Aku
biasa terdengar, pada hari Jumaat, perbanyakkanlah sedekah. Mana tahu berkat
hari baik, rezeki akan datang melimpah nanti.
Maka,
bangun saja pagi tadi, aku terus pasang niat. “Pagi ni nak goreng popia sayur
lebih la. Boleh hantar dekat jiran sebelah nanti. Lagipun banyak sangat tu,
takut lama-lama nanti tak elok juga.”
Selesai
menggoreng, terus aku letakkan dalam plastik untuk diberikan kepada jiran. Selain
popia, turut aku sertakan sekali dadih buat sendiri yang aku letak dalam peti.
Selesai
beri pada jiran.
Masuk
dapur, aku mencapai periuk nasi untuk dibasuh. Masih ada lagi sedikit nasi di
dalamnya, jadi aku letakkan di dalam mangkuk kecil. Dalam hati, “ Nasi ni
bahagikan dua la. Separuh boleh letak di depan untuk makanan burung dan juga
separuh lagi akan digaul dengan ikan rebus sebagai makanan untuk si kucing liar
yang selalu datang ke rumah.
Alhamdulillah.
Selesai.
Semoga
Allah terima sedekah ku pada hari ini.
Dah
selesai urusan di dapur, aku masuk ke bilik untuk berehat.
Ketika
sedang ralit menonton drama Budak Tebing melalui Youtube, aku terdengar ada
sebuah kereta masuk ke dalam lorong rumah ini. Rumah aku ni jalan mati, jadi jika
ada kenderaan yang masuk, aku boleh sahaja intai melalui tingkap.
“Oh,
kereta tersalah masuk kot. Tak pernah lagi nampak kereta tu” aku berfikiran
sendiri sambil mengintai di sebalik tingkap bilik.
“Assalamualaikum..
Assalamualaikum.. ada orang tak?” suara lelaki memberi salam.
Alamak..
punyalah kalut aku mencari tudung bagi menutup kepala. Entah siapa yang datang
menjengah.
“Waalaikumsalam.
Ya saya. Ada apa ye?” aku menjawap salam di sebalik pintu.
“Ni
ada bantuan sikit untuk keluarga. Ambillah.” Kata lelaki itu sambil menunjukkan
2 bungkusan plastik penuh dengan makanan kering yang telah diletakkan di
hadapan pintu.
“Oh
terima kasih.” Aku mengambil bungkusan tersebut dengan penuh keterujaan. Lain macam kejutan dari Allah kali ini.
Di
dalam rumah, aku membuka satu persatu barangan yang diberikan. MasyaAllah. Maha
Suci Allah. Banyaknya rezeki dari Allah. Rambang mata dibuatnya.
Alhamdulillah.
“Nikmat
apa lagi yang kamu dustakan?”
Betullah
kata alim ulamak, jika kita menyerahkan harta kita kepada sekeliling dengan
niat kerana Allah, Allah akan balas dengan lebih lagi.
Alhamdulillah.
Sesungguhnya
janji Allah adalah benar.
No comments:
Post a Comment