Alkisahnya begini, Pak Kiai pengasas pondok
pernah memberikan pesanan khusus kepada para pelajarnya. Pak Kiai berdiri di hadapan para pelajarnya
dengan membawa dua golok panjang. Golok
di tangan kanannya nampak baru dan berkilat-kilat. Sementara yang sebelah kiri sudah berkarat.
Pak Kiai kemudiannya menghunus golok yang
berkilat-kilat, lalu dia mahu menebas sebatang kayu. Namun, sedikit lagi apabila mahu menyentuh
kayu itu, ayunan golok terhenti. Rupanya
Pak Kiai mengalihkan perhatian para pelajar dengan mengejak mereka
berbual. Sambil berbual. Ayunan golok
diteruskan ke arah kayu dengan santai.
Kayu tadi tidak putus.
Selepas itu, beliau menukar golok lalu
menghunus golok karat dan tumpul di tangan kanannya. Tadi raut wajah beliau santai, tetapi kali
ini sangat serius. Lalu, dengan sepenuh
tenaga, beliau mengayun golok karak dengan cepat ke arah kayu. Duk.. besi berkarat terkena kayu. Tidak terjadi apa-apa pun. Namun, Pak Kiai tidak berputus asa, beliau
mengulang-ulang perbuatan yang sama sehingga akhirnya kayu itu patah dua
selepas beberapa kali dipukul golok berkarat ini.
Kemudian Pak Kiai menjelaskan hikmah daripada
golok itu. Orang pintar ibarat golok
tajam. Namun, sekiranya tidak serius dan
bermalas-malasan, belum tentu golok tajam ini mampu membelah kayu. Kepintaran dibazirkan
tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Sedangkan orang yang tidak pintar diibaratkan
seperti golok karat. Walaupun otak tidak
pintar, tetapi sekiranya terus bekerja keras, tidak jemu berusaha, maka lambat
laun pasti berjaya. Apatah lagi
sekiranya golok karat diasah dengan rajin.
Abarahm Lincoln pernah berkata, “Sekiranya saya mempunyai lapan jam bagi
menebang pokok, akan saya gunakan enam jam pertama bagi mengasah kapak.” Usaha dan persiapan yang bersungguh-sungguh
bakal mengalahkan usaha yang biasa-biasa sahaja. Apabila kita bersungguh-sungguh pasti
berjaya, namun apabila tidak serius
pasti akan gagal.
Petikan buku Rindu Purnama (tulisan
Tasaro G.K dan A. Fuadi)