Teringat
suatu ketika dahulu. Kisah masa menjalani latihan di sebuah syarikat swasta.
Nak dijadikan cerita, ada suatu hari tu, tugasannya menelefon sebanyak mungkin
bakal peserta yang berpotensi untuk sertai program tersebut.
Punyalah
kalut dan berdebar-debar sampaikan tersalah cakap pun tak perasan. Dan
kebetulan penyelia ada ditempat kejadian dan boleh pulak perasan kesilapan
tersebut.
"Su,
awak tahu apa silap awak tadi?"
"Silap
apa encik?" sudah.. Salah apa pula kali ni. Rasanya skrip promosi dah
dihafal sebaik mungkin.
"Kan
saya dah cakap jangan guna perkataan kitorang, tapi guna kami"
"Saya
rasa dah betul dah sebut kami, tapi takpalah. Saya minta maaf."
"Lain
kali jangan buat lagi. Silap kali pertama tu proses belajar, tapi silap yang
sama buat kali kedua tu tandanya tak cerdik"
"Iya
encik. Saya akan lebih berhati-hati dan ingat pesanan ni."
Itulah.
Manusia itu lemah, ada masanya tersilap, ada masanya terlupa dan masih lagi buat kesilapan yang sama..
Manusia itu lemah, ada masanya tersilap, ada masanya terlupa dan masih lagi buat kesilapan yang sama..
Masa
ni ingat, nanti lama-lama akan diuji lagi.
No comments:
Post a Comment