Assalamualaikum...
Belum terlambat rasanya untuk Siti berkongsi pengalaman menjadi
Pembantu Minggu Destini Siswa Jun 2013 di UiTM Puncak Alam.. Alhamdulillah,
pengalaman itu sangat berharga walaupun banyak halangannya... Tak sia-sia Siti
berkorban jiwa dan raga walaupun inilah kalipertama Siti join aktiviti macam ni
.. Alhamdulillah ya Allah..
Kenapa pengalaman ini terbaik?
1) Ahli-ahli PMDS adalah yg terbaik.. Korang mmg terbaik.. Mungkin
Siti cuma nampak luaran tapi Siti nak korang tahu yg korang mmg terbaik..
Pandai bahagikan masa, pandai menangani masalah, pandai selesaikan masalah,
berakhlak mulia, pandai serba-serbi.. Mungkin korang xperasan, tapi korang
sebenarnya mempunyai sikap yg terbaik dari apa yg kita belajar dalam kelas..
Siti mmg tabik spring kat korang.. TAHNIAH BUAT SEMUA!!!!
2) Pengalaman lain dari lain... Siti belajar bagaimana cara nak
bahagikan masa, bagaimana nak hadapi stress, bagaimana cara terbaik nak
berhadapan ngan orang lain yg sedang marah.. Alhamdulillah ya Allah..
Pengalaman ini sangat berharga walaupun ada masa terpaksa tebalkan muka menahan
sabar dimarahi, terpaksa korbankan waktu tidur, terpaksa ubah jadual harian,
dan banyak lagi.. Terima kasih ya Allah
3) Dialah sahabat, dialah teman.. Alhamdulillah, kini baru Siti
tahu siapa kawan, siapa sahabat.. Siapa yang sudi berkongsi rasa, siapa yang
sudi menyalahkan diri ini.. Siapa yang cepat melatah, siapa yang cepat membuat
kesimpulan.. Siapa yang pandai memberi nasihat, siapa yang pandai menyindir..
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada sesiapa yg sudi memberi nasihat walaupun
xkene cara dan xkene masa..
4) Jika kita tolong orang, insyaAllah Allah tolong kita.. Walaupun
xberapa nampak hasilnya, tapi alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah...
Walaupun dalam kesibukan, alhamdulillah, Allah kurniakan kejayaan dalam test...
Mula-mula Siti takut juga, time MDS tu penuh dngan test dan quiz.. Namun kuasa
Allah mengatasi segalanya.. Siapa sangka, walaupun Siti hanya mampu buat yg
terbaik dan berserah dengan membaca buku setakat termampu, namun kuasa Allah
mengatasi segalanya.. Alhamdulillah..
Sekian sahaja perkongsian pengalaman sebagai PMDS.. Alhamdulillah,
pengalaman itu mengajar kita menjadi lebih baik.. Semoga Siti terpilih lagi
untuk menjadi PMDS untuk bulan September ini.. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment