Banyak dugaan, tapi alhamdulillah. Allah
permudahkan. Pasti ada hikmahnya.
Dugaan pertama::::
Angah tak boleh balik oii. Orang kuat majlis
tak boleh balik sebab anaknya close contact dengan kes Covid-19. Kuarantin 14
hari dan kebetulan hari majlis tu terpaksa pergi hospital untuk saringan kali
ke 2. Saya tak tahu orang lain, tapi saya terus down. Terus tak dapat buat
kerja dan hampir-hampir terbawa-bawa ke tempat kerja. Maklumlah, selama ni saya
banyak bergantung kepada angah. Dan kebanyakan kekuatan dan semangat saya
datang dari sokongan angah. Tapi alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Betullah
janji Allah, barang siapa yang bertawakal kepada Allah, pasti Allah bantu.
Dugaan kedua::::
Rombongan datang awal dari katering. Sehari sebelum tu dah janji dengan katering
yang paling awal boleh siapkan set up makanan adalah 11.30, tapi dalam majlis,
pukul 11.00 pagi, abang dah bising sebab rombongan dah siap naik bas nak datang
dah. Perjalanan bas dari homestay pun dalam 15 minit saja. Aduhh. Berpeluh kami.
Makanan lain pun tak sampai lagi. Nak dijadikan
cerita, alhamdulillah. Allah permudahkan. Segala-galanya sempat siap. Alhamdulillah.
Dugaan ketiga:::
Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Ditakdirkan
Allah, majlis ini diadakan ketika negara sedang dilanda virus Covid-19 yang
tidak boleh nampak dek mata. Ditakdirkan
Allah, ketika majlis diadakan, kadar kes penyakit ini sedang meningkat dengan
mendadak dan dikenali dengan gelombang kedua.
Malam sebelum majlis, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita keluarga
besar kepada salah seorang ahli keluarga kami mungkin positif Covid-19. Keluarga
kami tersebut baru sahaja bertemu dan berhubungan rapat dengan dia yang suspek
dijangkiti Covid-19 sebelum balik ke kampung.
Punyalah kami risau sekiranya majlis kami adalah pembawa atau penyebar
penyakit tersebut. Hampir-hampir saja kami membatalkan majlis last minit. Bincang
punya bincang, kami meneruskan majlis tapi menetapkan bahawa ada seorang yang
akan menjaga hand sanitizer untuk semburkan kepada semua.
Rasanya
dugaan ini sahaja yang terbesar. Alhamdulillah, majlis selesai dengan
pertolongan Allah. Macam mana aku berusaha kemas rumah sejak adik kahwin bulan
12 2019 sehinggalah hari majlis, aku sangat lega. Alhamdulillah. Hilang segala
penat lelah dop kemas rumah sorang-sorang.
No comments:
Post a Comment