Assalamualaikum. Pertama sekali, biarlah
saya perkenalkan diri dulu. Saya dikenali sebagai Su, seorang wanita yang
sedang berusaha untuk menjadi baik.
Pertama sekali, jangan pernah putus asa
dengan rahmat Allah. Kita takkan pernah tahu taubat kita dan doa kita yang mana
akan diperkenankan oleh Allah. Saya dulu pun pernah juga ada buat sesuatu yang
dikira jahil. Buat, kemudian taubat, doa. Terbuat lagi, taubat lagi, doa. Dan
berulang kali banyak tahun. Tapi alhamdulillah. Kita tak tahu doa kita yang
mana diperkenankan, tugas kita adalah jangan pernah putus asa untuk berubah.
Ayuh, kita usaha sama-sama.
Yang kedua, berusahalah untuk jauh dari
perkara tersebut. Kalau dosa bermaksiat dengan seseorang, larilah jauh-jauh
dari dia. Tukar nombor telefon ke, pindah tempat lain ke, tukar akaun social
media ke, block ke atau apa-apa yang difikirkan boleh dilakukan untuk jauh dari
dia. Sakit dan pahit untuk dihadapi, tapi insyaAllah mujarab.
Yang ketiga, berkawanlah dengan orang yang
baik atau positif. Kalau rasa rendah diri, takut orang taknak kawan sebab apa
yang kita lakukan, kawanlah dari jauh. Contohnya, dekat Facebook, boleh je
sahabat dengan orang yang baik-baik tanpa takut-takut dia akan pandang rendah
pada kita. Kalau masih belum yakin, mampu jadi silent reader untuk baca
status-status mereka yang baik-baik pun dah cukup. insyaAllah, usaha kita Allah
nampak.
Akhir sekali, sentiasalah tambah ilmu dunia
dan akhirat setiap hari. Setiap hari, luangkan sedikit masa untuk mendengar
perkongsian ilmu dari orang yang baik. Sambil drive pegi keje, boleh dengar,
sambil makan-makan boleh tengok video, ada masa sebelum tidur, baca buku
sehelai dua. Lagi bagus, baca Al-Quran. Yang penting, sibukkan diri dengan
perkara kebaikan pada setiap masa.
Rasanya dah cukup la kot sekadar perkongsian
empat usaha untuk menjadi orang yang baik di sisi Allah.
Ustazah Asma’ Harun ada tulis dalam sebuah
buku penulisannya iaitu “ Jika kita tidak mampu bersihkan hati dengan amal
soleh dan zikrullah, Allah bersihkan hati kita dengan ujianNya”. Maka, teruskan
berjuang untuk berubah kerana neraka itu benar, syurga itu benar dan mati itu
pasti!