Monday, March 30, 2020

Comel



Izinkan - Adeep Nahar



Tika terbenam suria
Berbisik suara
Khayal ku terjaga
Saat ku bermula
Hingga ku terlupa
Dimana batasnya
Baru kini
Aku sedari
Hidup yang kau beri
Tiada ku penuhi
Dunia yang kukecapi
Bukan firdausi
Tiada yang kekal abadi
Oohh Tuhan
Izinkanlah aku bersujud
Memohon rahmat-Mu
Kau bimbinglah aku
Terangi hati ku
Teguhkan iman ku...
Oohh Tuhan
Izinkanlah aku bersujud
Memohon rahmat-Mu
Kau bimbinglah aku
Terangi hati ku
Teguhkan iman ku...
Tika terbenam suria
Berbisik suara
Khayal ku terjaga
Dunia yang ku kecapi
Bukan Firdausi
Tiada yang kekal abadi…

Ramli Sarip & A Romzi - Bukan Kerana Nama



 Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Saturday, March 28, 2020

Jodoh Pasti Bertemu










Bila Rindu - Ruffedge


Dikeheningan malam,
Termenungku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg di sayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
Jauh terbang diriku melayang
Aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
Inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
Melepasi segala diri ini

Jauh angan ku lena, ku rasa kita bersama, kau bawa aku ke sana
Ke alam kisah yg lama, kenangan di dlm jiwa.
Bila tersedar semula, disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa, ingin ku luahkan semua ooooouuu

Bila rindu, terkenang mu siang terasa sayu
Syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
Jauh terbang diriku melayang
Aku rindu,…

Makan-makan





Thursday, March 26, 2020

UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU


 “Assalamualaikum pengantin baru, semoga Allah SWT mengikat cinta kalian seperti utuhnya cinta Adam dan Hawa yang datang dari syurga. Kami doakan agar perkahwinan ini menjadi medan bertambahnya iman serta taqwa dalam diri kalian. Semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, Amiin.”

“Selamat pengantin baru buat anak dan menantuku. Semoga rumahtangga kalian sentiasa dalam redha Allah SWT. Terima Kasih kerana memilih anak ibu dan ayah sebagai pasangan hidup kamu. Jagalah makan, minum dan pakaian  pasangan dengan baik. Tak lupa juga semoga bertambah ahli keluarga kita dengan cucu-cucu yang baru. Ibu ayah merestui hubungan kalian dengan harapan keluarga kita akan lebih ramai dan bahagia.”

“Selamat mendirikan rumahtangga untuk anak dan menantu abah dan mama. Kami berharap agar kamu berdua saling mencintai dan membahagiakan satu sama lain. Rumahtangga yang dibina perlu diterajui bersama. Mainkan tanggungjawab masing-masing sesempurna yang mungkin. Buat suami, dalam tegas ada lembutnya. Buat perempuan pula, dalam lembut ada cintanya yang sangat tulus buat suami. Semoga jodoh kalian berkekalan sampai hujung nyawa.”

“Selamat pengantin baru buat menantuku. Mak dan ayah doakan kebahagiaan yang abadi untuk anak dan menantu kami. Besar harapan kami agar ikatan yang terbina akan membawa rahmat dalam keluarga kita. Mak dan ayah sentiasa mahukan kalian bahagia. Dalam perkahwinan, perlukan kesabaran kerana sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Pasti ada pasang dan surutnya. Binalah keluarga dengan baik agar rahmat Allah SWT sentiasa bersama kalian, InsyaAllah.”

“Selamat datang ke alam perkahwinan dan keluarga kami! Semoga cinta kamu berdua kekal abadi selamanya. Bersama-samalah kita bersatu hati dalam keluarga besar kita agar perkahwinan ini membawa rahmat dalam keluarga hendaknya.”

“Selamat menempuh alam perkahwinan. Selamat bercinta sampai syurga. Dulu kau kata tak nak kahwin. Tapi sekarang kau yang naik pelamin dulu! Satu pesanan aku, perkahwinan ini bukan hanya menunggu kebahagiaan tetapi ciptalah bahagia sendiri. Good luck sahabat!”

“Selamat Pengantin Baru! Semoga kebahagiaan milik kalian! Perkahwinan ini akan memberikan sejuta kebaikan bila kita mencari baiknya. Ciptalah kebahagiaan sebanyaknya.”

“Semoga segala hajat dalam perkahwinan akan tercapai! Semoga sentiasa murah rezeki dan Selamat Pengantin Baru! Mudah-mudahan perkahwinan ini menjadi pentas untuk tambah ilmu dan amal.”

Wednesday, March 25, 2020

Kisah Penceraian Syahdu Yang Penuh Pengajaran


Cerita penceraian aku dgn isteri ni berlaku pd taun lepas . Kitorg da 9 taun kawen , & da ade 2 org anak . Mase tu aku ade dkat office , dapat 1st sms dri isteri . ' Assalam abg , Ina nak mintak cerai dri abg . Harap abg dapat tunaikan . ' Tersentak aku . Knape pulak tibe2 . Aku xblas ap2 sms dri isteri . Jam pulak dah pkul 5 waktu aku bersiap utk ambil isteri balik kje . Sampai ke office die pn dalam roughly pkul 5.30 ptg . Die masuk dalam kereta dan diam . Aku pn mula la bukak suara , ' kita ke tasik titiwangsa nak ? ' . Die jwb ringkas , 'ok ' . Xjauh pn dalam 10 minit dah smpai sebab tempat keje die kat area jalan Ampang . Jalan pn xjem sgat time tu . Kitorg duduk dkat satu pondok . Aku mule bertanye .


Aku : Why so sudden ? Skrg da rase abg xcukup kacak ke ? ( aku cube bergurau )


Ina : Sebenarnye ina da agak letih . Kesihatan abg xpernah baik . Setiap pkul 3 pgi , ina mesti bgun buatkan abg air jus epal utk ubat sakit batu krg abg , tapi xpernah baik . Mlm smlm ina bgun pkul 3 lagi , buatkan air . Smpai ke office plak , pendrive ina rosak , dlam tu ade dokumen yg bos nak , ina dah kne marah . Smpai waktu lunch , ina beli mknn , bihun tu basi plak . Mcm2 hal jdi hari ni . Nak balik tdi , kaki ina terpeleot smpai jatuh kat dpan client . Malu la abg . Ina xcukup tidur , ina nak mintak cerai .


Memang betul . Dah lame tp kesihatan aku xpernah baik . Aku ditakdirkan terkena batu karang . Da mcm kaedah berubat tapi xjugak baik . Da 3 taun . Ubat tradisional . Aku pn xpernah gune alternatif perubatan laser sbb mhal . Jus epal yg aku minum tu cume bole reduce sakit ap yg aku alami ni . Kalau x malam2 aku mesti berdarah jugk la . Financial pulak problem sbb anak aku kne hinggap lelah , so duit byak keluar utk die msuk wad . Aku bgi jawapan utk isteri .


Aku : Abg sbenarnye agak terkedu . Tapi ina da buat keputusan . Abg berkahwin dgn ina bersebab . Klau bukan utk bhagiakan ina , utk spe lagi . Tapi ina xbhagia , abg kne pulangkan balik hak ina . Ina berhak utk lebih bhagia drpd skrg . Abg mintak maaf atas ap yg ina dah lalu ni . Mgkin 3 taun mse abg tgah sakit ni byak buatkan hati ina menangis . Tapi takdir Allah ni abg xboleh tolak . Abg kne truskan jugk kehidupan . Abg tunaikan permintaan ina utk lepaskan ina . Abg redha sbb abg sygkan ina . Ini pn tggungjwb . Tapi mggu dpan abg lafazkan cerai bole ? Lagipn mggu dpan abg outstation , ank2 kite pulak cuti skolah . Takut diorg terkejut pulak bnd yg dtg tiba2 ni . Soal pembahagian anak tu abg xkan berebut . Kite ad 2 anak , abg akan ambil yg sulung , ina ambil yg bongsu . Utk sminggu ni , abg tidur dkat ruang tamu atas sofa . Mgkin anak2 xkan syak sbb abg akan buka tv smpai pgi mse abg tido . Terima kasih atas jagaan ina slame 9 taun ni . Da mcm2 yg kite tempuh . Ina jgn menangis lagi . Air mate ina tu sgat berharga . Bila kita dah xbersama nnt , ina jgn lupe utk tutup suis sterika pgi2 . Lepas ina gosok tudung , ina mesti lupe . Abg xmrah . Kereta kita ni manual , ina dah lame xbwak manual kan ? Esok abg akan hantar utk tuka gearbox auto . Ina boleh pkai kereta , abg pkai moto je pegi kje . Safety first ina , pkai seat belt mse memandu . Ina slalu lupe , tapi abg pkaikan .


Ina : Minggu dpan ? Boleh la , lagipn mse tu cuti skolah , ina akan bwak budak2 balik kg . Ok .


Dalam mse smggu tu , aku tidur dkat luar . Bernyamuk jugk & pnas sbb air cond dkat dlam bilik . Aku jenis tido mati , berpeluh pn lena je tido . Tapi ina tu xpenah lupe utk bgun pagi buatkan aku jus epal utk aku minum , seperti kebiasaan . Da bermcm dvd jugk aku tgk kat rumah tu , walhal xpenah2 tgk dvd slame ni . Cume tau beli je . Tu pn ina yg nak sbb lepak mapley je msti beli satu dvd . Aku dgn die ni xsme taste , mane la aku suke cerita jiwang2 ni . Huhu . Smpailah cukup smggu hari sabtu pagi .


Aku : ina , abg nak cakap sket ni . Dtg dkat abg kejap bole ?


Ina : ye abg , knape ?


Aku : abg da jnji dgn ina abg nak lepaskan ina , abg nak lafazkan cerai .


Ina : hah ? Xboleh abg . Jangan ! Ina sygkan abg . Ina da buat keputusan yg slah . Ina mintak maaf . Kite balik smula ye abg . Ina lupe dgn janji abg , tapi ina xbiase bile abg xde . Org yg boleh fham ina dgn baik cume abg . Ina xkan ulang bnd ni lagi dkat abg . ( Ina menangis . Nasib baik anak2 ad dkat luar rumah , kitorg dkat dapur )


Aku : abg dah lame ampunkan ina . Ina xslah dlam hal ni . Abg pn susah hati bile ina xde . Takdir Allah , tuhan da baikkan hati ina . Abg tipu sunat dkat ina . Sbnrnye abg xde outstation . Abg bgi alasan tu sbb abg nak ina bertenang utk ina fikir balik keputusan ap yg ina dah buat . Abg mintak maaf . Dah 9 taun , abg pn xbiase klau xtgk kecantikan ina waktu pgi tanpa mekap . Abg rase sejuk . Walaupn ina tidur dgn berbagai gaya . Sendawa ina lepas makan , betul2 buat abg tergelak . Lnsung xcover . Tapi tu la , klau ina xnak kat abg ni , abg makin tua makin tampan . Melepas la ina .


Ina : abg niiii . ( ina pn peluk aku ) . Ina shampoo rambut abg nnt nak ? Da slalu rase air tgan ina ni bru la abg xmenggatal .


Aku : Hamboii . Bodek num 1 . Haha .


Alhamdulillah aku dgn ina xjdi bercerai . Takdir Allah hubugn tu slamat dgn masa . Ad care sbnrnye mcm mane aku nak tackle problem ni . Alasan die sbb die letih bgun pgi buat jus epal utk aku . Die kene tau , level die sbgi isteri die terpaksa buat . Aku xpernah pakse , cume aku ni pn org yg susah utk bangun seawal 3 pgi . Huhu . Tapi terpaksa die ni adalah kerja utk Allah . Yelah sbb jge suami kan . Dari hati yg terpakse tu die akan ikhlas . Macam solat . Org yg nak berubah die kne bentuk diri die dgn solat . Die buat dlam keadaan memaksa . Tapi hati ni milik Allah . Lame2 die akan ikhlas & redha . Ikhtiar aku , cume aku berdoa mintak die dilembutkan hati . Standard org perempuan , emosi die ni turun naik . Bile emosi die naik , moral die akan down & marah . Time ni la die kurg sabar . Bile buat keputusan , mmg die akan ikut ape aje yg terlintas . Die akan capai yg mane ade dulu dalam fikiran die . Emosi die xstabil .


Ina ni agak pelupa . Sebenarnye ade helah knp aku bawak die ke tasik titiwangsa dulu mse die mintak cerai . Kat situ mulanya date kitorg dulu . Waktu tu , Ina tersalah dial telefon . Angka cuma lari 1 je dari num yg die nak dial tu . Die cari Ramli mase tu . Aku bile dgar suara perempuan je , ape lagi . Gune kan lah teknik penyamaran . Lagipn suara die ni sedap didengar sbb suara manje . Lagilah aku lentok . Cume die cakap laju je . Kete die tgah problem mase tu sbb xleh nak start ( kete kancil ni da jual , aku beli kete baru ). Aku bgi die troubleshoot . Tapi die xpndai sbb org perempuan kan . Bab2 ni die xlaju . Kesian pn ade sbb dgar suara die dah nak nanges . Lagilah aku xjdi nak menipu , aku ckap aku bukan Ramli . Aku cakap aku dtg nnt , kalau die sudi . Die dah start risau , tapi aku gtau waktu siang ni . Aku xmungkin nak culik die . Klau die ade rase ragu2 , die boleh jarakkan diri 50 meter dri aku & start menjerit klau nampak aku ni meragukan nnt . Niat cume nak tolong . Aku smpai & jumper battery die balik & kete boleh start . Tapi die xjarakkan dri aku pn , die tgk dgn penuh minat & penuh dgn pertanyaan . Aku pn tanye la , ' dalam kete awak ni ade payung berger x ? ' die tnye ' kenape ? ' . Aku jawab , ' kalau ade , sy nak bukak kaunter pertanyaan kat sini ' . Die kate aku perli pulak . Haha . Kete die mmg kemas & superb wangi . Die bukak pintu kete & ambil air twister mase tu bgi dekat aku . Aku balas , ' Aih xkan ni je . Nasik2 xde ke ? Kot ade jamuan ringan nnt , jgn lupe call pulak . Sy ni kuat makan ' . Tu la 1st aku tgk die senyum & gelak . Memang mengekek . ' Aih minah ni . Ade bela ke , ' tanye aku dalam hati . hahaha .


Memang betul . Tiap kali gaduh ni , 1st thing yg aku akan recall , mcm mane aku boleh kenal ina ni & knp mesti aku mule bercinta dgn die dulu . Mase tu da berlalu . Bab ni mmg pentg . Itulah resepi knp aku dgn die bole bertahan smpai 9 taun lamenye . Tapi mate die mmg sgat cantik . Mungkin tu sbb knape aku terpikat dgn die kot . Main2 mate dgn aku , mane aku boleh than . Cair terus . Haha


Sblum kawen dgn ina ni , aku da kaji habis-habisan ape watak die . Tapi mse bercinta tu xnampak . Agak tricky jugk , xkn la xde salah lansung . Makan pn elok je sopan . Macam aku makan dgn permaisuri agong plak . Haha . Tapi mse bercinta dulu ina da terkantoi . Aku tgk tudung die ad sikit terbakar . So aku tanye kenapa . Die kate die nak cepat tdi sbb aku da nak dtg . Dri situ sbenarnye aku tau die seorg yg agak kurg sabar . Die xprepare awal sblum aku nak dtg . Org mcm ni die cpat buat keputusan bila die mrah .


Orgnya sensitif . & die seorg yg simple . Simple tu sbb die suke knekan pkaian yg ringkas . Die xpndai pilih baju . Sluar jeans die pn akak die yg belikan .Die takut pd lipas , so aku agak die seorg yg pengemas . Bwah katil die mesti clear xde brg . Klau x die xsng tido .


Penyayang, tu pn sbb die bela kucing . Waktu kucing die mati dulu , aku ade & die riba mayat kucing tu . Kucing tu dah berdarah2 , tapi die msih boleh riba .


Concern , tu pn sbb die tgk budak2 laki xsolat , lepak2 dkat mapley . Die tanye aku dah solat blom , die risau klau aku xsolat , mcm mane aku nak jge die esok2 .


Family first, mse aku kenal die , die cpat2 bgtau family die yg die tgah berkenalan dgn aku.


Caring, stiap pgi die xkan lupe utk bgi salam dkat aku & die xnak aku kerja lebih mse sbb takut kesihatan aku terabai.


Talkative, klau berckp telefon dgn die , 10 minit pn xcukup utk 1 sesi.


Tabah, die pernah sakit tapi die slalu sedapkan ati kuatkan diri utk family die , xnak family die risau keadaan die.


Terurus, die suke pd bnd yg wangi , die secara natural xade bau yg mengharukan.


Friendly, die seorg yg suke b'kwn tapi kdg2 org suke amek kesempatan pd kebaikan die ni.


Rajin memasak, die suke klau bab2 nak suro aku try makan ni . Tapi die ttap xpndai buat nsik grg . Mee grg ok . Lagipn , die ni jenis yg xmakan nasik .

Cantik, ini yg kdg2 buat aku risau ( jeles memanjang ) . Die ade kacukan korea & die gebu orgnye . Tapi da slmat jdi isteri aku pn . So aku xrisau . She's really a perfect girl to be married .


Ingat bro . Perempuan ni die perlukan perhatian . Kesilapan paling utama , bile ko buat die menangis . Time ni la , cerita yg xde bakal diada2 kan . Sbb die confuse . Org laki ni plak suke buat org perempuan confuse . Bile marah @ kecik ati je diam . Klau yg pnas baran tu , mgkin naik tgan la . Maki2 ke . Ini lansung xgentleman . Alam perkahwinan ni lain . Susah mmg ade , tapi seronok pn ad . Aku kawen dgn ina waktu die msih mude , die bru abes blaja . Pembawakan die agak kebudak-budakan tapi perlahan2 die matang bile da jdi isteri . Byak part yg die akan blaja , secara automatiknye die akan pndai . Contoh , die xpndai gsk baju kemeja dlu sbb die xpernah buat . Aku ajr die gosok , smpai skrg die pndai , baju kemeja aku mmg kemas . Member2 msti tego , ko pkai baju bru ke ni ? Kembg semangkuk sat . Bini pndai jage , mmg tip top lah hasilnye aku ni . Hehehe .


********************
Blanje aku nasik kandar berbuka nnt boleh ? Aku da penat turunkan ko ilmu ni nik . Lauk tambah ye . Haha

~ pengalaman ni diceritakan balik oleh seorg sahabat , kpd aku . Baik sbnrnye utk panduan org lelaki . Secara overall prgi org perempuan lebih kurg sme . Cume tanggungjwb kita utk lebih memahami.

Saturday, March 21, 2020

Ihsan..

Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."(Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman

Friday, March 20, 2020

CERITA MAJLIS KAHWIN (2)

Alhamdulillah, selesai sudah majlis kahwin saya saya pada 15 Mac yang lepas.
Banyak dugaan, tapi alhamdulillah. Allah permudahkan. Pasti ada hikmahnya.

Dugaan pertama::::
Angah tak boleh balik oii. Orang kuat majlis tak boleh balik sebab anaknya close contact dengan kes Covid-19. Kuarantin 14 hari dan kebetulan hari majlis tu terpaksa pergi hospital untuk saringan kali ke 2. Saya tak tahu orang lain, tapi saya terus down. Terus tak dapat buat kerja dan hampir-hampir terbawa-bawa ke tempat kerja. Maklumlah, selama ni saya banyak bergantung kepada angah. Dan kebanyakan kekuatan dan semangat saya datang dari sokongan angah. Tapi alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Betullah janji Allah, barang siapa yang bertawakal kepada Allah, pasti Allah bantu.

Dugaan kedua::::
Rombongan datang awal dari katering.   Sehari sebelum tu dah janji dengan katering yang paling awal boleh siapkan set up makanan adalah 11.30, tapi dalam majlis, pukul 11.00 pagi, abang dah bising sebab rombongan dah siap naik bas nak datang dah. Perjalanan bas dari homestay pun dalam 15 minit saja. Aduhh. Berpeluh kami. Makanan lain pun tak sampai lagi.  Nak dijadikan cerita, alhamdulillah. Allah permudahkan. Segala-galanya sempat siap. Alhamdulillah.

Dugaan ketiga:::
Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Ditakdirkan Allah, majlis ini diadakan ketika negara sedang dilanda virus Covid-19 yang tidak boleh nampak dek mata.  Ditakdirkan Allah, ketika majlis diadakan, kadar kes penyakit ini sedang meningkat dengan mendadak dan dikenali dengan gelombang kedua.  Malam sebelum majlis, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita keluarga besar kepada salah seorang ahli keluarga kami mungkin positif Covid-19. Keluarga kami tersebut baru sahaja bertemu dan berhubungan rapat dengan dia yang suspek dijangkiti Covid-19 sebelum balik ke kampung.  Punyalah kami risau sekiranya majlis kami adalah pembawa atau penyebar penyakit tersebut. Hampir-hampir saja kami membatalkan majlis last minit. Bincang punya bincang, kami meneruskan majlis tapi menetapkan bahawa ada seorang yang akan menjaga hand sanitizer untuk semburkan kepada semua.

Rasanya dugaan ini sahaja yang terbesar. Alhamdulillah, majlis selesai dengan pertolongan Allah. Macam mana aku berusaha kemas rumah sejak adik kahwin bulan 12 2019 sehinggalah hari majlis, aku sangat lega. Alhamdulillah. Hilang segala penat lelah dop kemas rumah sorang-sorang.

Sunday, March 15, 2020

CERITA MAJLIS KAHWIN (1)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah majlis kesyukuran adik saya.

Setiap hujung minggu dari awal tahun lagi aku dah sediakan diri untuk kemas rumah. Alhamdulillah, 3 bulan aku terbongkok-bongkok mengemas, dan aku sangat berpuas hati. Hehehe. Masuk bakul angkat sendiri.

Senarai perbelanjaan ini saja je aku nak berkongsi dan mungkin juga sebagai rujukan untuk majlis aku nanti. insyaAllah, dah tak lama. 

Tuesday, March 10, 2020

Misteri Jodoh

Kenapa Allah rahsiakan jodoh kita?

Yang pertama, kerana Allah ingin kita jadi baik. 
Allah dah janji, orang baik itu untuk orang yang baik dan sebaliknya.

Yang kedua, kerana Allah ingin kita merasakan manisnya proses mencari jodoh.  
Betapa manisnya tahajud kita kepada Allah kerana inginkan jodoh.

Yang ketiga, kerana Allah ingin menjada kesucian jodoh itu sendiri.  
Sekiranya jodoh telah ditetapkan, mungkin akan berlakunya kemaksiatan atau 
perkara yang tidak baik sebelum menjadi halal.

Maha Suci Allah, Allah Maha Besar dan sebaik-baik Perancang.
Aku percaya pada semua ketentuan Allah dan segala perancangan Allah 
untuk mendapatkan jodoh yang terbaik buatku.

TERIMA KASIH ALLAH.