“Assalamualaikum
pengantin baru, semoga Allah SWT mengikat cinta kalian seperti utuhnya cinta
Adam dan Hawa yang datang dari syurga. Kami doakan agar perkahwinan ini menjadi
medan bertambahnya iman serta taqwa dalam diri kalian. Semoga zuriat yang bakal
lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Amiin.”
“Selamat pengantin baru buat anak dan
menantuku. Semoga rumahtangga kalian sentiasa dalam redha Allah SWT. Terima
Kasih kerana memilih anak ibu dan ayah sebagai pasangan hidup kamu. Jagalah
makan, minum dan pakaian pasangan dengan baik. Tak lupa juga semoga
bertambah ahli keluarga kita dengan cucu-cucu yang baru. Ibu ayah merestui
hubungan kalian dengan harapan keluarga kita akan lebih ramai dan bahagia.”
“Selamat mendirikan rumahtangga untuk anak
dan menantu abah dan mama. Kami berharap agar kamu berdua saling mencintai dan
membahagiakan satu sama lain. Rumahtangga yang dibina perlu diterajui bersama.
Mainkan tanggungjawab masing-masing sesempurna yang mungkin. Buat suami, dalam
tegas ada lembutnya. Buat perempuan pula, dalam lembut ada cintanya yang sangat
tulus buat suami. Semoga jodoh kalian berkekalan sampai hujung nyawa.”
“Selamat pengantin baru buat menantuku. Mak
dan ayah doakan kebahagiaan yang abadi untuk anak dan menantu kami. Besar
harapan kami agar ikatan yang terbina akan membawa rahmat dalam keluarga kita.
Mak dan ayah sentiasa mahukan kalian bahagia. Dalam perkahwinan, perlukan
kesabaran kerana sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami
isteri. Pasti ada pasang dan surutnya. Binalah keluarga dengan baik agar rahmat
Allah SWT sentiasa bersama kalian, InsyaAllah.”
“Selamat datang ke alam perkahwinan dan
keluarga kami! Semoga cinta kamu berdua kekal abadi selamanya. Bersama-samalah
kita bersatu hati dalam keluarga besar kita agar perkahwinan ini membawa rahmat
dalam keluarga hendaknya.”
“Selamat menempuh alam perkahwinan. Selamat
bercinta sampai syurga. Dulu kau kata tak nak kahwin. Tapi sekarang kau yang
naik pelamin dulu! Satu pesanan aku, perkahwinan ini bukan hanya menunggu
kebahagiaan tetapi ciptalah bahagia sendiri. Good luck sahabat!”
“Selamat Pengantin Baru! Semoga kebahagiaan
milik kalian! Perkahwinan ini akan memberikan sejuta kebaikan bila kita mencari
baiknya. Ciptalah kebahagiaan sebanyaknya.”
“Semoga segala hajat dalam perkahwinan akan
tercapai! Semoga sentiasa murah rezeki dan Selamat Pengantin Baru!
Mudah-mudahan perkahwinan ini menjadi pentas untuk tambah ilmu dan amal.”
No comments:
Post a Comment