaupun banyak halangannya... Tak sia-sia Siti berkorban jiwa dan raga walaupun inilah kalipertama Siti join aktiviti macam ni .. Alhamdulillah ya Allah.. 

Kenapa pengalaman ini  terbaik?

1) Ahli-ahli PMDS adalah yg terbaik.. Korang mmg terbaik.. Mungkin Siti cuma nampak luaran tapi Siti nak korang tahu yg korang mmg terbaik.. Pandai bahagikan masa, pandai menangani masalah, pandai selesaikan masalah, berakhlak mulia, pandai serba-serbi.. Mungkin korang xperasan, tapi korang sebenarnya mempunyai sikap yg terbaik dari apa yg kita belajar dalam kelas.. Siti mmg tabik spring kat korang.. TAHNIAH BUAT SEMUA!!!!

2) Pengalaman lain dari lain... Siti belajar bagaimana cara nak bahagikan masa, bagaimana nak hadapi stress, bagaimana cara terbaik nak berhadapan ngan orang lain yg sedang marah.. Alhamdulillah ya Allah.. Pengalaman ini sangat berharga walaupun ada masa terpaksa tebalkan muka menahan sabar dimarahi, terpaksa korbankan waktu tidur, terpaksa ubah jadual harian, dan banyak lagi.. Terima kasih ya Allah

3) Dialah sahabat, dialah teman.. Alhamdulillah, kini baru Siti tahu siapa kawan, siapa sahabat.. Siapa yang sudi berkongsi rasa, siapa yang sudi menyalahkan diri ini.. Siapa yang cepat melatah, siapa yang cepat membuat kesimpulan.. Siapa yang pandai memberi nasihat, siapa yang pandai menyindir.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada sesiapa yg sudi memberi nasihat walaupun xkene cara dan xkene masa..

4) Jika kita tolong orang, insyaAllah Allah tolong kita.. Walaupun xberapa nampak hasilnya, tapi alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah... Walaupun dalam kesibukan, alhamdulillah, Allah kurniakan kejayaan dalam test... Mula-mula Siti takut juga, time MDS tu penuh dngan test dan quiz.. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya.. Siapa sangka, walaupun Siti hanya mampu buat yg terbaik dan berserah dengan membaca buku setakat termampu, namun kuasa Allah mengatasi segalanya.. Alhamdulillah.. 

Sekian sahaja perkongsian pengalaman sebagai PMDS.. Alhamdulillah, pengalaman itu mengajar kita menjadi lebih baik.. Semoga Siti terpilih lagi untuk menjadi PMDS untuk bulan September ini.. Alhamdulillah.. 




Friday, July 12, 2013

Laman Web Mencari Jodoh

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian mengenai laman web mencari jodoh.. 







Allah berfirman dalam Surah An-Nur : ayat 32-33.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. 

Allah berfirman dalam Surah An Nahl : Ayat 72
“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” 

Allah berfirman dalam Surah Yaa Sin : Ayat 36
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” 

Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.

p/s: Walaupun terdapat banyak laman web yang bleh kita gunakan utk mencari psangan, tetapi berusahalah mencari pasangan yang terbaik untuk kita, yang terbaik utk anak-anak kita nanti.. Semoga Allah Redha.. 


Thursday, July 11, 2013

Doaku padaMu (sambungan)

Kisah 2 (10/7/2013)
"Ya Allah, permudahkanlah segala-galanya.. Ya Allah, jika itu terbaik buat kami, permudahkanlah ya Allah.. Permudahkanlah segalanya.." Doa Aishah dalam esak tangis teringatkan pesanan kakaknya... Esoknya, bangun je tido, ada call dari akak.. Aishah, Aiman dah tiada.. Aiman dah meninggal.. innalillah... Hanya kepadaMu kami kembali.. 

Teringat lagi pesanan akak ketika telefon semalam.. Katanya Aiman sedang nazak sekarang.. Sudah 3 hari terlantar tidak sedarkan diri.. Semalam pun akak sudah tak lalu makan apabila teringatkan Aiman.. Akak berpesan supaya doakan semoga Allah permudahkan segalanya.. Aku pun tanamkan tekad, malam ni aku mesti bangun pagi doakan Aiman.. Siapa sangka, Allah perkenankan doakan dalam sekelip mata.. ya Allah, aku redha atas segala ketentuanMu ya Allah.. 

Al-Fatihah..

Doaku padaMu

Assalamualaikum..

Sekadar ingin berkongsi mengenai kuasa doa... Kuasa keyakinan kepada Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.. SubhanAllah...

Kisah1 (8/7/2013):::

Alahai hujan la plak pagi nie.. Petang ni dah rancang nak BBQ.. Macam mana ni? Barang-barang semua dah siap.. Sabar-sabar.. Ada masa Lagi.. Ya Allah, permudahkanlah segalanya ya Allah.. Permudahkanlah ya Allah.. Petangnya, hujan masih ag menyapa.. Ya Allah, dugaan apa ini.. Permudahkanlah ya Allah.. Jadualnya, pukul 6 dah start bakar tapi 5.30 cuaca gelap dan hujan rintik-rintik.. ya Allah.. permudahkanlah ya Allah.. Hanya kepada Engkau aku bermohon.. Tepat jam 6 petang, cuaca kembali cerah.. Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih ya Allah..  



bersambung..........

Wednesday, July 10, 2013

Aku Menangis!

Pernah rasa?
Tangisan dalam diam..
Tangisan yg ditahan sungguh-sungguh..
Supaya tak siapa perasan hati ni sedang menangis..

Tangisan yg cuma bergema diruang hati..
Sungguh sakitkan dada menahan tangisan tu..
Rasa nak pecah hati ni..
Lemah seluruh anggota badan ..

Tak apa wahai hamba Allah yg disayangi..
Sungguh Allah sedang pandang dirimu..
Dengan penuh kasih sayang,penuh rasa cinta ..
DIA menunggu kamu utk kembali padaNya..

Ingatlah Allah, DIA sentiasa membuka pintu taubat..
Pintu kemaafan supaya kita hamba yg sering lalai..
Tidak akan selamanya hanyut dalam hal duniawi ..










Saturday, July 6, 2013

Selamat Hari Lahir....

Bismillahirahmanirahim....


Alhamdulillah pada hari ini 6/7/2013...Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan pd tahun ini yg ke-22. Terima kasih juga untuk rezeki yg Engkau kurniakan. Terima kasih utk setiap cubaan yg Engkau turunkan. Terima kasih utk bakat serta ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap terima walau terkadang aku leka, aku alpa, aku tersilap dan khilaf dalam menafsir makna dalam setiap kurniaan dan dugaaan yang telah Engkau berikan. Namun begitu besar kasihMu... Engkau tetap memberikan serta melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khalid walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu, Jika bukan kepadaMu. kepada siapa lagi yang harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali akan kewujudan ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meningkat ini yang ku inginkan hanyalah  ketenangan, kekhusyukan utk beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina dina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku, bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meneliti tititian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Allah.. semoga dengan pertambahan usiaku ini berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan halangan dan cabaran, jadikanlah aku anak yang solehah yang mampu menyejukkan hati kedua ibu bapaku, Engkau peliharalah seluruh ahli keluargaku daripada sebarang musibah kurniakan lah mereka kesihatan yang baik serta murahkan rezeki mereka, terima kasih Ya Allah aku membesar dengan belaian dan kasih sayang seorang Abah & Ibu yang mementingkan nilai keislaman dalam diri setiap anak-anaknya... 

Ya Allah kepadaMu juga aku mengharapkan diberikan aku jodoh yang baik, yang mampu mendekatkan aku kepadaMu, yang mampu mendidikku agar tidak melupakan segala SuruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu, Berikanlah aku kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Berikanlah aku kejayaan di dunia & di akhirat.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Maha Besar..peliharalah aku serta orang-orang disekeliling aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al-Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin...

Wednesday, July 3, 2013

Manual Hidup

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 138:
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan pertunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Jom sama-sama kita hayati video ini.. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam membaca dan mengamalkan al-Quran.. Semoga Allah redha!


Ciri-ciri Orang Beriman dalam Surah Ali'-Imran

Allah telah berfirman dalam surah Ali'-Imran ayat 130-136 iaitu: 

(130)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. 

(131)
Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

(132)
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.

(133)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.

(134)
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik

(135)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji , atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

(136)
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalam dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
   
Jadi, kita tunggu apa lagi? jom sama-sama kita berusaha untuk amalkan.. semoga Allah redha!
  


Tuesday, July 2, 2013

Sahabat Untuk Selamanya

Allah Maha Penyanyang

kadang-kadang kita terlepas pandang, sebab musabab Allah uji kita dengan ujian tersebut.. namun, Allah itu lagi Maha Mengetahui segalanya.. lihatlah dengan mata hati.. Allah uji kita supaya kita kembali bersatu hati.. Allah uji kita supaya kita tidak mementingkan diri.. Allah uji kita supaya kita kembalikan ukhuwah.. siapa sangka, kemesraan itu masih wujud di antara kita.. 

SAYANG KAMU SAHABAT..

*nukilan dalam kegelapan malam disinari cahaya lilin*




Mencari KeredhaanMu